MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 23 Oktober 2013

SATU KEJADIAN YANG MEMBINGUNGKAN

Assalamualaikum sahabat mayaku..................................!
Dalam kesibukan ini, akhirnya aku dapat meluangkan masa mencoretkan satu kisah yang membingungkan aku. Nampaknya aku kena muhasabah diri

Waktu rehat pagi tadi, aku bertembung dengan seorang staf (juruteknik komputer) baru di sekolahku bertugas ini. Dia baru mendaftar tiga hari lepas...

Aku pun cuba untuk meramahkan diri

Dari tanya nama, asal dari mana...last-last sekali aku pun merasa hairan
" Bagaimana dari Kelebang (Melaka) boleh memilih posting ke Batu Pahat.?" Aku bertanya
" Saya berkahwin dengan orang Parit Maimon,Pt Sulong"
" Oh........"
Dia pun memberitahu.....
" Isteri saya semalam beritahu, ada seorang bekas cikgu dia mengajar di sini...."
" Siapa nama cikgu tu?....."
" Saya lupa pulak, tetapi gambarnya ada kat dinding bawah tangga tu"
Dia pun mengajak aku melihat gambar tu. Kat sekolah aku ni setiap guru ada sekeping baner yang ada gambar penuh dengan kata-kata hikmat sekali.

Setelah berjalan beberapa tapak...tiba-tiba dia menunjukkan ke satu arah
" Itulah gambar cikgu isteri saya tu..."

..................................apa?
" Ini gambar saya...!"
Dia kelihatan kebingungan dan tidak terkata apa-apa....
Aku pula, terfikir-fikir.....

TIGA persoalan kini timbul:
1. Adakah GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hensem giler, dan diriku yang sebenar nampak terlalu kusam, lusuh dan tidak bermaya dan kerepot pula?
2. Adakah. GAMBAR aku tu mempamerkan yang aku terlalu hodoh, sedangkan diriku yang sebenar secara hakikatnya terlalu kacak...? Hahahahahaha PRASANTAN!  
3. Atau dia ada masalah kecelaruan pandangan?

Untuk keslamatan gambar kontreversi tersebut akan diupload kemudian. Itu pun kalau aku tidak ingat.


  

Isnin, 21 Oktober 2013

KEY CHAIN FELT BATU PAHAT

SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
 SMS/CALL: 010-3443 880
SMS/CALL: 010-3443 880
SMS/CALL: 010-3443 880

Satu unit harga RM 3.00 (Lima huruf) 
Jika lebih lima huruf RM 4.00



Kami membekalkan keychain felt....
Keychain untuk kenangan, 
Reunion, dan lain-lain
yang berminat dengan Keychain Felt
KEY CHAIN FELT,
Sila hubungi hand phone 010-3443 880 untuk buat tempahan
Minimum 10 unit. Kongsi-kongsilah dengan kawan.

Selasa, 15 Oktober 2013

GAMBAR HARI RAYA AIDIL ADHA








Hari yang mulia ini kami sambut di Pt Ju, Seri Medan, rumah abang iparku.
Ibadah korban mengeratkan ukhuwah antara kami dengan kaum kerabat dan penduduk kampung yang dah lama tak kami temui...

Ahad, 13 Oktober 2013

TENGOK GAMBAR-GAMBAR MASA DULU

 Isteriku Idah dengan Ili masa kecik di samping adik bongsu aku Mar 
Waktu konvo UPM adikku Mar di UPM Serdang, tahun bila pun aku dah tak ingat....
Emak aku, kakak sulong aku Hjh Saripah, Anis, dan abangku Baharuddin...  
Sorylah adikku tercinta blogger Miss Mirror,aku uploadkan gambar di Kuantan ni....macam bak nangis aje tu...
Ili di samping saudaraku Ibnu Masngut dari Madiun, Indonesia....
Masa bujang dulu, aku rajin juga jadi pengapit....... gambar entah bila, anak sulong pengantin ni pun baru je daftar masuk Universiti,.....punyalah lama gambar ni...

