MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 27 April 2014

DAH HOT DENGAN PENGIKLAN NI

Menanti pendapatan daripada pengiklan tetap ni menghilangkan kesabaranku....jadi lebih baik aku MEMECATNYA kerana tiada konsep menang-menang antara aku dan dia. Tengah fikir nak letak iklan apa..


Ahad, 20 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN TONG SAMPAH BERODA

Prettttttttttttttttttttttttttt.......................................
Laporan dan Foto oleh : Ili Nabilah
PARIT SULONG : 20 April-Majlis Penyerahan Tong Sampah beroda Dan Kempen Anti Litter telah diadakan secara gilang-gemilang di Dataran Parit Sulong.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Majlis bermula jam 9.00 pagi ini telah dipenuhi oleh penduduk sekitar pekan Parit Sulong. Antaranya penduduk Taman Melati, Taman Teratai, Taman Raja Ahmad, Taman Jaya Diri, Taman Bintang, Taman Mutiara, dan lain-lain lagi.

Turut dijemput ialah wakil-wakil sekolah, masjid, Giat Mara dan lain-lain.

Dalam ucapannya Datuk Noraini menjelaskan SWM ENVIRONMENT SDN BHD akan memberi perkhidmatan sistem 2 + 1, yang bermaksud dua hari dalam seminggu sisa domestik (sampah seperti nasi,ikan dll) pihak SWM akan ambil. Sementara itu sampah-sampah pukal seperti pokok, perabot, pihak PTSPTA yang berperanan memastikan kawasan kita bersih, indah dan selesa. Apabila PTSPTA menerima aduan, masalah itu akan cuba diatasi dengan segera.

Datuk Noraini juga secara berseloroh berharap tong sampah yang diedarkan oleh SWM ENVIRONMENT tersebut digunakan dengan penuh berhemah. Usahlah digunakan untuk menyimpan beras, dan ada yang digunakan untuk mengutip kelapa sawit.


Antara wakil sekolah, Tn Hj Rahman Ithnain dari SMK PENGHULU SAAT...


 Mama.....
 Saluran 4 ke saluran 2 ni? Nampak Imam 1 Simpang Tiga termenung tu....
 Hish....macam nak mengundi pulak dah....

 Cepat...cepat bawak balik nyonya.....
 Bang....kuat tak angkat tong sampah tu?
 Saya ni ada kedai makan....jadi tong sampah ni akan banyak membantu saya...bla...bla...bla...
Dah berpuluh tahun saya duduk sini, baru nilah dapat tong sampah free....Dah banyak dah tong sampah yang saya beli pecah dan rosak sebab majlis daerah campak-campak, sebab tong sampah yang dijual di kedai kualitinya sangat rendah.
 Wakil-wakil Suara Simpang Kiri  

Rabu, 16 April 2014

SEMAKIN LAMA SEMAKIN SIBUK


Ni dikira selfie jugak ke? Aku lebih suka bawak Kancil ni sebab jimat minyak....
Tapi jalan jauh sikit kenalah naik Alza, ni aku tak tau nak ke mana, Ili temuduga dari jam 8.00-12.30 tengah hari, jadi aku rehat di masjid, kemudian round bandar Kluang ni. Aku rasa tenang sikit kat sini, tak sibuk macam di Batu Pahat. Parking pun senang. Kupon parking di sini boleh dibeli sekeping-sekeping. Ingat nak jumpa kawan-kawan, tetapi semuanya sedang bertugas.
Sempat lagi aku singgah di Pejabat Pos Laju Kluang ni, nak poskan sedikit jualan Minyak Kelapa Dara aku...Alhamdulillah minggu ni, permintaan menggalakkan terutamanya dari Sarawak...Lokasi pejabat pos dan pejabat Pos Laju ni di hadapan Stesen Kereta Api Kluang.
Beberapa hari yang lalu, sahabat lama aku meninggal dunia kerana kanser darah. Terasa dunia ini begitu singkat, masih ingat lagi kenangan dengan Cikgu Saharuddin. Selalunya dia jadi teman aku berbual, ketika aku meniaga di Pasar Sabtu di Senggarang. Ni gambar di kampung arwah di Kg Sungai Lurus, Senggarang.
Sejak kapal kita hilang ni, aku selalu melihat ke langit...kut-kut kapal tu tersangkut di sana...
Ni di pekan Seri Medan, beberapa minit sebelum aku mengajar di kelas malam sekolahku.....Budak-budak kampung ni memang kita kena KERJA lebih, kalau tak, mereka memang tak belajar.
Masih melihat ke langit, akhir-akhir ini perubahan iklim memang sangat terasa....dunia ini semakin tua...

