MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 16 Mei 2014

SEDIH TENGOK PEMIMPIN SEMAKIN DUNGU

Semakin lama kita lihat,kita ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang dungu.

Tidak perlu buat kajian. Melihat saja kisah lawak di Trengganu beberapa hari lalu, membuatkan kita segan kepada dunia, kerana kita memiliki pemimpin yang gelojoh.

Dua-dua sama sahaja.

Dan paling sedih melihat seorang negarawan tua, yang melalak sana, melalak sini, asyik memperlekeh undang-undang Allah. Sedih sangat. Musa Hitam dan Pak Lah jauh lebih baik kerana tidak mengganggu pemerintahan orang lain. Dah pencen, buatlah cara pencen. Jalan sana, senyum, jalan sini senyum, cerita yang baik-baik saja. Anak-anak kamu pun semua dah jadi billionare. Nak apa lagi?

Dah banyak dah jasa kamu kepada negara,sekarang rehatlah. Bukankah semua pemimpin yang ada sekarang ini hasil acuan daripada kamu? Kalau mereka tak betul, kamu lah sebagai bapak yang salah didik anak?

Semua pemimpin yang baik kamu cantas. Yang tinggal yang ada itulah......Itulah pemimpin-pemimpin acuan kamu selama 22 tahun pemerintahan kamu.  

2 ulasan:

che mid berkata...

Mungkin dia berazam untuk menjadi all time warrior..walau dah pencen tapi jenis tak reti duduk diam.. ada sahaja yang mau dicuitnya di sana sini..

Eh, cikgu..semangat semacam je hari ni..Selamat Hari Guru..

Knor berkata...

semua dh nyanyuk...cikgu..

byklah cikgu kumpul hadiah ye...itu pun klu cikgu murah dgn senyuman...hehehe

klu garang jgn haraplah kan...
cikgu2 siap minta2 lgi hadiah dr anak murid..cikgu mcm kanak2 riang plk...