MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 31 Januari 2014

JUALAN ONLINE DELIMA KALOGEN


HARGA RM 70 SEKOTAK
CARA ORDER ONLINE:
1.KLIK LINK >>>INI
2. KLIK PRODUK DELIMA KALOGEN
3. KLIK BELI SEKARANG

PRODUK SAMPAI 2-3 HARI BEKERJA - SEMENANJUNG
4-5-6 HARI BEKERJA BAGI SABAH SARAWAK

Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik, di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.


ATASI DENGAN DELIMA COLLAGEN
Membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat.
Membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh.
Membantu menghalus, menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
Membantu mencegah kanser.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.
Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Mengurangkan kedutan dan garis halus.
Mengurangkan sakit sendi.
Meingkatkan tenaga dan lebih aktif.
Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung.
Menguatkan otot, kuku dan tulang.
Mengatasi masalah sembelit.


LOSEN BRO6 JUALAN ONLINE

CARA ORDER ONLINE:
1.KLIK LINK >>>INI
2. KLIK PRODUK-BRO6
3. KLIK BELI SEKARANG

Ramai yang malu-malu untuk membeli LOSEN BRUTAL ini melalui SMS apatah lagi untuk call kepada pengedar. Kini anda tidak perlu lagi berhadapan dengan rintangan itu, kerana anda boleh membeli secara ONLINE KLIK DI SINI, nyatakan Unit berapa yang anda nak beli, pilih produk BRO6 pada borang Online ini. Produk akan sampai di depan pintu rumah anda 2-3 hari bekerja bagi Semenanjung  DAN untuk Sabah dan Sarawak lebih kurang 4-5-6 hari bekerja.

KLIK DI SINI>>>UNTUK TEMPAHANRM60

KALOGEN PALING SEDAP DI DUNIA


KHASIAT DAN KELEBIHAN OREN KALOGEN: HARGA RM 70

CARA ORDER ONLINE:
1.KLIK LINK >>>INI
2. KLIK PRODUK- OREN KALOGEN
3. KLIK BELI SEKARANG

Membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat.
Membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh.
Membantu menghalus, menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
Membantu mencegah kanser.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.
Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Mengurangkan kedutan dan garis halus.
Mengurangkan sakit sendi.
Meingkatkan tenaga dan lebih aktif.
Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung.
Menguatkan otot, kuku dan tulang.
Mengatasi masalah sembelit.


BERMINAT? ORDER ONLINE >>>> KLIK DI SINI
Produk sampai 2-3 hari bekerja

Khamis, 30 Januari 2014

PESANAN IRON LADY PAGI INI

Datuk Dr Maznah Hamid

Apabila disebut Iron Lady, gelaran itu di Malaysia adalah milik Datuk Dr Maznah Hamid. Dulu aku suka membeli karya beliau dan kata-kata hikmatnya yang penuh bersemangat. Dalam bukunya beliau ada menulis, pernah duduk di rumah setinggan, dan akhirnya berjuang habis-habisan. Kini beliau seorang ahli koperat tersohor di negara bertuah ini.

Dan hari ini, beliau menyampaikan motivasiya melalui Facebook....Apa kata kita lihat bicara beliau pagi ini.

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di Hong kong, Shanghai dan Guangzhou. Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana. 
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika, tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga. 

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

1) Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)

2) Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam

3) Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan

4) Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)

5) Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

6) Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya

7) Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok

8) Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.

9) Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.

10) Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Ingatlah, bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik!


Sebelum itu, beliau juga menulis:

Suka saya kongsikan beberapa tip berniaga orang cina, yang tak sempat nak bercakap di seminar Transformasi Minda Usahawan di Keramat Mall dua hari lalu. Ramai juga sahabat kita yang tak berpeluang untuk turut serta meminta tip-tip sebagai panduan untuk memajukan diri dalam bisnes.

