MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 31 Disember 2013

MP-R MAXPOWER REVOLUTION -GADJET PENJIMAT MINYAK

PENJIMAT MINYAK MPR MP-R
HUBUNGI EN MAT SOM 010-3443 880

JANGKA HAYAT GADJET INI ADALAH SELAMA 10 TAHUN!!!

KOD 1.    MP-R HARGA RM 219
SESUAI UNTUK KENDERAAN BIASA
JIMAT MINYAK 15%-50%
MENAMBAH KUASA PICK UP DAN PECUTAN
MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP TEBAL
PEMANDUAN LEBIH LANCAR
PENDAKIAN BUKIT LEBIH MUDAH.


KOD 2.   MP-R EXTRA HARGA RM 299
2 X LEBIH KUASA
HANYA UNTUK KENDERAAN BIASA
JIMAT MINYAK SEHINGGA 55%
PEMANDUAN LEBIH LANCAR
PENUKARAN GEAR LEBIH LEMBUT
PENDAKIAN BUKIT LEBIH MUDAH
MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP TEBAL

KOD. 3   MP-R HEAVY DUTY HARGA RM 399
5 X LEBIH KUASA
SESUAI UNTUK KENDERAAN BERAT
PENJIMATAN SEHINGGA 30%
JUGA SESUAI UNTUK KENDERAAN BIASA
PENJIMATAN 15%-50%
PEMANDUAN LEBIH LANCAR
PENUKARAN GEAR LEBIH LEMBUT
PENDAKIAN BUKIT LEBIH MUDAH
MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP TEBAL



Bagaimana memasangnya? Lihat gambar di bawah sebagai contoh.
Dipasang di pencucuh rokok!



 CARA MEMASANGNYA CUMA MASUKKAN KE TEMPAT PENCUCUH ROKOK

BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:
Bnk In ke CIMB: 

7043 9284 74
MATSOM/HAMIDAH
atau
Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 
MAT SOM
Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880
Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

Produk dihantar secara Pos Laju



1.
Proton Satria GSR 1.8 Turbo – En Mazwan
Memandu macam org gila sejak masuk highway Sg Besi, apa bila sampai di Glory Beach Resort, P.D dia terperasan minyak macam x luak.. ada la gerak sikit aje drp full kemudian terus beritahu bini dia.. bini dia heran jugak sbb biasanya kalau ke PD kurang2 pon minyak suku tank lebuh dgn cara pemanduannya… bila nak ambil brg dekat dengan gear, ternampak ada MP-R… (mungkin adik dia yang letak sebab sebelum tu adik dia ada pinjam kereta pegi Bagan Datoh) lepas tu dia terus hubungi saya untuk beli satu unit. Adik dia pon dah jadi Pegawai Pemasaran MP-R Setapak, En Mazwan.. 0122304385
2
exora bold cfe – Mohd YAd
Dah test guna, isi rm30 balance petrol lebih dripada yg di sangka, sy test kat exora bold cfe, cuma rpm x nmpak turun pn, cuma prbezaan minyak mmg boleh lihat, klau pikap mcm biasa kot, cuz mungkin keta ni d sbbkn d lengkapi sistem turbo..
3
Inspira 2.0P – Soleh B Razali
x rugi saya beli mpr……memang menjimatkan petrol…saya dapat 35% dari KL ke JB….ujung minggu lepas….
betul kata member yang jual tu…pemanduan dengan menggunakan mpr jauh lebih baik dari pemanduan tanpa mpr…alhamdulillah…. saya doakan moga syarikat ini lebih maju dan dapat membangunkan alat2 yang lebih hebat dari ini…..tahniah dari saya soleh…
4
WIRA 1.5 – AINOL AFIZAN
kereta terasa sangat pikup dan lebih ringan….kegunaan minyak sebelum menggunakan MPR perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Taiping, Perak RM45… Kini setelah menggunakan MP-R Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak Kegunaan MINYAK RM30.00 shj..Kelajuan dibawa semasa sebelum dan setelah menggunakan MP-R 120 km/j…..nak kata xberkesan, kira2 lik RM15 jimatnya..mmg berbaloi…Insyaallah, saya cuba usaha bagi menjimatkan perbelanjaan, knp perlu membazir untuk minyak yg banyak..
5
PERSONA 1.6 – EN HARUN
dari kuala lumpur ke wakaf che yeh kota bharu kelantan….isian penuh minyak masih ada satu takok…berbanding sebelum ini saya perlu mengisi semula di gua musang sekurang2nya RM20 untuk sampai ke rumah keluarga….
6
BLM – MAT ALI
Alhamdulillah banyak perubahan pada kereta saya lepas guna MP-R…..Lampu kereta saya terang…gegaran enjin kereta hilang, aircond mudah sejuk dan juga pemanduan sangat smooth….saya kerja di kilang samsung penang… hari-hari saya memandu dari alor setar ke penang…..selalunya satu tank saya hanya boleh pakai 2 atau 2 hari setengah…..kini saya boleh guna hingga 4 hari
7
SAGA MEGAVALVE – HAIRI
MINYAK KERETA SAYA JIMAT….MASALAH GEGARAN ENGIN SAYA MEMANG KURANG TAPI YANG LEBIH HEBAT SELALU SAYA SUSAH NAK START ENGIN…TAPI LEPAS PAKAI MPR SENANG AJEE….
8
WAJA 1.6 – Mohd Fadzli
perjalanan dari sg petani ke ipoh biasanya menggunakan minyak dalam RM 35 selepas mengguna MPR penggunaan minyak kurang RM10 menjadi Rm 25…cara memandu dalam 140km/jam saya puaas hati sangat guna MPR
9
SAGA BLM – As D\’Ayu
dah pkai MP-R lbh dri 6 bln ( SAGA BLM )… actually x taw pn ape bnd MP-R ni.. mse mule husband beli mrh jgk.. saye ckp membazir… bile dah pkai.. bru taw… bnyk kelebihannya… air corn sejuk.. pemanduan lancar pling best minyak jimat… sbb sye berulang alik dri kuala rompin ke Jempol N9 3 kali seminggu…

