MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 14 Julai 2014

MEMBACA WATAK BAKAL PELANGGAN MELALUI SUARANYA

Hanya gambar hiasan, tiada kaitan dengan entri

Dua hari lepas Puan N dari Mersing menelefon saya melalui sumber blog ini.

"Bagaimana saya nak dapatkan Pemanggang Ajaib yang harga RM 129 ni?"  

"Beli melalui sayalah.....caranya mudah, Puan Bank In, lepas tu saya pos guna pos laju, dua tiga hari sampailah di Mersing"   

"Kat Mersing tak ada stokis ke?"

"Memang tak ada Puan, yang ada Segamat, Muar, Batu Pahat dan JB, tak apalah P
uan, SAYA POSKAN BARANG NI DULU, DAH SAMPAI NANTI BANK INLAH KE AKAUN SAYA, SETUJU?"

"Kalau macam tu saya setuju, lepas ni saya smskan NAMA dan ALAMAT ya"

Biasanya memang orang akan bank in duit dahulu, baru saya hantar barang. Tetapi dalam beberapa kes, saya kena hantar dulu barang itu. Ini kerana, saya tahu daripada nada suara prospek tersebut, dia agak sangsi dengan kejujuran peniaga internet seperti saya. Bukan tak biasa kita dengar, orang menipu dengan pelbagai cara.

Namun, saya juga sedikit sebanyak boleh membaca kejujuran orang melalui suara mereka. Setakat ini, saya tidak pernah tertipu dengan customer. Kecuali satu kes, kerana saya hanya menggunakan kaedah sms ketika itu. Kita tak dengar suara dia. Jadi agak sukar membaca peribadi dia. Nasib baiklah lelaki dari Felda Mempaga Pahang itu hanya membeli produk herba yang berharga RM30 sahaja, kalau tak tentu saya akan mengeuk pintu rumahnya walau jauh beratus batu, kerana geram punya fasal.

6 ulasan:

umi alya berkata...

Saya salah seorang yang gemar membeli ditalian, biasanya jika saya beli online, wajib masuk duit dulu sebelum penjual pos barang,

Sebenarnya cara cikgu ini agak berisiko tinggi, insya allah jika ada kejujuran, kedua2 pihak akan perolehi manfaatnya

Mat Som berkata...

Umi Alya
Saya dah buat 4 tahun ni
Alhamdulillah rezeki saya
Mereka semua jujur


Harap2lah
Jgnlah jumpa yg UA maksudkan itu

Mat Som berkata...

Nak tambah
Bukan semua dpt keistimewaan itu
Hanya customer2 yg dirasakan jujur
Gerak hati

Knor berkata...

Knor tk ambil deposit, sbb agak percaya, tapi taklh seratus peratus percaya agak sangsi sedikit..lps tu serah pd Allah, contohnya tempah peyek berpuluh blg..last ambil dulu separuh, yg separuh lgi kta, minggu dpn..kita tggu..janji nk ambil semua, siap kta compom lgi..ok knor bg peluang, sbb bru nk berniaga..kesian.ni msih lps tarikh yg dia jnji nk ambil..msih tk ambil.ktanya mcm2..inilh pertama kali terjadi, walau dh 7 thn berniaga.
Hakikatnya knor tk kisah pun, tk ambil pun tk apa...sbb ramai yg nk.rempyek tu..sabar ujian.cuma nk lihat reaksi cust m jer.

Mat Som berkata...

Mungkin semasa buat tempahan dgn K.Nor duit byk lagi
Jadi apb dah beli separuh
Alih2 budget dahlari
Agaknya terbeli langsir baru
Jadi buat keputusan mcm tu

Saya tak pnh ambik deposit
Sebab pelanggan ni ada mcm2 jenis

Ada yg tau bank n melalui kaunter bank sahaja
Ada yg tau bank in melalui mesin ATM shj
Ada yang yang bank in melalui kad ATM pula
Ada yg bijak klik dgn CIMB Clik atau MAYBANK2U.

Kalau kategori yg bawah sekali tu senang, tapi kalau kategori yg atas sekali tu susah sekali
Nak tunggu bank buka baru boleh buat bayaran
Kalau org byk bebaris kat bank dia mungkin kensel belian K.Nor!

Knor berkata...

Sekali ajelh knor berurusan dg org gini...no more..

klu org baik dgn knor srribu kali knor baik,..lps ni gitu2 jerlh..

mesti dia segan2 dgn knor..entah2 dia delete blog dia..knor tk kn aibkn sapa2..redha