Ni rumah jiran aku, rumah ni baru belaka. Tapi yang menarik minat aku bukan rumah ini, tetapi awan itu...
Ingatlah Allah banyak-banyak, kerana kita semua sedang menuju ke sana.......Entri ini tiada tema khas, hanya untuk mengupload gambar-gambar yang pada aku, aku suka. Korang tak suka apa nak buat....hahahah

LOKASI INTAN KLUANG




Sekarang sedang melayan Ili temuduga, ujian dan sebagainya. Antaranya temu duga semalam di Intan. Institut Tadbiran Awam Negara di Kluang ni.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin ke sini, lokasinya mudah saja. Dari Air Hitam, ia terletak 3 km sebelum bandar Kluang. Selepas sahaja lalu Taman Desa, sampailah di INTAN.

Rabu, 9 April 2014

BAGAIMANA DIA MENJADI HEBAT TANPA PELAJARAN?

Aku memang suka gunakan istilah aku engkau kerana untuk mengurang jurang dengan mereka, dan supaya mereka tidak malu-malu untuk berinteraksi dengan aku 



Pagi tadi ruangan personal mesejku, menerima berita yang mengejutkan.

Seorang bekas pelajarku dari sebuah sekolah menengah yang aku mengajar di situ ketika itu, menyapa aku secara tiba-tiba. 26 tahun sudah berlalu, dan aku masih ingat sangat dengan dia. Kerana dialah, dan pelajar kelasnyalah pelajar yang pertama aku ajar dalam kehidupanku sebagai seorang guru, sudah tentunya aku tak akan lupa. Tambahan pula dialah yang menceriakan kelas yang aku ajar itu. Jika dia tidak datang, kelas menjadi senyap dan sunyi. Apabila tiba bab berlakon, dialah yang angkat tangan dengan suka relanya. Dan seluruh kelas akan menjadi gamat, apabila dia membuat kelakar. Dia suka menyakat kawan-kawannya. 

Namun pada satu hari, dia membuat keputusan untuk berhenti sekolah. Aku tahu, dia tinggal di sebuah kampung yang disisihkan dari prasarana yang sewajarnya, pinggiran kota Jay Bey yang pesat membangun itu. Rumah-rumah di situ kulihat jauh tertinggal dengan taman-taman perumahan berhampiran yang nampak gah dan mewah. Ketika itu dia masih dalam tingkatan dua. Cikgu-cikgu perempuan memujuknya dengan sepenuh hati agar membatalkan hasrat itu, ada yang menangis-nangis, membayangkan betapa dia akan menjalani kehidupan sukar dalam hidupnya.Namun dia berkeras juga untuk meninggalkan alam persekolahan, ketika usia masih terlalu mentah.

Tetapi....26 tahun kemudian, dalam mesejnya kepada aku tadi, dan melihat gambar-gambar dalam Facebooknya, ternyata dia kini menjadi orang yang senang-lenang. Dia kini menjadi bos, dan ramai orang menjadi kakitangannya. Subhanallah!  

Dia bercerita, selepas berhenti sekolah ketika usia baru 14 tahun, dia terkontang-kanting, menjadi kacang hantu.Dia berpeleseran di kota besar itu. Dan pada usia 17 tahun dia kerja di sana-sini.