10.MYVI – Asma
Puas hati guna mpr ni memang canggih….bendenye kecil tapi amat berkesan…
11.KELISA – JO
perjalanan dari putrajaya ke subang selalunya minyak habis RM20 inggit…selepas pakai gajet mpr ni saya masih boleh pergi pusat bandaraya kl….pickup dah tentu best….
12.VIVA – Sham
sebelum ni saya ada pakai mcm2 jenis penjimat minyak….tapi MPR memang best….dan paling berkesan…
13.MYVi 1.3 (M) – EN HISYAM
Terasa kesejukan aircond, tambah pickup. jarak perjalanan dari seri manjung ke perlis, jarak 434km, penggunaan minyak kereta saya hanya RM35 sahaja…8sen/KM penmanduan dengan kelajuan purata 125km/Jam…memang jimat sangat….
14.
Myvi 1.3 – Nurulhuda Bashirom
Sblm ni saya adalah pengguna poduk yg hampir sama bentuknya dari syarikat lain…saya dah gunakan produk tu selama 2 tahun sebelum tukar ker MPR dalam bulan lepas. Sebelum nie, kalau pakai produk yg bukan MPR tu…dengan isian RM50 boleh pegi miledge antara 280km – 290km shj. Tapi, sejak pakai MPR, dengan isian yang sama beleh pegi sampai 410km. jumaat lepas isi full tank (RM57), miledge boleh sampai 464.4km(mula berjalan dari perlis –> sp (2 Hari) –> Baling –> perlis) ..itupun siap bawa barang2 berat dalam bonet. sampai umah mlm td di perlis baru minyak start berkelip. MPR mmg menjimatkan!!
 DAN BANYAK LAGI TESTIMONI BAGI SEMUA JENIS KERETA

Sabtu, 28 Disember 2013

ROSAKNYA SEBUAH PERSAHABATAN



Apabila kita bersahabat dengan seseorang, kita mestilah jujur dan ikhlas. Bersahabatlah semata-mata kerana Allah, bukan kerana hendakkan keuntungan daripadanya dan sebagainya.

