Sabtu, 11 Januari 2014

RAYUAN KE KOLEJ VOKASIONAL



Pihak kolej vokasional di Johor Bahru semasa dihubungi memberitahu, hanya mengambil sedikit pelajar lelaki yang terdekat di Johor Bahru untuk kursus Kulinari tu, kerana tiada asrama disediakan untuk pelajar lelaki. Justeru secara mutlak, Irfan gagal ke Kolej Vokasional tersebut. 

Justeru, pagi tadi kami berusaha mengubati kekecewaannya dengan menghantarnya ke ujian IQ dan temu duga di Kolej Vokasional Muar, Jln Sg Abong. Dah cakap, kena pakai kemas-kemas, dia kata skema. Kan sampai sana dah bengang....huhuhu....nasiblah. Kalau dapat memang le syukur sangat. Adalah 7,8 orang berpakaian kasual. Berpuluh-puluh pelajar, ada yang datang dari Wilayah Persekutuan, semua datang bertali leher, kasut sekolah....

Selepas habis temu duga dan ujian IQ tu, aku bawa mereka ke Taman Botanical Air Keroh, naik buggy dan selepas tu berbasikal. Kemudian ronda-ronda Mydin, dan sampai rumah dah jam 6.00 petang.

Plan Bnya ialah menyambung pelajaran di sekolah lamanya. Jika minat bidang chef, nampaknya aku kena hantar selepas SPM di Kolej Swasta. Nak suruh dia menghafal buku pun macam berat aje. Keputusan temu duga ini ialah 13 Januari.

Kakaknya Ili terpaksa mengorbankan temu duga biasiswa untuk pelajar lepasan SPM nanti di Yayasan Saat Air Keroh pada jam 8.00 pagi tadi, waktu yang sama Irfan ditemu duga. Kepala aku pening, bagaimana boleh masa dan hari yang sama? Nak minta tolong orang lain, semua sibuk. In Sha Allah, Ili ada tawaran lain nanti. Sabar ok.

Maklumat penting: Ujian dan temu duga ini terbuka untuk lepasan PMR, yang penting bawa kad pengenalan, dan salinan, serta slip keputusan PMR dan salinan. Bawalah alat tulis dan berpakaian kemas.

UPDATE 15 Jan 2014: Anak kami gagal dalam ujian IQ dan Temu duga hari tersebut. Selepas 13 Jan 2014, dah boleh buat rayuan terakhir. Kami ke kolej Vokasional Muar tadi 15 Januari jam 3.00 petang. Isi borang dan berbincang-bincang dengan guru bahagian berkenaan. Beliau menjelaskan tahun  ini permohonan begitu dahsyat. Dan apabila melihat keputusan PMR anak kami, dia menyatakan, amatlah sukar untuk masuk ke sini. Kalau boleh janganlah ada yang dapat gred D dalam PMR. Sebenarnya ini semua rezeki, ada kawannya ada D juga, tetapi dapat masuk kerana dalam permohonan awal dia minta kursus yang tiada sangat persaingan seperti bahagian elektrik. Untuk KULINARI memang banyak sangat daripada 1500 orang yang memohon ke Kolej Vokasional Muar ini, kolej hanya mengambil 30 orang sahaja pelajar. Itu pun cuma 5 orang dari Johor, selebihnya dari negeri-negeri lain. Nampaknya aku kena kumpulkan duit untuk Irfan, dan sasaran kami selepas SPM, sama ada di kolej Komuniti atau SWASTA. Nak buat macamana, persaingan sekarang begitu sengit.   

UPDATE: 23 Jan Khamis. Kolej Vokasional B.Pahat call suruh datang interview ke Kolej Vokasional tersebut di Jln Kluang. Aku terpaksa bergegas pulang dari mengajar, dan mengambil Irfan di sekolahnya dan mengambil fail-fail sijil di rumah. Empat hari lepas, aku dan isteri memang ada mengisi borang rayuan ke situ. Sebabnya Kolej Vokasional Muar macam tak nak terima Irfan.


