MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 20 Ogos 2014

ANAK CIKGU MATI DI DALAM KERETA LAGI

PADANG TERAP: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati selepas ditinggalkan lebih lapan jam dalam kereta milik bapanya, sejak pagi tadi.
Mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 4 petang tadi oleh bapanya, 42, yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerang, di sini.
Difahamkan, mangsa ditinggalkan di dalam kereta terbabit sejak jam 7.30 pagi selepas menghantar isterinya di sebuah sekolah menengah berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya mengesahkan kejadian itu.
Laporan Bharian.
Takdir memang takdir, tetapi soalnya, kenapa cikgu juga yang lupa lagi akan anaknya? Dan kenapa sampai lapan jam? Mungkin bapa dia ni Penolong Kanan ? Apa-apa pun takhziah.... 

2 ulasan:

umi alya berkata...

Mungkin dek tugasan / jadual terlampau padat?? positifkan minda..

Knor berkata...

cuai.. sudah tentu ajal tiba masa.

suami pun pernah lupa nak jemput anak balik sekolah..
terus pg opis..tggu kat rumah anak tk sampai cll suami..mana anak,Allah..terlupa katanya..sabar jelah..berpeluh anak tggu..puncanya dpt cll dr pelangan..terus tak ingat apa lagi..