Semasa sekolah rendah di SK Tenaga Setia dahulu, guruku Allahyarham Ustaz Maarof sangat suka bercerita, khasnya cerita nabi-nabi. Pada waktu itu kami sangat suka dengan cerita kisah nabi Yusof dan Nabi Musa. Allahyarham, sewaktu bercerita sangat menarik, sehingga terkesan sampai sekarang, walaupun telah 40 tahun telah berlalu.

Dan satu kisah tentang Nabi Isa pula sangat menarik hati aku ....

Kisahnya begini.....Pada suatu hari Nabi Isa sedang melakukan perjalanan jauh dengan seorang sahabatnya. Dalam perjalanan itu, mereka hanya berbekalkan tiga potong roti saja. Namun ketika hendak memakan bekalnya itu,pada waktu beristirahat di suatu tempat, Nabi Isa sungguh terperanjat karena hanya mendapati tinggal dua potong roti saja. Padahal sepanjang perjalanan itu, mereka hanya berdua sahaja.

“Tahukah kamu dimana roti yang sepotong lagi?” tanya nabi Isa kepada sahabatnya.

“Aku tidak tahu wahai Nabi,” jawab lelaki itu. Setelah masing-masing makan sepotong roti, kedua-duanyanya kembali meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi laut. Nabi Isa tiba-tiba membentangkan sajadahnya di atas laut lalu menggunakannya untuk berlayar menuju seberang lautan. “Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?” tanya Nabi Isa kepada temannya untuk kedua kalinya. Dan temannya itu pun menjawab tidak mengetahuinya.

Mereka berdua kemudian meneruskan perjalanan lagi. Namun di tengah jalan mereka melihat seekor rusa lalu menjadikannya sebagai santapan pengganti makanan.Sehabis makan, tulang-belulang itu pun segera bangkit dan berubah menjadi rusa.”Demi Allah yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang telah makan sepotong roti itu?” tanya Nabi Isa AS untuk ketiga kalinya. Temannya pun menjawab untuk ketiga kalinya bahawa dia tidak mengetahuinya.

Lalu, Nabi Isa bersama temannya meneruskan perjalanan semula. Nabi Isa memungut tiga bongkah batu yang cukup besar. “Dengan izin Allah, jadilah emas,” seru Nabi Isa kepada batu itu. Tiba-tiba batu-batu itu pun segera berubah menjadi emas. Lalu membahagikan emas itu berdua dengan sahabatnya itu.

"Satu lagi emas ini untuk siapa?"

“Satu lagi untuk orang yang telah makan sepotong roti itu,” kata Nabi Isa.

“Akulah yang telah makan roti itu,” kata lelaki spontan tanpa sedikit pun merasa malu.

“Ambillah semua emas ini, aku tak mahu bersahabat dengan pendusta,” ucap Nabi Isa sambil meninggalkan temannya tersebut.Lalu dengan bangga dan tidak merasa bersalah sedikit pun, lelaki teman Nabi Isa itu duduk berhampiran ketul-ketulan emasnya, sebab tidak mampu membawa ketiga-tiganya sendirian. Dia juga tidak rela meninggalkan sebahagiannya.

Ketika sedang sibuk memikirkan cara membawa tiga bongkah emas itu, datanglah dua orang musafir yang melintas dan menghampirinya. Melihatkan emas itu, timbul keinginan di hati kedua musafir itu untuk merompaknya. Dengan berbagai cara yang telah difikirkannya akhirnya sahabat Nabi Isa itu membuat keputusan untuk membahagi emas itu dengan kedua perompak itu.

Masing-masing mempunyai idea bagaimana hendak membolot ketiga-tiga ketul emas itu. Lantas perompak itu menyuruh si pemilik emas untuk membeli makanan ke kota. Pemilik emas pun membeli makanan tapi mencampurinya dengan racun yang sungguh berbisa. Sekembalinya para perompak itu memukulnya sehingga mati. Setelah berhasil membunuh sasarannya, dengan perasaan gembira kedua lelaki itu kemudian makan dengan lahap makanan yang dibawa teman Nabi Isa tadi. Tidak beberapa lama,mereka pun mati keracunan.

Beberapa tahun kemudian Nabi Isa bersama kaumnya melewati tempat itu. Mereka melihat tiga bongkah emas itu emas dan tiga rangka manusia.

