Isnin, 16 Jun 2014

CENGKERIK MENGERIK MENDAMAIKAN SUASANA

Ili (tudung pink) dengan kawan-kawan dan guru bahasa barunya dari Korea (di tengah juga berbaju kurung)... Senyuman mereka menghilangkan kerisauan kami, maklumlah tak pernah berpisah dengan emak bapak.
Irfan pula dah balik ke asrama. Yang tinggal tiga orang. Gambar kat atas ni ialah aktiviti mencari cengkerik di belakang rumah maklongnya...ingat senang nak tangkap cengkerik....susah. Arina pula tak minat nak ikut, lebih suka tengok Youtube kesukaan dia.

Beza cengkerik jantan dengan cengkerik betina -Gambar Google

Dulu masa kecik, arwah ayah aku ajar aku beza cengkerik jantan dengan betina. Rupa-rupanya memang betul seperti dalam google ini. Yang jantan sayap dia ada batik-batik. Yang betina coraknya lurus sahaja. Aku suruh anak bela cengkerik supaya rumah taman ni ada bunyi kekampungan sikit. Cengkerik jantan bunyinya kuat.... 

Sesiapa yang rindukan suasana malam di kampung, jom dengar suara cengkerik sampai Subuh...esok.

2 ulasan:

umi alya berkata...

Sunyikan, kamipn tinggal berempat daa, nasib baik tidak masukkan ke semua anak ke asrama, kalau tidak tinggal bertiga jer kami..

Kalau panjang umur, mungkin kembalilah berdua semula ataupun keseorangan meniti hari...

Knor berkata...

ANAK PEREMPUAN SENANG CIKGU..MUDAH AJE SUAIKAN DIRI..
YG PENTING KWN TU SECOCOK NGAMM DGN KITA..KLU TAK NGAM..PANDAI2 LE BWA DIRI..HANGUK HANGUK,GELENG,GELENG JER..