Khamis, 30 April 2015

ORIGAMI DAN MOBAIL



Hari ini aku kursus Pendidikan Seni Visual Tahun 6. Memanglah seronok sebab tak perlu pening kepala menyiapkan origami dengan mobail ni

Isnin, 27 April 2015

KENANGAN SEMALAM









SELAGI MASIH ADA NYAWA



Hari berlari kian pantas, tanpa kita sedari usia kita menginjak tua....dan apabila kita melihat foto-foto silam, sedikit demi sedikit, orang-orang yang pernah bersama-sama kita telah menemui Pencipta mendahului kita.

     Apa yang perlu kita buat dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan ini? Tidak lain, untuk terus tetap berada di jalan yang lurus. Tingkatkan iman dan bertekad menjadi insan kamil yang berbakti untuk agama Allah. Terus jadi orang yang disayangi saudara mara, jiran tetangga, dan rakan taulan.

     Namun kadang-kadang orang tidak menyenangi kita. Mungkin kerana sifat iri, pada hal kita ini tidak punya apa-apa untuk dibangga.

     Dalam hidup kita, kita diuji dengan pelbagai cobaan. Mungkin ia datang daripada menantu kita yang bertindak seperti tidak ada iman. Atau ipar duai yang keturunannya tidak jelas, lalu menghancurkan hubungan kekeluargaan yang dibina berdekad-dekad.

     Begitu juga sahabat. Ada sahabat sejati dan sebaliknya. Justeru dalam sejarah kehidupan kita, dapat menjadi lebih matang untuk mengharungi lautan kehidupan ini.




   

Selasa, 14 April 2015

SETELAH DUA BULAN ILI DI KOREA



Assalamualaikum teman-teman blogger, kaum kerabat yang mengintai-intai blog aku ni, juga mereka yang terjerumus ke sini tanpa dirancang.

Aku memang mengharapkan Ili rajin apdate blognya itu. Tetapi jadual studinya agak padat. Dia tetap masih kuat. Tak taulah kalau dia telah menyembunyikan kedukaannya, memendam rasa di perantauan (Kota Seoul) itu. Cuma dia kata teringin sangat nak makan buah durian. 

Untungnya sekarang kami dapat berhubung melalui video aplikasi wechat yang lebih canggih daripada Skype yang tergedik-gedik tu. Rasanya seperti dia ada berlegar-legar di dalam rumah kami sahaja.  

Rupa-rupanya bekas pelajar aku dulu, anaknya juga akan belajar di luar negara, iaitu Jepun. Tuan/Puan kena tau, aku mula mengajar ketika usiaku 22 tahun, dan pelajarku ketika itu telah berumur 15 tahun! Cuma tak tersangkut je dengan salah seorang pelajar aku macam tiga empat orang kawan aku tu. Kerana jodoh aku kat dunia ini dengan Hamidah, sebab tu aku tak jumpa di tempat lain. 

Dia meluahkan kerisauannya bagaimana nanti nak menghadapi perpisahan dengan anak sulongnya itu? Senang je....Itukan cita-cita dia. Kalau kita larang dia pergi,takut-takut satu masa nanti dia menyalahkan kita.....menyesal ketika itu benar-benar tak ada gunanya. Lagipun kebanyakan yang pergi ke luar negeri ini ditaja. Jadi kita tak risaukan  masa depan dia, anak kita akan menanggung hutang keliling pinggang.

Seterusnya aku katakan, di mana-mana pun bumi Allah. Tanah yang anak kita pijak itu milik Allah. Penduduk itu cuma penghuni sementara sahaja. Jadi jangan rasa takut, atau rendah diri. Berjalanlah dengan berani bahawa kamu dihantar ke sana untuk berjuang. Ibarat perang,jangan berundur walau setapak pun.

Pesanan untuk Ili di sini, ayah hanya mampu menjadi cikgu. Jadi ayah tak mampu menyediakan segala-galanya untuk kamu. Maka belajarlah setinggi-tingginya agar segala impian hidup kamu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. "Cita-cita biarlah setinggi langit,kalau jatuh sedikit, akan tersangkut di awan." Kata-kata itu mungkin sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku.

Kita mesti menjadi bangsa yang hebat, jika tidak bangsa lain akan memperlekeh kita,menghina kita sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Alhamdulillah, Ili kata Persatuan Pelajar Islam di sana aktif mengadakan usrah setiap lepas waktu Magrib. Ia bagi tujuan memantapkan iman dan semangat juang, ketika berada di bumi asing itu.

Katanya, orang Korea agak prejudis dengan pemakaian tudung. Ada sahabatnya yang disuruh membuka tudung,dan ada yang menarik-narik tudung pelajar ini lalu mengatakan "Hei,...tak panas ke awak memakai penutup kepala macam ni"

Jadi bagi mengatasi masalah itu,jika ada perempuan Korea, yang lain macam sedikit,Ili dankawan-kawannya akan segera mengelak dan menjauhi diri.

Tambahnya lagi, orang Korea agak lokek dengan senyuman. Mereka memandang pelajar Malaysia ini,umpama pandangan kita melihat orang Nepal,orang Vietnam, Bangladesh kat sini. 

Itulah serba sedikit kesimpulan setelah Ili dua bulan berada di negara kelahiran Kpop itu.        



 

Ni anak-anak yang kat rumah, bermain-main dengan kawan sekolahnya
 
Puan Hamidah meraikan hari lahir Aliff yang ke lima tahun dan juga meraikan kejayaan Arina  di sekolah agama tempoh hari.

Sabtu, 4 April 2015

MAKSUD WAKTU SEPERTIGA MALAM TERAKHIR





Saranan Solat Tahajud adalah perintah terus daripada Allah kepada manusia, membuktikan betapa ia sangat dituntut. Usia kita yang semakin berlari ke penghujungnya ini, marilah isi dengan mengabdikan diri kita kepada Allah kerana kepadaNyalah kita semua akan kembali. InSha Allah kita dapat sama-sama tingkatkan kualiti ibadah kita......Amin


Hasil carian imej untuk al israa' 17: 79
 "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
Maksud Surah Al-Israa' ayat 79

Blog Suara Simpang Kiri


Terima kasih atas perkongsian rakan blogger di Google Plus.

Rabu, 1 April 2015