MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 31 Mei 2014

GAJET DALAM DUNIA PERKHEMAHAN

Ni ambo nok cerito dengey demo semuo....ambo duo hari lepas ada satu aktiviti yang menarik. Buat gajet. Gajet gapo tu? Ingatke Galaxsi, Iphone ka.....bukey...Gajet maksud ambo ialah gajet perkhemahan. Pada ambo gajet bermaksud ALAT-ALAT yang digunakan sebagai kegunaan untuk perkhemahan. Jika di rumah kita ada pintu gerbang, rak kasut, almari, tempat simpan pinggan mangkuk, meja, kerusi, ampaian, begitulah juga semasa kita berkhemah....kita ada alat-alat itu untuk kegunaan sepanjang perkhemahan itu.....Yang saya tunjukkan kepada budak-budak ni ialah gajet untuk menyimpan barang, kasut pun boleh, buat letak pinggan pun boleh......

Perkhemahan unit beruniform SK Seri Pasir berlangsung pada 27 Mei hingga 29 Mei 2014. Aku hanya dapat datang pada 28- 29 Mei. Tepat jam 11.00 pagi 28 Mei, aku tiba di lokasi, iaitu di Teluk Gorek. Dan check in cepat jam 12.00 kerana semua telah ditempah awal.

Sampai je di situ, aku terus mengeluarkan kayu-kayu yang aku cari dan curi semalamnya di kebun Miss Prolyapo. Sengetlah kereta aku membawa kayu-kayu itu. Zul kata nasib baik tak ditahan Jabatan Perhutanan hahaha...

Berdasarkan pengalaman aku SESAT DI HUTAN JENGKA dulu, aku kongsikan ilmu membuat GAJET PENGAKAP kepada murid-murid aku. Sempat ajar satu jenis gajet sahaja, kerana masa yang diberi cuma 1 jam setengah.
Murid-murid begitu teruja nak buat gajet yang sama
Inilah hasil gajet daripada enam kumpulan itu
GAJET PERKHEMAHAN

Oleh sebab mereka tidak dibenarkan membawa pisau ke perkhemahan ini, atas faktor keselamatan, inilah jadinya.....hasil gajet ni ada yang tak kemas. Mereka pun ikat cincai-cincai bocai saja. Sepatutnya mereka menggunakan ikatan seraya,bunga keti dan sebagainya. Ini yang dapat ikatan seribu entah apa.
Mereka juga berpeluang berkayak.....bestnya. (Foto Ihsan Cikgu Burhan) 
(Foto Ihsan Cikgu Burhan) 
Berjoging di tepi pantai, tentu ia akan menjadi kenangan terindah buat mereka.(Foto Ihsan Cikgu Burhan) 
Petang 28 Mei aku bawak Aliff naik kereta kuda
KERETA KUDA DI MERSING
Disebabkan resort tempat kami menginap sangatlahhhhh kedekut,sehingga masalah air tidak ada sejak aku sampai, sampailah petang,aku teringat kawan lama di Paloh dulu. Ustaz Halim, yang sekarang jadi orang kuat SAJ....dan dengan pertemuan ini, SAJ menghantar air satu lori.....padan muka kau owner resort yang kedekut,nak jimat sangat bil air....kata Halim tak sepatutnya 28 hb tu air tak ada, memang ada catuan,tapi catuan akan dibuat pada 29 Mei.
Antara Foto kenangan sebelum kakaknya melanjutkan pelajaran
Foto Ihsan Ili

Sambil buat gajet, aku bawak semua rakyat aku ni tidur semalam di sini. Kemudian 29 Mei seawal jam 10.00 pagi aku ke Pekan ......untuk menghadiri majis perkahwinan anak Jamil Nasir,rakan juga saudara aku masa kecil dulu.Sepatutnya kami datang pada 31 Mei, tetapi terlanjur dah sampai Mersing, aku datang awal dua hari. Masya Allah sejak keluar sekolah rendah dulu memang tak jumpa Jamil.Kami disambut begitu seronok sekali...semua makanan dihidangkannya. Dua orang anaknya ramah-ramah dan dah berjaya menjadi pendidik. Dua lagi masih kecik. Begitu berbaloi-baloi kami datang ke Kampung Ketapang Tengah, Pekan ni.

