Jumaat, 3 Januari 2014

ELAKKAN DARIPADA MENJADI JIRAN YANG BURUK

Sebagai jiran yang baik hati, elakkan perkara-perkara berikut:
(Adapun peringatan ini untuk yang tinggal di taman perumahan. Kalau tinggal kat kampung ada sedikit beza peraturannya)





1. Memulas minyak motosikal atau menekan minyak kereta, keterlaluan, setiap hari.
2. Membiarkan sampah berselerak di tong sampah, kerana ia menyakitkan mata, dan apabila terburai akan berterbangan lari ke rumah jiran.
3. Membela kucing, tetapi tak terurus lalu kucing tu buang air besar merata-rata termasuk di depan rumah jiran.
4. Membiarkan anak-anak bermain di rumah jiran pagi hingga petang, siang dan malam, sampai tak tau nak buat apa. Pantang buka pintu, terus zupppp….
5. Cuba mencuri password internet rumah jiran, atau meminta berkali password rumah jiran walaupun jiran tu Nampak seperti serba salah.
6. Bertandang ke rumah jiran terlalu kerap, sehingga jiran tak dapat buat kerja.

7. Berkaroke terlalu kuat, walaupun suara mengalahkan katak sakit tekak.
8. Membuang kahak dan hingus terlalu kuat, sedangkan jiran sedang bersarapan dan sebagainya.

9. Memaku dinding pada waktu malam terutama jam 10.00 malam ke atas, macamlah tak ada langsung waktu siang.
10. Membela ayam itik di taman perumahan. Kerana tak dapat duduk kampung, dia bela juga walaupun dibantah oleh jiran-jiran. Kalau hujan, baunya masya Allah…

11. Mengumpulkan barang-barang kitar semula di rumah, dan segala benda di kumpul, nak kata untuk dijual, tak dijual juga. Akhirnya tikus beranak-pinak, ular tedung membiak dan mengejutkan.
12. Parking kereta di depan rumah jiran sesuka hati.
13. Membawa kawan berlonggok-longgok di depan rumah setiap hari, sambil main gitar dan merokok.
14. Terlalu menyibuk tanya hal-hal peribadi jiran. Itu privasi mereka, janganle kacau…..

UPDATE NO 15. Jiran yang suka membakar tayar dan plastik seperti baldi buruk, bekas kuih, plastik belanja dan sebagainya yang menyebabkan asap hitam terbias dan akibatnya jiran kena semput tahap 4 (aduan kawan FB aku ni ).
UPDATE NO 16. Jiran bagi kuih atau lauk bersama pinggan atau mangkuk. Tapi pinggan dan mangkuk terus jadi hakmilik. Mangkuk hayun betul. Ni cadangan Puan S dari Cheras.
Lain kali kalau nak kasi jiran macam ni bagilah dia dengan plastik je Puan S...

Sekian, terima kasih.

10 ulasan:

Sue Bee berkata...

SB ada jiran yg tergolong dlm kategori no.3. tapi dia bela anjing..tersangat lah banyak bilangannya mengalahkan bilangan cucu sendiri kat rumah..hampehh!!

Umialya berkata...

Alhamdulillah, tak tergolong di kalangan 1 hingga 14.. mklm le lebih suka berkurung jika tak ke mana2..

ohya.. nak jadi ahli mesyuarat tingkap? lagi le tak dapat, langsung xder masa..

Mat Som Sadona berkata...

Sue Bee
Kalau anjing7 itu tak berlesen
Elok ndiracun satu persatu secara senyap, sampai lenyap

Mat Som Sadona berkata...

Untungnya jiran2 Umi Alya..........

Qashmere berkata...

Kes dahsyat ni Mat SOM

Mat Som Sadona berkata...

Biasa je ni
Banyak lagi org nak bagi INPUT

Teman Setia Anis berkata...

Betul3... lepas dari tu bagi menggunakan bekas plastik... X terkilan klu x dipulangkan pun... Kena plk bagi pinggan dan mangkuk yg berjenama mahu2 mcm frust jea klu dah x blk2 lagi... Tapi jadi jiran pun x boleh duk senyap jea dlm rmh... Sampai x bercampur dgn org... Jadi mcm jiran aku yg dah aruwah tu... Mati dlm rmh dah pukul 5pg... jumpa mayatnya dah pukul 12mlm berikutnya... Semut dah penuh dlm bilik... Nauzubilah.. Berpada2 bila berjirankan..

Mat Som Sadona berkata...

ANIS
Semoga kita semua meninggal dunia dlm Khusnul Khotimah

Kayu Manis berkata...

jiran knor ada org thai,baik tapi kalau terjumpa senyum je..tak pernah kacau org..rumah sendiri mmg dia tak buat kotor..masalhnya bila org menyewa ni..pengotor..suka sapu sampah buang dpn pintu..kesian cleaner..

selalu juga knor jadi tukang sapu..ingat dpt pahala je, tu yg tak bising..redha ajelah..

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah K.Nor jadi jiran yg baik
Jika hari2 , tahun ke tahun dia terus mcm tu, alahai
Sabar ajelah K.Nor