“Lihatlah bagaimana dunia memperlakukan mereka,”kata Nabi Isa AS kepada kaumnya. Nabi Isa kemudian berdiri di depan emas dan berkata,“Jadilah seperti asalmu.” Emas itu pun kembali menjadi batu seperti sediakala.

Antara rujukan; Jatim1 dan cerita lisan Allahyarham Ustaz Maarof Pt Pulai

(Alfatihah untuk guruku itu) 

Khamis, 26 Disember 2013

AWASI NO PIN KAD ATM ANDA

KHUSUS untuk orang KL ini ada amaran daripada polis ACP Izany Abd Ghani - KES PERTAMA berlaku TIME SQUARE 25 nOVEMBER 2013 DITEMUI OLEH SECURITY - KES KEDUA berlaku di KLCC 18 dIS 2013 DITEMUI OLEH seorang PELANGGAN Menurut ACP iZANY, SindikEt didalangai oleh warga Eropah. Mereka bergerak secara berkumpulan. Salah seorang ahli sindiket warga Poland TELAH diberkas. Katanya walaupun polis telah menyelesaikan beberapa kes, namun orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada jika ternampak sesuatu yang mencurigakan di mesin ATM, silalah laporkan kepada polis dengan seberapa segera. Sama-sama sebarkan khasnya untuk orang Kay El!

Isnin, 23 Disember 2013

MASA DEPAN YANG GELAP UNTUK KELAPA SAWIT



Kelapa sawit di Brazil

Jika ikut carta di atas, Malaysia telah menjadi pengeluar nombor dua dunia

BRAZIL DAN COLOMBIA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENJADI PENGELUAR MINYAK KELAPA SAWIT DUNIA. BRAZIL dianugerahi hutan Amazon yang luas, ia sangat berpotensi menewaskaan Malaysia kerana kawasan kita yang terhad. Di samping itu Indonesia juga telah memiliki ribuan hektar kelapa sawit di Sumatera dan Kalimantan. Juga beberapa negara Afrika menyusul untuk meningkatkan perluasan tanaman kelapa sawit.

Soalnya, untuk masa hadapan Malaysia harus membuat sesuatu tindakan luar biasa agar pe
nanam kelapa sawit tidak mengalami kemurungan ekonomi. Dek kerana banyaknya negara besar yang mengeksport kelapa sawit, maka harga minyak kelapa sawit akan menghadapi penurunan.

Kini ramai peladang yang beralih ke tanaman kelapa biasa (kelapa sayur) memandangkan potensinya pada masa hadapan.

Sama ada percaya atau tidak, ia terpulang kepada anda. Itu hanya pendapat saya yang naif lagi dhaif in
i.

Sabtu, 21 Disember 2013

APABILA ANAK MINTAK BELIKAN MOTOSIKAL



Hari tu aku kata bayaran lesen kereta untuk anak Umi Alya sebanyak RM 900 mahal di negeri utara tu. Rupa-rupanya harga kat selatan ni cuma kureng sikit aje. Yang RM 760 tu jika anak dah mahir bawa kereta, RM 810 yang dah pandai sikit-syikit, dan yang RM 860 adalah yang tidak tahu langsung memandu kereta. Dan itulah bayaran yang akan aku keluarkan untuk anak sulong aku ILI yang sedang menanti keputusan SPM Mac nanti. Risau pula, dia asyik menonton filem korea dalam bilik dia tu, takut kena sampuk hantu korea macam yang berlaku kat Trengganu hari tu.

Isnin ini aku nak daftarkan. Tadi, aku tanya-tanya saja. Aku pun tangkap gambar harga bayaran yang terletak di atas meja kedai sekolah memandu ni.

Anak lelaki aku pula yang nak masuk tingkatan empat ni dah tak sabar-sabar nak mengambil lesen motosikal. Aku kata tunggu pertengahan oktober tahun depan. 2014. Sekarang ni mencuka  saje sebab aku tetap dengan pendirian, selagi belum ada lesen motosikal, jangan harap ayah akan beli motosikal itu.

