Ahad, 22 Jun 2014

BANGLO SERAM DI BATU 6




BANGLO SERAM DI BAKRI, MUAR


Oleh sebab ada pihak-pihak tertentu yang sakit hati dengan apa yang aku suarakan (beberapa perkara untuk kebaikan penduduk tempat aku ni) aku dah ubah topik ke hal-hal lain. Jangan terkejut kalau tajuk-tajuk entri aku sudah masuk ke pelbagai topik. 

Tetapi nama blog tetap SUARA SIMPANG KIRI dulu, kini dan selama-lama blog ini ada, meski pun ada yang trauma dan sakit jantung dengan nama itu.

Berbalik pada gambar, banglo usang ini nampak sangat unik. Tengok reka bentuknya. Boleh ditiru untuk rumah kalian, terutama rumah yang terletak di tepi jalan besar. Dua bulatan di atas diguna untuk meneropong musuh-musuh yang ingin menceroboh...terutamanya penjual karpet, jurujual Astro yang tegar dan perompak dari seberang. 

Lokasi banglo seram ni terletak di Batu 6 Jln Muar-Yong Peng. Kira-kira lima minit sebelum pekan Bakri kalau ikut arah dari Parit Sulong. Rasa macam nak bergambar di bawah tu, tetapi takut ada yang ikut balik hahahaha...sebab tu ambik gambar sambil memandu je....


3 ulasan:

Knor berkata...

Tgok dr foto sini pun dh seram..

Mama Miraki berkata...

Ni kalau David Teo tau lokasi rumah ni mau dia shooting citer hantu kat sini..tajuk dia " Jangan teropong aku si penjual karpet"

azam manz berkata...

kalau tgk kat google street view..nampak kubur cina je..ape lokasinye dah jadi kubur