Selasa, 21 Oktober 2014

PANGGILAN KECEMASAN DARI APARTMENT TERATAI

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,500 Penduduk Apartment Teratai, Taman Bukit Raya dekat Bukit Beruntung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya ekoran kejadian tanah runtuh.

Damage caused by the landslide near the Teratai Apartment, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung – photo courtesy of Korporat Ibupejabat Bomba Putrajaya
 GAMBAR-GAMBAR DIAMBIL DARIPADA THE STAR


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi sebelum tiba di lokasi pada jam 11.20 pagi.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergerakan tanah runtuh kira-kira 15 meter dari kawasan perumahan. Demi keselamatan penduduk kami mengarahkan penduduk apartment itu ber
pindah sementara ke Sekolah Kebangsaan Bunga Raya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penduduk perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari bagi mengetahui keputusan yang dibuat Jabatan Kerja Raya sama ada selamat atau tidak untuk mereka tinggal di situ.

"Kami tidak boleh jangka bila mereka akan dibenarkan balik ke kediaman masing-masing kerana ia memerlukan masa untuk menyiasat dan mengenal pasti akan keselamatan kawasan itu selepas berlakunya tanah runtuh," katanya.

Azhar berkata ketika ini pergerakan tanah masih lagi berlaku dan pemantauan terus dijalankan.

Sumber-- BERNAMA

1 ulasan:

Kakak Norihan berkata...

elok pindah walau perit..