MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 23 Mei 2014

BAHAGIAKAH MEREKA DI SINI?


Pagi tadi, hujan turun seawal pagi. Pagi Jumaat penuh barakah. Meskipun cuaca agak muram, namun aku bulatkan tekad memandu sejauh 22 km. Niat untuk mengecat sejak semalam, tidak harus kubatalkan begitu saja. Dinding kelas yang sudah bagaikan panau dan kurap yang melekat pada badan orang utan, sentiasa menghantuiku setiap kali masuk ke kelas 5 Azam ini.

Walau pun sekolah ini selalu berhantu, tapi aku peduli apa. Hanya aku dan jaga yang ada di sekolah pagi ini. Jaga yang seorang tu pulak agak kurang mesra alam. Susah sekali nak melemparkan senyuman. Barangkali dia demam masa kecik dulu.

Sesampainya di tingkat tiga itu, tanpa membuang masa aku terus mengecat. Setelah dua jam berlalu, habis satu kelas aku dah cat. Hatiku lega, kerana capuk-capuk yang menyakitkan pandangan itu telah lenyap sama sekali.

Aku bukan rajin. Tapi aku cukup terganggu dengan kelas yang kusam. Aku pernah pindahkan anak aku dari sebuah sekolah, hanya kerana ketika hari terbuka, aku lihat kelasnya penuh debu, dengan dinding penuh dengan kertas usang, entah tahun bila. Bagaimanakah anakku nak belajar dengan situasi sempang-perenang begitu?

Sebab tu aku tak boleh jadi guru besar. Nanti banyaklah cikgu kena marah dengan aku. Tengah fikir nak letak hiasan-hiasan apa lagi kat kelas ni, rasanya pasu bunga dengan bunga-bunga plastik. Pasti kelas-kelas lain akan tersenyum-senyum kelat nanti...Yang penting murid-muridku akan bahagia di kelas ini.


1 ulasan:

Knor berkata...

Cikgu mmg layak pun jadi guru besar..