Isnin, 1 Disember 2014

TEKNIK BERJIMAT SEMASA MELANCONG

Malu pulak nak cerita, sebab yang baca ni ramai yang kaya jutawan. Sewa hotel ribuan sehari pun tak kisah.
Masa aku bertanya resort yang setiap bilik berharga RM 400-RM700 tu pun, semua bilik telah fullhouse.Membuktikan ramainya orang dah senang-lenang.

Bagi orang macam aku ni cukuplah cari hotel harga satu malam RM200. Dan kalau tak cukup, sewa tilam je.
Yang aku nak cerita ni bab makan.Dulu pernah aku order satu lauk dengan satu sayur, charge RM70. Bagi aku itu tidak menjimatkan. Anak ramai macam aku,kena buat sesuatu. Maka sejak lima tahun dulu aku mengamalkan teknik penjimatan ini.

PERTAMA: Mesti bawak periuk nasi comel,jangan besar2, nanti susah nak seludup masuk hahaha

KEDUA: Lauk apa nak bawak? Pandai-pandailah ikut kreatif kita. Kami beli ayam dua ekor...ayam sedang,dua ekor dalam RM25.00 Pukul 5.00 pagi bangun masa kat rumah lagi...panggang dengan PEMANGGANG AJAIB. Dah siap masak semua masukkan ke dalam banyak tupperware ke apa ke...ni lauk untuk dua hari. Anak-anak pasti tak komplen kalau lauk kita lebih sedap daripada lauk di kafetaria hotel. Dan kita panaskan selalu kat periuk nasi supaya tak mudah basi.
KETIGA: Bawa bahan-bahan utama macam yang kita ada kat dapur.....tapi paking kecik-kecik,macam Mr Bean nak pergi melancng...padat, semua ada...bawang pun ada tu!
KEEMPAT: Anak-anak yang nak makan Maggi sangat, tak boleh dihalang.
KELIMA: Dua bahan ni penting untuk masak sayur-sayuran.....sayur tomyam pun ada....pilih je
KEENAM: Kicap utk sikecik, sos, dan jus kordial...kalau minum air jarang nanti tak nak pulak ....budak-budak...semua dalam botol kecil. Dan semua ni masukkan dalam satu bekas yang senang dibawa, satu kotak plastik yang ada tangkai..banyak dijual kat pasar raya...
KETUJUH: Pinggan bawa yang ringan,juga gelas, dalam hotel dah ada 4 gelas....pisau potong sayur yang comel juga jangan lupa
KELAPAN: Makanan ringan dari kampung kita yang murah-murah boleh dibawa sekali.
KESEMBILAN: Jangan lupa bawa pencuci pinggan mangkuk....juga kain kecil atau span untuk cuci pinggan.
KESEPULUH: Untuk emak bapaknya, kalau tak ada cili..macam rasa tak kena.....cili ni kami petikje kat kampung....ni emak mertua aku yang tanam.
Sementara menunggu anak-anak mandi kat swiming pool tu, aku masaklah....Lepas mandi biasa diaorang akan lapar.. Tengok tu kami tengah masak sardin sotong dicampur dengan sayur sekali
 Nasi tengah masak......

Modal kami beli ayam dan sayur-sayur yang tak mudah layu dengan bahan-bahan tu,tak sampai RM 50.00....KAMI BOLEH MAKAN MAKANAN BERZAT SELAMA DUA HARI..Dan bahan-bahantadi masih ada lebihan dan boleh dimasak lagi untuk hari ketiga.Kalau sekeluarga ada 7 orang macam aku ni makan kat hotel atau restoran untuk dua hari dah berapa?
Ni kawan aku dari kampung ajak mengeteh, aku keluarlah.Bukan senang nak jumpa dia kat Shah Alam ni.

7 ulasan:

Umialya berkata...

Sayapun sama, maklumlah tak mampulah setiap hari membeli.

Kelmarin semasa kami keluar, makan tengahari, menunya simple, 1 nasi putih + 1/2nasi putih, ikan cencaru sumbat - 1 ekor, ulam, sayur (3-4 jenis), nasi impit kosong untul Alya, laksam semangkuk, pengat ubi kayu, air mineral sebotol kecil + 2 ais kosong, air bandung, total: RM43, berbaloi tak Cikgu?

Tinta Farah D berkata...

boleh tiru ni kak , hehee.. kadang2 bila fikir balik, betul jugak..makan kat luar je dah cecah berpoluh ringgit, harga makanan plak mahal ke main, tak munasabh kan.. berkira2 jugak nak makan luar ke tak..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Relax ler... kitorang pun kdg2 masak kalau pegi reramai. Mcm semalam tu sbb pegi satu family je.. IRP kata tak baloi plak kalau masak. (sebab kena sewa hotel yg berkonsep aparment yg ada dapur, kalau nak masak.. rate lg tinggi).

Mat Som Sadona berkata...

Umi Alya....skrg makan sekeluarga kat warung memang mahal ...balik tu kami singgah Pagoh makan mi bandung Muar utk 5 org dgn air biasa2 dah RM 40 LEBIH JUGA..

Utk harga yg dikenakan keada UMI rm 43 TU saya rasa MEMANG tak berbaloi...kalau RM 26 ok...

Mat Som Sadona berkata...

cIK SAL,
Harga bahan mentah pun dah mahal
Harga telur pundah 4o sen lebih
Belum yg lain2
Memang lahmahalsemua dah

Mat Som Sadona berkata...

Ni cerita kami yg pergi 8 org
Puan Sam

Masak dgn cara spt budak yg duduk kat asrama universiti

Tak semestinya menyewa apartment,bilik biasa pun boleh kalau nak

Umialya berkata...

Sampai hari inipun masih terbayang2kan RM43 tu, sayangnya, kalaulah kami tahu semahal ini, baik makan kat restoran nasi arab(dasar tangkai jering, hi3) atau secret recepy, pasti dah harganya begitu.