Masa anak kecik dulu, pening apabila anak menangis mintak susu je. Apabila anak-anak dah memBESAR ni, lagilah pening...sabar....tabahkan hati.



Jumaat, 20 Disember 2013

IBU BAPA AWAS DENGAN PERINGATAN INI


Sindiket pemerdagangan manusia telah melatih anggota sindiket di kalangan pelajar lelaki untuk mensasarkan pelajar perempuan yang cantik dan menawan, dengan pura-pura bercinta giler, dan apabila budak perempuan tadi telah mabuk kepayang mengalahkan cinta kepada jejaka Lombok, satu masa yang tepat, pelajar lelaki ini akan membawa pelajar perempuan tadi ke satu tempat. 

Dan akhirnya terperangkaplah ia dan tidak boleh ke mana-mana, menjerit-jerit pun tidak ada yang nak tolong lagi. Macam menjerit di dalam gua sajalah, sia-sia. Akhirnya dia dijual ke negara asing. Sungguh menyeramkan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor MAPMAS, Dr Irene Fernandez, semalam.

Baca petikan akhbar Sinar Harian di atas itu

"Irene berkata, pihaknya pernah menyelamatkan seorang pelajar di Sepang yang cuba di seludup dalam satu kontena untuk dihantar ke sebuah negara." 

Bayangkan kalau yang masuk dalam kontena itu adalah awak? Awak dah macam bahan-bahan mentah yang hendak di eksport.

Dan yang celaka 10 kali ialah pelajar lelaki yang dilatih sindiket itu. Tergamaknya mereka? Kalau aku dapat budak-budak ni, aku ketuk kepala dia dengan tukul besi je. Hahahahaha!

Sindiket dah namanya sindiket, mereka boleh buat apa sahaja. Nyawa awak tiada nilainya kepada mereka. Nyawa awak tidak lebih seperti nyawa lalat saja! Hati mereka kering macam pembunuh Sosilawati tu.

Awak yang aku maksudkan ialah remaja, terutama remaja perempuan. Juga kanak-kanak yang sering jadi mangsa culik. Dan yang pelik, kebanyakannya tidak dapat dikesan langsung seperti kes Sharlinie. Di mana dia sekarang? Dan banyak lagi?

Juga awas penjenayah yang menyamar sebagai jejaka kacak di FACEBOOK, TWITTER dan sebagainya. Awasi anak-anak anda. Rekod 815 kes 2011 dan 2012 hanya di Selangor. Negeri lain ada tak jawatankuasa bertindak seperti yang diketuai oleh Dr Irene Fernandez ini? 

MASIHKAH KAU INGAT AKAN AKU?


Adik-beradik aku banyak kenangan dengan tokoh ini. Di bawah ini lima anak ustaz Zakaria. Menang aku lagi hahahahaha aku 6!


Anak angkat keluarga kami dari Universiti Malaya tahun 80-an.

Nampak agak kurang aktif berfacebook.

Jawapan ringkas beliau itu mengesahkan ustaz inilah yang telah bersama kami pada masa-masa kami sedang teruk selepas dilanda banjir teruk tahun 1984.Beliau seminggu tidur di rumah usang kami. Menelusuri sungai Simpang Kiri. Berborak pagi-pagi. Orangnya pendiam dan kurang bercakap. Orang Perok. 

Beliau merahsiakan jawatannya sekarang. Tetapi aku dapat mengesannya, siap dengan no hpnya.  


Adik-adikku.....kalau pergi Perok, jangan lupa serang rumah Hj Zakaria ni!!!!!!!

Miss Mirror jangan terlepas baca entri ini.




Khamis, 19 Disember 2013

MELAYAN SI BONGSU ALIFF


Entri santai kali ni...jalan-jalan je..
Emak sibuk jahit baju orang, jom Aliff kita naik jet....zenggggggg...zeng.......

Penatlah .....berenti kejap.....!



Hei budak kecikkkkk...apa tengok-tengok aku?

Best...best.....

Ayo ada momok......

Ketapi ni tak jalan pun yah?.....



