Sabtu, 26 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA


Assalamualaikum.

Entah kenapa tahun ni penat sangat nak raya, pertama mungkin kerana dah tua. Kedua, anak dah belajar agak jauh, kena jemputlah, tiket dah habis, dan tak tau lagi nak naik bas. Kebetulan, tempat dia belajar tu tak ada pulak orang Batu Pahat. Keempat, cuaca dua tiga hari ni panas lain macam. Kelima, bonus ciput sangat, jadi kena bisnes sampailah tadi ni......Jual Preesure cooker dan sebgainya.

Gambar kat atas itu ditemui kakakku pagi tadi ketika mengemas rumah. Sungguh suci bukan wajah aku ketika itu? Masa tu belum ada tanggungjawab lagi. Sekarang macam-macam yang perlu difikir. Kalian pun sama sahaja bukan? Kita hendak menjadi ayah, ibu, dan manusia yang terbaik terhadap semua orang di sekeliling kita.

Banyak lagi kerja nak buat ni.....akhir kata, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. Kepada yang lalu di Parit Sulong tu dijemput singgah ke rumahku. Hp ku bernombor 010-3443 880 

(Semua aku dah maafkan termasuk En Nufn, setelah merajuk selama dua purnama)



4 ulasan:

wakgelas berkata...

salam cikgu matsom yg hensem tuu,.

Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njalok dingapuro yo kang matsom.,

salam aidilfitri maaf jahir batin yo

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Hehe... cute!.
Masa ni cuma tahu main panjat pokok, lastik2 dan cotet.

Mcm tu la kalau dah namanya menjadi seorang bapa...sbb tu la pahalanya sgt besar.

Umialya berkata...

Penat mungkin disebabkan usia kita makin meningkat kot.. tapi senang hati lihat anak2 makin dewasa..

Selamat hari raya buat cikgu sekeluarga...

Kayu Manis berkata...

Bulat jer muka cikgu..ni

knor tk blik kmpung le cikgu..mna ada kmpung..

cikgu dtg kl mai le singgah..

selamat har raya bt cikgu sekeluarga juga..