Apa kata peniaga bangsa Cina :

1) Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

2) Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak perna
h melemahkan peniaga yang berwawasan

3) Semakin banyak derma dan sumbangan semakin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung

4) Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan

5) Tidak ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.

6) Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil

7) Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"

8) Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.

9) Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.

10) Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan. 

Rabu, 29 Januari 2014

AKU BERCUTI AWAL SEHARI....

Foto Suara Simpang Kiri.Foto Suara Simpang Kiri.Foto Suara Simpang Kiri.

Alhamdulillah aku dan warga SK Seri Pasir mulai hari ini, cuti sampai 4 Februari...lapang otak aku. Pagi ni seawal jam 6.30 pagi aku ronda-ronda pekan Pt Sulong yang tercinta ini........mahal lagi harga ikan, tapi bolehlah. Kurang-kurang kena beli dua kilo untuk lauk hari ini dan esok kut.

Damai aje apabila pagi-pagi dapat menyusuri kampung tepi sungai belakang kawasan perumahan aku ni....

Selasa, 28 Januari 2014

ALHAMDULILLAH, SYUKUR .....AKHIRNYA....


Alhamdulillah. Permohonan anak aku Irfan ke Kolej Vokasional diterima akhirnya setelah buat rayuan berkali-kali. Sekali dapat dua kolej ENGKO. Terpaksalah tolak satu. Isteri akulah yang menebalkan muka berjumpa dengan guru-guru di sana. Aku duduk aje di dalam kereta, kerana aku ni jenis tak pandai nak merayu-rayu ni. Anak aku sorang ni memang minat ke arah kemahiran, bukan bidang akademik yang memerlukan perahan otak, kalau disuruh berfikir tinggi sikit, dia akan tidur......baca buku ilmiah sikit dia pening KEPALA, jadi sama ada hidup atau mati, mesti masukKAN dia ke kolej itu supaya jadi orang. Empat tahun berada di sana ,In sha Allah dapat mengelakkan dia daripada gejala rempit, lepak-lepak dan sebagainya.      

Jumaat, 24 Januari 2014

ELAUN KHAS UNTUK ISTERI

Assalamualaikum dan selamat malam. Buat sdra-sdara yang isterinya SURI RUMAH, yang terbaik......... sdra sewajarnya memberi elaun khas untuk isteri. Ia bagi kegunaan peribadinya, mungkin dia nak beli barang yang dia suka, bedak, pemanggang ikan ke, dan sebagainya. Pernah saya bertanya kepada seorang teman akan hal ini, dan dia AGAK tersentak. Dia kata, "Aku dah bagi makan pun dah untung" Astagfirullahal azim. Berilah ikut kemampuan sdra, mungkin RM 300, 500, 700, 1000. Lagi besar gaji saudara, lagi besarlah elaun yang patut diberi. Jika isteri kita seorang doktor pun, kita kena bagi, apatah lagi jika isteri kita TIDAK BEKERJA. Dunia isteri kita akan jadi sempit, ANDAINYA dia tidak memegang wang.



Isu di atas aku ketengahkan di Facebook dan tak sangka mendapat sambutan hangat apabila 15 isteri mengongsikannya dalam status Facebook mereka pula. Nampaknya cadangan aku membahayakan diri aku sendiri kerana mungkin ada para suami yang marah akan aku kerana menghasut yang keterlaluan .   

HARGA KALOGEN TERBAIK UNTUK ANDA



BERMINAT ? ORDER ONLINE SEKARANG

>>>>>>>klik DI SINI

2-3 HARI BEKERJA BARANG AKAN SAMPAI DI DEPAN PINTU RUMAH ANDA

Selasa, 14 Januari 2014

LAGU TENTANG KANGKUNG 2014


Pengakap semua...............ini saya baru cipta satu lagu baru, mari nyanyi bersama-sama saya......tepuk tangan sama-sama......okey........

Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi paya
Siapa yang tak mahu untung, mari jual di alam maya.....
Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi bukit
Siapa yang tak mahu kangkung, jadi ubat sakit sembelit


Lenggang-lenggang kangkung, kangkung dibuat jenaka

Siapa yang tak balik kampung, nanti akhirnya menyesal juga
Lenggang-lenggang kangkung, PM kita buat seloka 
Siapalah yang tak ketawa, agaknya tersasul dalam bicara?

Ahad, 12 Januari 2014

HAK-HAK SEORANG JIRAN

Hak-hak jiran yang harus kita ketahui:(disesuaikan drp Kitab ihya' Ulumuddin oleh
Imam Alghazali) utk diriku dan untuk sahabatku: 

1. Dahulukanlah salam setiap kali bertemu dengannya
2. Usah terlalu banyak menanyakan hal ehwal kehidupannya sehari-hari.
3. Tengoklah jika dia atau ahli keluarga itu ada yang sakit.
4. Ikutlah berdukacita, jika dia ditimpa musibah, dan berilah pertolongan, sekalipun 
tanpa dimintanya.
5. Ucapkanlah tahniah dan ikut bergembira jika dia dilimpahi kurnia oleh Allah SWT.
6. Maafkanlah segala kesalahannya, apa lagi yang tidak disengajakannya.
7. Jangan meneliti cela dan keburukannya, baik dgn apa jalan sekalipun.
8. Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.
9, Usahlah mempersempit jalan ke rumahnya.
10.Jangan memerhati apa sahaja yang dibawa ke rumahnya.
11.Tutupilah segala rahsianya, agar tidak diberitahu kepada sesiapa pun.
12.Berilah semangat ketika dia dilanda kegagalan.
13.Lihat dan periksalah rumahnya, semasa dia pergi jauh agar tidak dicerobohi orang.
14.Jangan mendengar ucapan orang lain tentang dirinya, yang berupa umpatan dan
berita-berita yang tidak menyenangkan.
15.Tunduklah kamu ketika melihat isterinya.
16.Jangan selalu memandang pembantu rumahnya, dan anak perempuannya.
17.Bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya, baik dgn percakapan dan kelakuan.
18.Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui oleh jirannya itu dalam dalam urusan
dunia mahupun akhirat.
Sekian.

Sabtu, 11 Januari 2014

RAYUAN KE KOLEJ VOKASIONAL



Pihak kolej vokasional di Johor Bahru semasa dihubungi memberitahu, hanya mengambil sedikit pelajar lelaki yang terdekat di Johor Bahru untuk kursus Kulinari tu, kerana tiada asrama disediakan untuk pelajar lelaki. Justeru secara mutlak, Irfan gagal ke Kolej Vokasional tersebut. 

Justeru, pagi tadi kami berusaha mengubati kekecewaannya dengan menghantarnya ke ujian IQ dan temu duga di Kolej Vokasional Muar, Jln Sg Abong. Dah cakap, kena pakai kemas-kemas, dia kata skema. Kan sampai sana dah bengang....huhuhu....nasiblah. Kalau dapat memang le syukur sangat. Adalah 7,8 orang berpakaian kasual. Berpuluh-puluh pelajar, ada yang datang dari Wilayah Persekutuan, semua datang bertali leher, kasut sekolah....

Selepas habis temu duga dan ujian IQ tu, aku bawa mereka ke Taman Botanical Air Keroh, naik buggy dan selepas tu berbasikal. Kemudian ronda-ronda Mydin, dan sampai rumah dah jam 6.00 petang.

Plan Bnya ialah menyambung pelajaran di sekolah lamanya. Jika minat bidang chef, nampaknya aku kena hantar selepas SPM di Kolej Swasta. Nak suruh dia menghafal buku pun macam berat aje. Keputusan temu duga ini ialah 13 Januari.

Kakaknya Ili terpaksa mengorbankan temu duga biasiswa untuk pelajar lepasan SPM nanti di Yayasan Saat Air Keroh pada jam 8.00 pagi tadi, waktu yang sama Irfan ditemu duga. Kepala aku pening, bagaimana boleh masa dan hari yang sama? Nak minta tolong orang lain, semua sibuk. In Sha Allah, Ili ada tawaran lain nanti. Sabar ok.

