Jumaat, 6 Jun 2014

SELAMAT BERJUANG ANAKANDAKU ILI


Buka akaun Bank Islam cawangan Batu Pahat
Poliklinik Batu Pahat kata Medical Chek Up akan siap 2 minggu....(mana boleh...)
Hospital Specialist Putera kata boleh siap 3 hari....ok cantik...(Lagi pun beberapa orang nurse kat Poliklinik Kerajaan tu ada yang dapat mengecam aku, melalui cuit-cuit tangan sesama mereka. Nampaknya ada antara mereka yang masih tidak berpuas hati dengan post Facebook aku, padahal yang aku bidas  tu kes di Klinik Pt Sulong. Peliklah aku tengok perangai dia orang ni. Agaknya suka sangatlah kalau aku terbaring kat hospital,dan nak kenakan paku buah keras kepada aku?)
HOTEL HAMILAS JALAN SINGA, SEKSYEN 20 SHAH ALAM
Menginap di sini Seksyen 20


 Ibu bapa taat menunggu
Yang daftar ni ada yang pergi Perancis, Itali, Jepun, Korea dan Timur Tengah





Gambar-gambar semalam 5 Jun 2014: Aku masih kepenatan kerana dalam seminggu ni banyak urusan di sana-sini. Jadi biarlah gambar-gambar di atas yang berbicara. Terpulanglah kepada teman-teman,untuk mentafsirkannya. Anakanda kami Ili in sha Allah akan meneruskan perjuangan hidupnya di Asia Timur (Korea) sembilan bulan dari sekarang. Dan dalam tempoh itu, dia dikehendaki mempelajari bahasa negara tersebut. Namun,untuk ke sana dia perlu melepasi satu lagi tahap, dan doakanlah ya semua, agar Ili dapat melepasi halangan tersebut.Moga-moga anak-anak Tuan-tuan, Puan-puan dan kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat. AMIN ........   

8 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah,
Tahniah utk cikgu MS sekeluarga,
buat Ili semoga dipermudahkan urusan pembelajaran di sana ...

Farah Waheda Wahid berkata...

Alhamdulillah, semoga terus berjaya...

PetakBunga berkata...

besar harapan mak ayah harap anak berjaya dunia akhirat

Umialya berkata...

Alhamdulillah tahniah Ili

Kayu Manis berkata...

alhamdulillah..in shaa Allah doa ibu bapa tiada hijab..

tahniah pd ili...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

I'm so proud of you Ili!.
Moga menjadi pemangkin kepada adik2 utk terus berjaya!.

Unknown berkata...

In Sya Allah Ili pasti boleh lepasi halangan tu. Tahniah buat Ili

Time Traveller berkata...

Alamdulillah... rezeki murah dapat ke sana.. sekarang dah ramai orang malaysia mahupun islam di korea tak payah macam dulu.. apa pun didoakan moga berjaya.. :D

Salam kenal.. :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html