Rabu, 18 Disember 2013

JANGAN TERKEJUT, BONUS TAK SERENTAK DENGAN GAJI TAHUN NI



Petang tadi sudah ada yang tertanya-tanya kenapa gaji tak keluar 18 Disember, sebagaimana yang diwar-warkan dalam internet selama ini? Sebenarnya gaji adalah esok 19 Disember 2013.
Dan jangan terkejut pula kalau gaji tu tidak serentak dengan Bonus yang dijanjikan.
Kerana ia dibayar 2 Januari!

Aku faham sangat. Aku yang tak ada hutang kereta ni pun pusing kepala nak menguruskan duit. Lagi yang duduk di KL tu, tak taulah bagaimana. Dengar pulak harga tambang bas sekolah pun akan naik. Memang memeritkan. Yuran untuk anak tadika pun dah menyamai budak sekolah menengah. Untuk pendaftaran masuk asrama penuh juga memerlukan perbelanjaan RM 1000 ke atas. Yang dah masuk zon selesa macam gaji  suami isteri atas 10 ribu tu, tentulah tak memahami masalah golongan bawahan dan pertengahan ni.

Apa-apa pun semoga kita semua dapat menghadapi cabaran ini dengan penuh kental.

KUHANYA MENCARI SESUAP NASI

Gambar: Sewaktu dikau bergaya dengan fesyen terkini
Dan kota-kota besar kau kunjungi
Menjamu selera pelbagai resepi di hotel lima bintang dengan kerlipan lampu bak syurgawi 
Dan bergaya dengan gadget aneka segala teknologi
Di celah-celah batu itu ada seorang wanita marhain mencari sesuap nasi
Tak ada sesiapun yang peduli
Namun dia telah berjuang untuk hidup dalam kerakusan takhta para kapitalis
Yang semakin menggila hanya untuk kantung diri sendiri

Suara Simpang Kiri
Foto di Kota Maharani
Sewaktu dikau bergaya dengan fesyen terkini
Dan kota-kota besar kau kunjungi
Menjamu selera pelbagai resepi di hotel lima bintang dengan kerlipan lampu bak syurgawi 
Dan bergaya dengan gadget aneka segala teknologi
Di celah-celah batu itu a
da seorang wanita marhain mencari sesuap nasi
Tak ada sesiapun yang peduli
Namun dia telah berjuang untuk hidup dalam kerakusan takhta para kapitalis
Yang semakin menggila hanya untuk kantung diri sendiri

Selasa, 17 Disember 2013

MACAM-MACAM JENIS CALL DAN SMS

Apabila kita tengah tidur, kawan pun call
Apabila kita call balik sampai 4 kali dia tak jawab.
Ada pulak tu bila dia call, tak tanya apa-apa
Aku pulak yang banyak tanya dia
Satu lagi yang buat serik nak sms kawan ni
Kita tulislah panjang-panjang
Tapi dia jawab K...... je
Ada satu lagi jenis, call masa dia ada bisnes baru je
Bila kita dah join, dia terus ghaib
Ada pulak sorang tu, sampai mana-mana je
Dia akan beritahu aku di mana dia sekarang
Contohnya, Mat Som sekarang saya di rumah mertua saya,
tetapi saya tak tidur sini, saya akan balik sekejap lagi
Agaknya demam ke masa dia kecik dulu?
Perluke aku balas...?
Apa-apa pun manusia ni tak sama
Cuma yang bagusnya mereka tetap ingat akan aku
Aku hargai segala call dan sms kalian



Ahad, 15 Disember 2013

FOTO TAK BERKUALITI, TAPI DIUPLOAD JUGA

Jangan membazir air nak.....
Eh, dengan kamera handphone cokia ni, muka aku nampak hangus, penat dah makan kalogen
Abang aku yang baru balik dari Mekah sedang berbual dgn Hj Johari
Dah lama tak tengok kebun, diam-diam dipenuhi sayur-sayuran!