Gambar dengan kuda kayu ini membuktikan aku telah sampai di Muzeum Pekan..... tempat Jamil Nasir anak Mbah Monah,saudara aku dari Seri Medan yang kini bertugas di Balai Polis Pekan.
Jadi Senggarang, Rengit, Pontian, JB aku ada kroni, Kota Tinggi ada Masrom, Mersing ada Razak dan Ustaz Halim, Rompin je tak ada...Pekan ada Jamil, Kuantan ada rakan sesat di dalam hutan 2 orang, Dungun ada, Kuala Trengganu, Pasir Putih...Kota Bharu lagi ramai kawan Facebook...minggu depan nak pusing Tanjung Karang pulak...jejak kasih belum berakhir.....rumah siapa lagi yang sudi menerima kedatangaan kami? Che Mid sibuk pulak...hehehe
Iniah kebun milik Miss Prolyapo yang kayunya aku ambik untuk dibuat gajet itu.Khabarnya kebun ini tak lama lagi akan ditanam dengan pokok manggis. Hehehehe kesian kan kebun ni

Jika pergi melalui jalan Mersing, balik aku lalu Pekan-Kuala Rompin-Muazam-Segamat-Pagoh....bawak 140km sejam........fasal nak balik cepat sebelum magrib. Tak taulah lepas ni kalau ada surat daripada Seri Paduka Baginda....sediakanlah RM 300. Sekian. 

Isnin, 26 Mei 2014

ALHAMDULILLAH CUTI SEKOLAH MENJELMA LAGI



Cuti sekolah kini menjelma kembali
Hatiku terasa happy
Rasa tak sabar nak berlari-lari
Di tepian pantai sambil menyanyi
Melihat keindahan ciptaan Illahi

Anak-anak  penuhkanlah aktiviti
Supaya usah menatap TV  tak henti-henti
Ziarah kerabat sudahlah pasti
Jangan tunggu saja Aidilfitri
baru nak menjelma diri

Jemputan kahwin banyak sekali
Semua dah mesti kena pergi
Nanti  kalau tak datang ada yang kecik hati
Pergi, pergi jangan tak pergi

Lepas cuti anak-anak akan berpisah lagi
Ada yang balik asrama, ada yang nak sambung belajar lagi
Itulah namanya perjuangan dalam hidup ini
Akhir kata selamat bercuti
Inilah masanya ibu bapa melayan kerenah anak sendiri
Setelah cikgumu penat menjaga mereka sejak awal tahun lagi

Sabtu, 24 Mei 2014

MINYAK SERAI WANGI ASLI DARI SERI MEDAN

MINYAK PATI SERAI WANGI BERKHASIAT UNTUK:

SAKIT PINGGANG
LENGUH SENDI
SENGAL TULANG
TERKEHEL
PENING
KEMBUNG PERUT
SELESEMA 

Minyak Serai Wangi Asli. Kandungan 85 ml setiap botol. Harga satu set RM 30 (2 unit).

BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:

Bank In ke 
CIMB NO AKAUN:7043 9284 74
MATSOM/HAMIDAH
atau

Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:



Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

KAPSUL TONGKAT ALI DARI BATU PAHAT


Kapsul Tongkat Ali. Kandungan 40 biji kapsul. Harga seunit RM 30 termasuk Kos Penghantaran.

BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:

Bank In ke 

CIMB NO AKAUN:7043 9284 74

MATSOM/HAMIDAH
atau

Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 

MAT SOM SADONO
Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:



Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

UBAT KURAP DAUN GELENGGANG

HP 010-3443880

KRIM DAUN GELENGGANG
RM 23 (3 UNIT) TERMASUK KOS PENGHANTARAN -SEMENANJUNG
RM 28 (3 UNIT) TERMASUK KOS PENGHANTARAN-SBH/SARAWAK 


UPDATE 16 OKT 2016




SABUN GELENGGANG DAN KRIM GELENGGANG WM RM43/EM RM 48


                         BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:


Bank In ke AKAUN 
CIMB NO:7043 9284 74 MATSOM/HAMIDAH
MAYBANK: 1514 6320 9083  (HAMIDAH ALI)
BSN : 01126-41-0000-3090-5 MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880


Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880

Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

TESTIMONI TERKINI 0GOS-OKTOBER 2016











Jumaat, 23 Mei 2014

BAHAGIAKAH MEREKA DI SINI?


Pagi tadi, hujan turun seawal pagi. Pagi Jumaat penuh barakah. Meskipun cuaca agak muram, namun aku bulatkan tekad memandu sejauh 22 km. Niat untuk mengecat sejak semalam, tidak harus kubatalkan begitu saja. Dinding kelas yang sudah bagaikan panau dan kurap yang melekat pada badan orang utan, sentiasa menghantuiku setiap kali masuk ke kelas 5 Azam ini.

Walau pun sekolah ini selalu berhantu, tapi aku peduli apa. Hanya aku dan jaga yang ada di sekolah pagi ini. Jaga yang seorang tu pulak agak kurang mesra alam. Susah sekali nak melemparkan senyuman. Barangkali dia demam masa kecik dulu.

Sesampainya di tingkat tiga itu, tanpa membuang masa aku terus mengecat. Setelah dua jam berlalu, habis satu kelas aku dah cat. Hatiku lega, kerana capuk-capuk yang menyakitkan pandangan itu telah lenyap sama sekali.