Akhirnya dia berhijrah ke utara. Dan dengan usaha gigihnya, kini dia menjadi seorang kontraktor. Dan paling mengejutkan aku, dia mempunyai tiga orang isteri dan beberapa orang anak. Alhamdulillah.

Dalam mesejnya juga, dia teringin menemui aku. Ah....siapalah aku, hanya sempat mengajar dia empat bulan ketika itu, dan mengapa ia begitu terkesan dengan aku? Baru aku ingat, akulah gurunya yang terakhir, sebelum dia membawa diri ke dunia bebas tanpa kerja-kerja sekolah yang memang meletihkan. 

Aku juga tidak sabar untuk menemui insan istimewa ini.

Pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa ini, usahlah memandang sebelah mata kepada budak-budak yang kurang pandai, nakal, susah, kerana masa depan manusia bukan ditentukan oleh segulung kertas. Tetapi komitmen kepada kehidupan itu sendiri.Dan toko-toko, gudang, aneka premis di kota-kota besar itu dimiliki oleh orang yang tidak ada apa-apa sijil.    

Sabtu, 5 April 2014

MESTI NANGIS TENGOK GAMBAR NI

Wajahku yang semakin usang kututup dengan senja yang hitam, agar segala kedut yang ada tidak terlihat kerana ia menjejaskan perniagaan kalogen dan minyak kelapa DARA aku....hahahahah
Yang aku maksudkan ialah nama Polisas tu, adalah hamba Allah ini akan meraung melihat signboard ni...kahkahkah........
Masih gambar-gambar masa aku bercuti minggu lepas....sebab banyak sangat aku simpan kat kamera, kesian pulak kamera aku lalu aku luahkan di sini untuk tatapan kalian.....maaf aku baca juga blog kalian, tapi tak sempat nak komen, sebab kerja sekolah aku dah bertimbun, kalau aku tak tidur seminggu pun kerja aku tu tak akan habis....ramai dah kawan aku mati terkejut kerana tekanan. Kerajaan banyak cakap aje....sistem entah apa-apa....!
Sebab tu percutian singkat tempoh hari aku manfaatkan habis-habisan untuk menangkap apa sahaja gambar yang menarik, agar stress yang ada akan berterbangan di angkasa....
Habis aje cuti, aku mula kerja semula, kursus, fail, itu dan ini dah bermula...jadi maaflah aku tak sempat komen lagi entri kalian macam dulu....jadi kalian pun tak payahlah komen entri aku.....hahahaha...aku tak kisah.....

Rabu, 2 April 2014

NO AKAUN BERTUKAR AGAK MENYUSAHKAN

Nak jimat kos, aku beli GPS murah2 je...RM 300 
(Pemandangan cantik di Pekan Pahang)

CIMB ni, tukar nombor akaun para pelanggannya sejak beberapa bulan yang lalu. Aku buat tak tau saja, sehinggalah semalam Mr Chew, customer aku dari Segamat, mengadu tak dapat tranfer bayaran ke akaun aku......Terpaksalah aku menatap muka kakitangan bank yang sentiasa masam mukanya kat bank itu. Prosesnya tak lama, lima minit sahaja, tapi bab kenapa aku kena menghadap orang yang bermuka masam tu? Yang lain ceria sahaja, sorang tu...dan kebetulan aku kena menghadapnya.!

Dan selepas nombor baru yang sepuluh digit berbanding dua belas digit aku peroleh, semua entri blog aku yang ada menjual barang terpaksa aku tukar semua nombornya, jenuh juga,dan ada tiga blog lain yang menjual produk. Cuma orang dan benda-benda terlarang je yang aku tak jual kat blog aku.Kalau nak harapkan duit Nufnang, dah lama dah aku stop blog ni. 

Semalam aku dapat tempahan 10 papan Kopi Nanduk daripada Mr Tham dari Kanowit. Yang buat aku terkejut, kos pos lajunya mahallah sangat. RM 67! Untung sikitlah sangat..

Tidak ada JALAN yang mudah untuk berjaya, semua ada cabaran. Jumpa lagi.