Maklumat penting: Ujian dan temu duga ini terbuka untuk lepasan PMR, yang penting bawa kad pengenalan, dan salinan, serta slip keputusan PMR dan salinan. Bawalah alat tulis dan berpakaian kemas.

UPDATE 15 Jan 2014: Anak kami gagal dalam ujian IQ dan Temu duga hari tersebut. Selepas 13 Jan 2014, dah boleh buat rayuan terakhir. Kami ke kolej Vokasional Muar tadi 15 Januari jam 3.00 petang. Isi borang dan berbincang-bincang dengan guru bahagian berkenaan. Beliau menjelaskan tahun  ini permohonan begitu dahsyat. Dan apabila melihat keputusan PMR anak kami, dia menyatakan, amatlah sukar untuk masuk ke sini. Kalau boleh janganlah ada yang dapat gred D dalam PMR. Sebenarnya ini semua rezeki, ada kawannya ada D juga, tetapi dapat masuk kerana dalam permohonan awal dia minta kursus yang tiada sangat persaingan seperti bahagian elektrik. Untuk KULINARI memang banyak sangat daripada 1500 orang yang memohon ke Kolej Vokasional Muar ini, kolej hanya mengambil 30 orang sahaja pelajar. Itu pun cuma 5 orang dari Johor, selebihnya dari negeri-negeri lain. Nampaknya aku kena kumpulkan duit untuk Irfan, dan sasaran kami selepas SPM, sama ada di kolej Komuniti atau SWASTA. Nak buat macamana, persaingan sekarang begitu sengit.   

UPDATE: 23 Jan Khamis. Kolej Vokasional B.Pahat call suruh datang interview ke Kolej Vokasional tersebut di Jln Kluang. Aku terpaksa bergegas pulang dari mengajar, dan mengambil Irfan di sekolahnya dan mengambil fail-fail sijil di rumah. Empat hari lepas, aku dan isteri memang ada mengisi borang rayuan ke situ. Sebabnya Kolej Vokasional Muar macam tak nak terima Irfan.


Jam 1.00 tengah hari Irfan menghadap penemuduga. Ketika itulah aku dapat panggilan telefon daripada Kolej Vokasional Muar, rayuan Irfan ke Kolej Muar telah diterima. Aku ditanya sama ada nak menerima atau menolak tawaran itu. Tanpa banyak soal, aku kata SAYA TERIMA. IRFAN dikehendaki melaporkan diri pada Isnin minggu depan ni, 27 Jan. Alhamdulillah!


Irfan keluar dari bilik temuduga. Aku beritahu berita itu. Oleh sebab kami suka sangat kami pun balik. Dalam perjalanan pulang, Kolej Vokasional Batu Pahat pula buat panggilan, rayuan Irfan ke Kolej Vokasional Batu Pahat diterima....Alamak....Pelik sekali dapat dua-dua pulak. Pihak Batu Pahat bertanya aku kenapa mohon sampai dua kolej? Aku jawab, Kolej Vokasional Muar sebelum ini tidak memberi apa-apa harapan kepada anak saya. Dan saya terpaksa tolak tawaran ke Kolej Vokasional Batu Pahat. Mana mungkin Irfan terima dua-dua?


KESIMPULANNYA  nasihat saya JANGAN JEMU DAN BOSAN MERAYU di sekolah berkenaan. Telefon dan isi borang. Masih ada harapan. Cuma kalau baru nak membuat permohonan, rasanya dah tak boleh. Peluang merayu adalah kepada yang telah memohon tetapi tak dapat masuk ke kolej. Dan mintalah dua tiga kolej. Walaupun pada mulanya anak aku macam tak ada harapan langsung, akhirnya rayuan kami diterima. Mungkin pihak guru di kolej tu dah kesian kat kami kut yang datang dua tiga kali.... Ingat ya jangan jemu ...kunjungi semua kolej, bersemuka adalah lebih baik daripada buat rayuan secara online. Sekian pengalaman saya dalam menguruskan permohonan anak ke Kolej Vokasional. Muka kami terutama isteri saya cukup tebal dalam proses membuat rayuan ini. Semuanya demi anak-anak kan. 