Aku bukan rajin. Tapi aku cukup terganggu dengan kelas yang kusam. Aku pernah pindahkan anak aku dari sebuah sekolah, hanya kerana ketika hari terbuka, aku lihat kelasnya penuh debu, dengan dinding penuh dengan kertas usang, entah tahun bila. Bagaimanakah anakku nak belajar dengan situasi sempang-perenang begitu?

Sebab tu aku tak boleh jadi guru besar. Nanti banyaklah cikgu kena marah dengan aku. Tengah fikir nak letak hiasan-hiasan apa lagi kat kelas ni, rasanya pasu bunga dengan bunga-bunga plastik. Pasti kelas-kelas lain akan tersenyum-senyum kelat nanti...Yang penting murid-muridku akan bahagia di kelas ini.


Ahad, 18 Mei 2014

HARTA DAN ANAK YANG MELALAIKAN



TERSENTAK seketika apabila membaca maksud ayat 9 Surah Al Munafikun, yang memperingatkan kita usahlah kita disibukan dengan urusan harta dunia dan urusan anak-anak, sehingga kita lupa kewajiban kita kepada Allah. Jika kita melakukannya, kita akan menjadi orang-orang yang rugi.

Lagi-lagi sekarang ini, urusan dunia semakin tiada noktahnya. Kita mengejar dunia yang fatamorgana, sedar-sedar umur kita sudah semakin hampir ke garis penamat.....Hanya amalan kita sahajalah yang akan menjadi teman sejati kita di alam yang asing itu nanti.

Moga-moga kita tidak akan kemurungan yang amat dahsyat di sana nanti....  

Sabtu, 17 Mei 2014

HOT! ERTI SECAWAN KOPI UNTUK SUAMI




Beberapa minit selepas status ini disiarkan, saya menerima maklum balas yang begitu pantas dan bertubi-tubi daripada rakan-rakan, khasnya para isteri. Kenyataan ini adalah hasil kajian saya terhadap beberapa koresponden (lelaki-lelaki yang kacak, macho, tetapi melepak di warung-warung di sini). Ada yang begitu emosi, seolah-olah isu ini begitu besar bagi mereka. Kalau saya rakamkan dalam Youtube, pastilah isteri-isteri akan insaf hari itu juga!

Jawapan anda sudah tentu, "Memang tabiat mereka suka duduk kat warung" bukan?

Apa-apa pun rajin-rajinlah layan suami anda, tak dapat setiap hari, seminggu dua tiga kali hidangkan secawan kopi/teh khas untuknya. Pasti dia akan senyum sampai telinga! (Lagi pun beli cawan mahal-mahal tu takkan untuk tetamu saja?)

Ingat, saya pernah bertanya seorang lelaki yang yang nyaris-nyaris berkahwin dua, dia hanya memberi alasan tidak pernah dihidangkan kopi/teh oleh isterinya. Pelik bukan? Pelik tapi benar.

Jumaat, 16 Mei 2014

HADIAH HARI GURU SEGULUNG PELANGI PAGI


Hari ini HARI GURU. Walaupun Johor bercuti, ucapan di Facebook ternyata dapat memeriahkan suasana dan menggamit kenangan. Guru yang pertama bagi kita ialah ibu kita, lepas tu ayah kita. Sekeliling kita, dan akhirnya kita menemui guru yang rasmi di sekolah. Tanpa mereka semua, kita tidak dapat hidup dengan sempurna. Dan guru kepada seluruh umat manusia di dunia ini ialah Rasululllah SAW yang menjadi rahmat kepada sekalian alam....

SEDIH TENGOK PEMIMPIN SEMAKIN DUNGU

Semakin lama kita lihat,kita ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang dungu.

Tidak perlu buat kajian. Melihat saja kisah lawak di Trengganu beberapa hari lalu, membuatkan kita segan kepada dunia, kerana kita memiliki pemimpin yang gelojoh.

Dua-dua sama sahaja.

Dan paling sedih melihat seorang negarawan tua, yang melalak sana, melalak sini, asyik memperlekeh undang-undang Allah. Sedih sangat. Musa Hitam dan Pak Lah jauh lebih baik kerana tidak mengganggu pemerintahan orang lain. Dah pencen, buatlah cara pencen. Jalan sana, senyum, jalan sini senyum, cerita yang baik-baik saja. Anak-anak kamu pun semua dah jadi billionare. Nak apa lagi?

Dah banyak dah jasa kamu kepada negara,sekarang rehatlah. Bukankah semua pemimpin yang ada sekarang ini hasil acuan daripada kamu? Kalau mereka tak betul, kamu lah sebagai bapak yang salah didik anak?

