Rabu, 5 Mac 2014

MACAM KENAL AWAK JE!



Dulu-dulu, aku memang ada memperkenalkan produk-produk di pasar lambak. Antaranya di pasar Chaah. 

Banyak kenangan ketika berniaga di pasar itu. Antaranya.........pada suatu hari, ketika masing-masing sedang sibuk menyusun barang di atas meja jualan, orang yang berniaga di sebelah aku datang bersalam dan bertanya khabar. Selalunya orang lain, hari tu kebetulan peniaga asal bercuti, orang lain pula masuk di tempat itu.

Ayat yang pertama, selepas bersalam ialah 
"Eh...? Saya macam kenal awak je. Awak ni cikgu kan?"
Maka dengan spontan dan untuk menyelamatkan salah faham, saya jawab dengan tenang. Demi untuk tidak mencalarkan frofesion perguruan.
"Mungkin sedara salah orang kut? Saya kembar cikgu tu. Cikgu tu nama dia cikgu Mat som, saya Mostam. Saya duduk kat Kluang...."
"Oh............" dia menepuk-nepuk dahi....  
Pening...pening....Lantaklah kau, aku buat kerja mulia, bukan mencuri hahahahahah!

4 ulasan:

Sue Bee berkata...

salah orang?..hhrmmm.

PetakBunga berkata...

nak jual jgk pasar mlam..
masyuk kan?

Umialya berkata...

kembar ya cikgu?? ha3..urmm tertipah tertipu sudah..

che mid berkata...

Alah, cikgu ni saja je..malu tu yang sebeno-beno nya..