Jam 1.00 tengah hari Irfan menghadap penemuduga. Ketika itulah aku dapat panggilan telefon daripada Kolej Vokasional Muar, rayuan Irfan ke Kolej Muar telah diterima. Aku ditanya sama ada nak menerima atau menolak tawaran itu. Tanpa banyak soal, aku kata SAYA TERIMA. IRFAN dikehendaki melaporkan diri pada Isnin minggu depan ni, 27 Jan. Alhamdulillah!


Irfan keluar dari bilik temuduga. Aku beritahu berita itu. Oleh sebab kami suka sangat kami pun balik. Dalam perjalanan pulang, Kolej Vokasional Batu Pahat pula buat panggilan, rayuan Irfan ke Kolej Vokasional Batu Pahat diterima....Alamak....Pelik sekali dapat dua-dua pulak. Pihak Batu Pahat bertanya aku kenapa mohon sampai dua kolej? Aku jawab, Kolej Vokasional Muar sebelum ini tidak memberi apa-apa harapan kepada anak saya. Dan saya terpaksa tolak tawaran ke Kolej Vokasional Batu Pahat. Mana mungkin Irfan terima dua-dua?


KESIMPULANNYA  nasihat saya JANGAN JEMU DAN BOSAN MERAYU di sekolah berkenaan. Telefon dan isi borang. Masih ada harapan. Cuma kalau baru nak membuat permohonan, rasanya dah tak boleh. Peluang merayu adalah kepada yang telah memohon tetapi tak dapat masuk ke kolej. Dan mintalah dua tiga kolej. Walaupun pada mulanya anak aku macam tak ada harapan langsung, akhirnya rayuan kami diterima. Mungkin pihak guru di kolej tu dah kesian kat kami kut yang datang dua tiga kali.... Ingat ya jangan jemu ...kunjungi semua kolej, bersemuka adalah lebih baik daripada buat rayuan secara online. Sekian pengalaman saya dalam menguruskan permohonan anak ke Kolej Vokasional. Muka kami terutama isteri saya cukup tebal dalam proses membuat rayuan ini. Semuanya demi anak-anak kan. 

6 ulasan:

Kayu Manis berkata...

lepas pmr juga ada ye..mmg laju je kan..mai minta dkt2 rumah aunty di Kolej Komuniti Selayang ..anak buah juga belj kat sana..pandai buat kek.

takpe ada peluang lagi..di luar sana buat anakanda ili

Umialya berkata...

Moga berjaya..

wakgelas berkata...

sabor jelar kang matsom, kalo de rejeki in sha Allah dapatlar tuuu.., aminn

Mat Som Sadona berkata...

Alhamdulillah berkat doa kawan2 Wak Gelas, K.Nor, UAlya...23 hb kami dpt berita baik....dua kolej menawarkan tempat kepada anak bertuah kami ni. Dan kami pilih MUAR

Ainal Marhaton Ad Ghani berkata...

anak saya pun terpaksa merayu untuk ke KV Muar dalam bidang fesyen dan jahitan sebab asrama lelaki hanya ditawarkan di kolej ini..malang sekali dia tidak boleh pick-up untuk subjek jahitan kerana tangan kidal..sukar untuk mengikuti pelajaran amali.. dia down n frust sampai kene jumpa kaunselor sekolah..selepas dua bulan setengah akhirnya dia minta ditukarkan ke sekolah biasa dan akan kembali ke sekolah lamanya.. sekarang tunggu keputusan dan dia akan mengemas barang untuk pulang..berakhir sudah impiannya untuk impiannya menjadi tukang jahit kerana tidak tahan terima tekanan... ada hikmah disebalik semua itu...

Mat Som Sadona berkata...

kesian sungguh saya dgn anak Puan Marhaton ni...Moga2 dia akan berjaya di sekolah asalnya.