Isnin, 10 Februari 2014

TOPIK YANG BIASA DICARI PENGGUNA INTERNET


Aku sedang menganalisis sendiri blog aku, apa sebenarnya yang dicari oleh pengguna internet? Daripada 1410 entri setakat ini, 10 topik entri blog aku diatas antara isu yang diterima oleh pengunjung berdasarkan hit yang tidak sehebat blogger tersohor, aku dapat simpulkan begini....Dan aku tau sangat kalau aku cerita kisah kehidupan aku, itu cuma untuk mengisi masa lapang sahaja, kerana siapalah yang nak membaca kisah aku yang cuma seorang marhain tidak ternama. Ranking tajuk entri ini membuktikan hakikat itu, tiadapun satu kisah peribadi aku tersenarai. Kalau ada pun cuma 30 hit kah kah kah! Itupun agaknya suku-sakat aku! 

Empat topik berkaitan tema pendidikan, sebab ramai blogger tegar mungkin terlepas pandang sebab mereka tidak terlibat dengan isu pendidikan seperti kes masukkan markah. Ucapan-ucapan majlis rasmi. Juga lukisan untuk diwarnakan.Dan sekarang lagi banyak istilah baru dalam kerja-kerja online dunia pendidikan. Carilah sendiri.

Pelancongan, ini wajib ada. Kalau melancong ke mana-mana, ceritalah dengan jelas akan tempat itu, kemudahan-kemudahan, cara-cara, nombor telefon dan gambar-gambar yang terpilih.

Cerita misteri juga sering dicari orang. Tetapi saya tidak berminat dengan tajuk ini. Cuma terlepas cerita tentang kisah Mona Fandey.

Sebenarnya kisah artis juga sangat laris. Namun ini juga saya tidak berminat, kerana kita mesti ada prinsip.

Sesetengah orang, dia tak pedulikan hit atau trafik ke blog dia. Namun, sebagai blog menjual barang sendiri, aku memerlukan hit itu untuk menarik bakal pembeli ke blog aku. Dan ramai telah membiarkan blog mereka terbiar kerana tiada matlamat yang jelas.

Walau apa pun, tulislah apa-apa hanya kerana Allah. Sekian


4 ulasan:

umi alya berkata...

Itulah kekuatan sesebuah penulisan, kat laman saya pula lebih kepada carian bd kanser, pencegahan & rawatan dan juga kontraseptif serta penyusuan susu ibu, itupun untuk laman utama yang masih dikekalkan hingga kini.

Laman personal sememangnya tiada di dalam carian google, perlukan sedikit privasi sbb ia memaparkan gambar famili terutamanya anak bongsu kami..

Wak Gelas berkata...

salam dino seloso yo kang matsom seng ganteng kuwii.,iHHKs

Knor berkata...

akak tak pernah peduli pun byk ke sikit pembaca.suka hati nak baca ke tak..

pasal artis mmg taklah..baca org punya pun agak bosan mcm buang masa aje..tak ada faedahnya pun..

tapi suka dtg sini...nmpak luhur dan jujur je penyampaiannya..ada sedikit tegas dn bosan sesekalikan..

suka cerita pasal keluarga bukan syok sendiri,tapi satu hari nti mereka anak2 akan baca blog mamanya. itu pasti..

bila knor dh meninggalkan dunia.

BUNDA a.k.a KN berkata...

salam ukhuwah ndan salam ziarah dari bunda..