Semua pemimpin yang baik kamu cantas. Yang tinggal yang ada itulah......Itulah pemimpin-pemimpin acuan kamu selama 22 tahun pemerintahan kamu.  

Rabu, 14 Mei 2014

TERNGIANG-NGIANG LAGI SUARA MEREKA ITU


Baru-baru ini aku menerima tetamu. Seorang sahabat baru yang sudah lama mengikuti blog aku. Kedatangannya kerana ingin menempah baju untuk raya nanti, kerana aku pernah menyiarkan entri tentang kerja sambilan isteriku.

Beliau seorang pendidik bangsa. Isterinya pula seorang doktor mata. Sebenarnya isteriku hanya membuat baju untuk perempuan sahaja. Itu pun macam tak cukup masa.

Bercerita punya bercerita, rupa-rupanya beliau itu pernah mengajar di sebuah sekolah menengah terkenal di bandar kami, dan aku juga pernah bertugas di situ, sebelum dia pula datang ke situ.

Yang amat menyedihkan aku ialah, kawan-kawan aku berborak dulu dah ramai yang telah menemui Illahi............Mereka cukup baik, peramah dan pemurah. Al-Maklumlah masa tu gajiku masih kecik lagi, jadi mereka selalu saja belanja aku makan. Dengan adanya senda gurauan mereka bertiga itu, kadang-kadang lupa tekanan kerja yang dihadapi.

Selepas berpindah sekolah, aku terus terputus hubungan walaupun tinggal di daerah yang sama. 1999 aku berpindah ke sekolah yang berhampiran dengan rumahku.

Aku rasa, aku menjadi sahabat yang kejam, kerana tidak bertanya khabar lagi tentang mereka selepas itu, sehinggalah tetamu aku ini membawa berita yang mengharukan ini.

Justeru jadilah sahabat yang baik kepada teman-teman anda, kerana kemuliaan peribadi anda akan sentiasa dikenang meskipun jasad anda telah sirna dari dunia yang sementara ini.

Khamis, 8 Mei 2014

BERSAMAMU AKU BERLARI MENGEJAR BINTANG

Aku siang-malam memang sibuk, jadi nak tulis entri dah tak sempat, ni aku uploadkan gambar-gambar yang ada dalam handphone aku..... untuk menunjukkan betapa semakin tua kita ini, maka semakin sibuklah kita ini...
Aku INGAT 5000 km tu lama, tiga bulan dah sampai, terpaksalah aku hantar servis. Perodua sekarang banyak servis free...minyak hitam semi sintetik, oil filter, dan lain-lain free, dah dua kali servis untuk 1000 km dan 5000 km, dan setiap kali servis aku cuma kena bayar dalam RM60. 
Ini cucu emak dan arwah ayahku yang ke 38....! Anak adikku Amanah dan Rosli........nama...? Lupa nak tanya pulak, masa jengok hari tu, belum bernama lagi
Cuti-cuti ganti ni agak merimaskan 

Khamis, 1 Mei 2014

KAWAN BAIK PUN MATI-MATI TAK PERCAYA



Kamera hand phone anak aku ni menjadikan aku perasan muda, sehingga kawan baik aku Juragan MJ mati-mati tak percaya apabila gambar tu aku jadikan gambar kulit FB aku, bagaimana mukaku yang berkedut nampak agak eksyen kat situ.

Kesibukan menyebabkan kita selalu lupa yang kita ni dah tua.

Ada kawan aku sorang tu, dah ada cucu enam orang pun tak mengaku tua lagi.....Ayatnya bunyi begini
"Dah tua rupanya aku ni?"
"Habis selama ni ko rasa muda lagi?" Laser sungguh mulut aku, sedangkan aku sendiri takut jadi tua...hahaha.
'Dunia makin tua semakin indah, Dunia makin tua semakin mewah' kata Al-Jawaheer. 

Kalau tak sedar-sedar lagi....Tanda-tanda kita dah tua ialah.
0. Banyak dah kawan-kawan kita jadi orang besar
1. Banyak dah kawan-kawan sebaya kita dah buat majlis kahwin anak-anak mereka
2. Banyak dah kawan-kawan kita meninggal sorang demi sorang.
3. Anak-anak kita dah ada lesen memandu kereta, dan dah ada yang mintak belikan kereta.
4. Anak-anak kita dah sibuk nak jumpa pakwe, makwe
5. Anak-anak kita dah kena latihan PLKN
6. Lutut dan sendi-sendi dah longgar, naik tangga sikit dah mengah.

Macam kereta tua, berkeriut di sana, berkerekot di sini...

Mengakulah aku bahawa aku telah tua, tapi iblis selalu membisikkan sebaliknya! Jangan tunggu matahari terbit dari barat, baru nak bertaubat.