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum....cuti pun kena kerja juga
Pertemuan ketua-ketua panitia matapelajaran
Bincang-bincang masalah sekolah boleh, jangan cerita lain ok
Ada anak aku bercita-cita nak jaadi taukey Catering, aku ambiklah gambar ni

Rabu, 11 Disember 2013

PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DILULUSKAN


Cikgu-cikgu sekolah aku ni majoriti setia dengan satu sekolah. Ada yang sampai bersara baru bertugas di dua buah sekolah je, dan terakhir di sekolah ini. Aku pulak, hobi aku memang suka berpindah-randah. Entah macamana kat sekolah ini, aku boleh sampai 10 tahun? Pulak-pulak mohon dapat jawapan seperti itu.Setakat ini aku dah berpindah dari SMK PALOH, lepas tu aku bertugas di SMK CONVENT Batu Pahat, kemudian aku berhijrah ke SMK Penghulu Saat, last sekali aku dihantar ke SK SERI PASIR sampai sekarang. SMK Paloh ialah sekolah pertama aku posting, kemudian aku memohon ke Batu Pahat, kemudian ke Pt Sulong. Ditakdirkan selepas itu, semua guru bukan siswazah mesti dihantar ke sekolah rendah, aku pun akur, walaupun sebenarnya surat arahan berpindah sampai sekarang aku tidak terima berbanding kawan-kawan aku. Ah, yang penting gaji aku tetap naik, dan aku dapat jalankan tugas dengan baik. Kawan-kawan aku bertanya, kenapa aku mohon bertukar? Aku kata, biasalah, memohon tukar kerana nak cari pengalaman baru, suasana baru. Aku dah penat memanjat tangga perpustakaan yang empat tingkat itu. Aku nak cari sekolah yang rendah-rendah aje. Lutut pun tak sakit...!  

TEMAN-TEMANKU SUDAH MENERJAH HUJUNG DUNIA

2-5 Disember aku menghadiri kursus di dVillage Air Keroh. Sejak 3 hb tu kesihatan aku menjadi keroh. Teman kursus aku turut demam. Hari ni dah 11 Disember, aku masih belum sihat sangat. Pagi-pagi keluar mencari ikan, daging apa yang patut. Lepas tu tolong kemas-kemas rumah. Lepas tu terbaring, dan melayang entah ke mana. Teman-teman update Facebook dah sampai hujung dunia.Ada yang dah sampai Laut Mati. Aku masih bertapa di sini......Itu sahaja coretan aku petang ini...

Sabtu, 7 Disember 2013

SYARIKAT AIR JOHOR LINTAH DARAT BERLESEN

SAJ Syarikat Air Johor kini telah menjadi lintah darat. Mereka telah menukarkan meter-meter lama dengan meter baru, dan akibatnya bil yang diterima boleh membeliakkan mata kita. Kenaikan bil sehingga 100%. Adakah logik jumlah bil air telah sama banyak dengan bil elektrik? Sudah hampir berpuluh tahun bil elektrik jauh meninggalkan bil air. 

Semasa saya membayar bil di pejabat pos, saya bertanya tentang bil-bil air orang yang menunggu giliran itu. Dan kebanyakannya mengalami nasib yang sama seperti saya. Bukan saya mendiamkan diri, malah saya telah ajukan masalah ini kepada SAJ. Mereka datang, dan akhirnya SAJ menyalahkan saya balik.

Apabila saya bertanya mangsa-mangsa kenaikan bil ini, mereka akan jawab
"Nak buat macamana,bayar sajalah..."
SAJ kata kalau nak buat bantahan sila bayar RM25 di pejabat SAJ cawangan Yong Peng. Memang mereka ini sekarang mencetak duit melalui meter-meter baru dan hendak bantah pun, kita kena keluar duit lagi. Memang dasar kapitalis!

Satu lagi yang membuat orang ramai tidak berpuas hati, SAJ memasang meter tanpa tandatangan anda,dan selalunya tanpa anda sedari. Alih-alih bil air melambung.

SAJ juga menyediakan air yang tidak berkualiti terutama di Batu Pahat ini. PENAPIS AIR yang ribuan harganya, tidak kira jenama apa,mudah tersumbat. Selain itu, ramai orang Batu Pahat kena sakit buah pinggang,kerana akibat kotornya air yang disalurkan kepada rakyat. Buktinya, Batu Pahat adalah penerima terbanyak sumbangan zakat Johor bagi rawatan hemodialisis.

Lagi satu, sudah dua hari tiada air....Makluman pun tidak disebarkan, ikut suka-suka kerana air ini milik mereka.