Terima kasih Kak Long kerana menyediakan gambar-gambar ini.
Seawal jam 6.30 pagi tadi, aku dah sampai rumah Kak Long, semata-mata nak cari gambar-gambar tahun 60-an, kalau boleh nak dapatkan gambar orang-orang kuat kat Seri Medan ni yang Kak Long masih simpan, malangnya semua dah lupa letak mana.

Jadi untuk tidak menghampakan diri aku sendiri, aku pun snap semula gambar-gambar ini....saja je untuk koleksi simpanan aku...

Sabtu, 5 Oktober 2013

SURVEY RESORT-RESORT TERCANTIK

Jam 9.00 lebih, dua orang kuat bilik Guru Ustaz Syukran dan Cikgu Zul, menjemput aku untuk survey resort yang sesuai untuk Hari Keluarga sekolah kami....mula-mula meninjau di gunung Ledang...semua ok....cuma..
Kolam renang fokus utama,ok....tapi nanti....kita pusing-pusing dulu ke PD.....
Chalet-chalet di Dvillage ini biasanya memang penuh...kena tempah awal ok...lokasi sebelah Zoo Air Keroh
Kolam renang di Dvillage Resort....dah dibesarkan dah kolam renang ni....
 Berbincang-bincang dengan eksekutif Dvillage Resort....
Jam 1:01 sampai di Sungai Udang,Melaka.....sedap nasi Arab ni.....
Apa lagi, .....taukey kena belanja akulah....
Hampir pkl 2.00 petang sampai di Kemunting Beach Resort....memang ramai orang kat sini....
Sebahagian kolam renang resort di Kemunting Beach Resort.....

Jam 4:51 makan pula Roti Arab di RnR Pagoh, dah nak sampai rumah di Pt Sulong dah....Tak jadi nak meneruskan survey ke PD,macam jauh sangat, kesian dia orang nanti....Kata Cikgu Zul. Kesimpulan hanya dua pilihan: Kemunting atau Dvillage? Satu mesyuarat peringkat AJK nampaknya kena diadakan segera.

Khamis, 3 Oktober 2013

JADI PENYIASAT PERSENDIRIAN





Semua gambar ini diambil dengan kamera hanphone aku yang usang.....
Sebab tu gambar tak berapa terang....
Yang teratas gambar dua orang
Pencuri tersohor sedang melakukan perbuatan jalang
Mencuri barang-barang jiranku yang sedang asyik menonton filem sinetron
Nak kulepuk takut mereka membalas dendam....
Yang aku mampu kubuat hanya kononnya aku sedang berteriak
Dan mengambil gambar mereka yang tak boleh jadi saksi mahkamah

Gambar kedua, dua orang calon PMR dikenakan saman
Pada hari pertama pulang daripada PMR 2 Oktober semalam
Nak buat macamana,bapak merekalah juga yang kena bayar duit saman

Selasa, 1 Oktober 2013

MEREKA NI BISNES APA PULAK?





Seminggu ni kepalaku sudah senoneng....pusing-pusing, kerja sebagai pendidik semakin mencabar. Berita terbaru, ketua-ketua mata pelajaran pulak kena bagi markah prestasi kawan-kawan. Nampaknya....sudah semakin  mengarut. Habislah ..... kerja yang sedia banyak semakin banyak....sebab tu nak meninjau blog kawan-kawan pun dah tak sempat.

Menyiapkan program Nilam pun dah tak cukup tidur, kini ada kerja baru lagi, belum Fail Iso entah apa kebenda lagi...!!!

Alhamdulillah, anak isteri aku dah mula kreatif. Mereka bersama-sama menyiapkan karya-karya di atas....
Patutlah asyik bermesyuarat bisik-bisik, rupa-rupanya ada projek senyap-senyap....huhuhu