Jumaat, 3 Januari 2014

ELAKKAN DARIPADA MENJADI JIRAN YANG BURUK

Sebagai jiran yang baik hati, elakkan perkara-perkara berikut:
(Adapun peringatan ini untuk yang tinggal di taman perumahan. Kalau tinggal kat kampung ada sedikit beza peraturannya)





1. Memulas minyak motosikal atau menekan minyak kereta, keterlaluan, setiap hari.
2. Membiarkan sampah berselerak di tong sampah, kerana ia menyakitkan mata, dan apabila terburai akan berterbangan lari ke rumah jiran.
3. Membela kucing, tetapi tak terurus lalu kucing tu buang air besar merata-rata termasuk di depan rumah jiran.
4. Membiarkan anak-anak bermain di rumah jiran pagi hingga petang, siang dan malam, sampai tak tau nak buat apa. Pantang buka pintu, terus zupppp….
5. Cuba mencuri password internet rumah jiran, atau meminta berkali password rumah jiran walaupun jiran tu Nampak seperti serba salah.
6. Bertandang ke rumah jiran terlalu kerap, sehingga jiran tak dapat buat kerja.

7. Berkaroke terlalu kuat, walaupun suara mengalahkan katak sakit tekak.
8. Membuang kahak dan hingus terlalu kuat, sedangkan jiran sedang bersarapan dan sebagainya.

9. Memaku dinding pada waktu malam terutama jam 10.00 malam ke atas, macamlah tak ada langsung waktu siang.
10. Membela ayam itik di taman perumahan. Kerana tak dapat duduk kampung, dia bela juga walaupun dibantah oleh jiran-jiran. Kalau hujan, baunya masya Allah…

11. Mengumpulkan barang-barang kitar semula di rumah, dan segala benda di kumpul, nak kata untuk dijual, tak dijual juga. Akhirnya tikus beranak-pinak, ular tedung membiak dan mengejutkan.
12. Parking kereta di depan rumah jiran sesuka hati.
13. Membawa kawan berlonggok-longgok di depan rumah setiap hari, sambil main gitar dan merokok.
14. Terlalu menyibuk tanya hal-hal peribadi jiran. Itu privasi mereka, janganle kacau…..

UPDATE NO 15. Jiran yang suka membakar tayar dan plastik seperti baldi buruk, bekas kuih, plastik belanja dan sebagainya yang menyebabkan asap hitam terbias dan akibatnya jiran kena semput tahap 4 (aduan kawan FB aku ni ).
UPDATE NO 16. Jiran bagi kuih atau lauk bersama pinggan atau mangkuk. Tapi pinggan dan mangkuk terus jadi hakmilik. Mangkuk hayun betul. Ni cadangan Puan S dari Cheras.
Lain kali kalau nak kasi jiran macam ni bagilah dia dengan plastik je Puan S...

Sekian, terima kasih.

Khamis, 2 Januari 2014

DUA TAHUN LAGI, AKU DINOBATKAN SEBAGAI WARGA EMAS

 2 Januari hari ni genaplah umurku 48 tahun
Dua tahun lagi aku dinobatkan sebagai warga emas! Serem dan tua bangka
UCAPAN Housemate aku MASA kat Paloh ni antara yang terpilih aku masukkan di sini. Eh, dia panggil aku Ustaz? 


 Aku MENERIMA HADIAH daripada wakil ibu dan kroni-kroninya
Tak sangka sibuk-sibuk bersekolah ni aku dapat hadiah. hehehe!
Syukur kepada Allah kerana masih memberiku kehidupan