Khamis, 5 Disember 2013

PENATNYA PERGI KURSUS

Memang patut sangat aku tak nak sambung belajar. Otak aku ni cepat penat kalau mendengar ceramah tentang perkara baru yang pelik-pelik. Dengan nama kursus yang juga pelik, lebih-lebih lagi akan dijalankan di semua sekolah tahun depan.

Ketika aku sampai di tempat kursus Isnin lepas, aku datang dalam sihat walafiat. Hari kedua aku dah bersin-bersin. Hari ketiga menggigil, batuk, demam, selesema semua ada.

Ketika kawan-kawan mengajak aku ronda-ronda sambil shoping di Mydin MITC, aku berselimut di bilik 706 D'Village Air Keroh itu. Semuanya gara-gara ekon dewan yang terlalu sejuk dan aku pula lupa membawa blazer seperti kawan-kawan aku. Aku tengok kawan yang pakai blazer itu pun menggigil juga. Hey..........! pengurusan D'Vilagge, lain kali adjust ekon tu janganlah sampai minimum. Kalau musim panas mungkin sesuailah. Nasib baiklah aku tak mati! Kalau tak aku saman engko.

Sampai saja di rumah, aku terus ke farmasi. Nampak macam dah kurang.

PRODUK-PRODUK MINYAK KELAPA DARA BIO ASLI DAN HARGA



MINYAK KELAPA DARA CAMPURAN HALIA, OREN, PANDAN, HABATUSAUDA, MADU DAN YANG PURE DI BAWAH SETIAP SATU BERHARGA RM 40.00 









MINYAK KELAPA DARA PURE RM40

KAPSUL MINYAK KELAPA DARA HABATUSAUDA RM 40



SETIAP UNIT produk minyak kelapa dara BIO ASLI di atas berharga RM 40 termasuk kos pos laju.
Produk-produk tersebut ialah:
MINYAK KELAPA DARA HALIA
MINYAK KELAPA DARA PANDAN
MINYAK KELAPA DARA LEMON
MINYAK KELAPA DARA PURE (TANPA PERISA)
MINYAK KELAPA DARA MADU
MINYAK KELAPA DARA HABATUSAUDA
KAPSUL KELAPA DARA
KAPSUL KELAPA DARA HABATUSAUDA (ORGANIK) 

SILA HUBUNGI 010-3443 880



JUS HERBA GOUT
RM 70

 
MINYAK HABATUSAUDA RM 50

DELIMA KALOGEN RM 70
12 SACHET


MINYAK ARGAN RM 70


LOSEN KELAPA DARA RM 35

FIRMING EXTRA CREAM RM70
UNTUK PAYU DARA MANTAP


T-POLO TONIK RAMBUT LELAKI RM 40


TONIK RAMBUT WANITA T-HUGO RM 40


DEODORANT X-TREAM RM 50 (2 UNIT/SEPASANG)


DEODORANT SOFT SEPASANG 2 UNIT RM 50


DEODORANT SOFT & X-TREAM SEPASANG RM 50


SABUN KELAPA DARA RM 25



SABUN HITAM KELAPA DARA RM 25

JUS CERGAS MINDA BIO ASLI RM70 




LOSEN BRUTAL RM 60
(SEKARANG DIPANGGIL LOSEN BRO)
UTK LELAKI PERKASA
TAHAN LAMA


BRUTAL-6 RM 70.00


LOSEN KAMAR SUTERA RM 50
LOSEN UTK WANITA DAMBAAN SUAMI


MINYAK POWER VCO 31 RM 50
UTK TAHAN LAMA

KOPI NANDUK BOOSTER RM 40.00

KOPI NANDUK GOLD RM 40


SEMUA HARGA ADALAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN
UNTUK SABAH DAN SARAWAK> HARGA PRODUK + KOS TAMBAHAN RM 5.00
Contoh Losen Brutal RM 50 + RM5= RM 55
Untuk semenanjung adalah seperti harga yang dipaparkan di bawah setiap produk


BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:

Bank In ke CIMB: 
7043 9284 74
MATSOM/HAMIDAH

atau
Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM


Produk dihantar secara Pos Laju