Jumaat, 1 Mei 2015

HASIL BEKAS TANGAN CIKGU-CIKGI BATU PAHAT



















Bertempat di SMK PENGHULU SAAT, pada 29 dan 30 MEI 2015 berlangsung kursus DSKP KSSR PENDIDIKAN SENI VISUAL Tahun 6 khas untuk guru-guru Pendidikan Seni Batu Pahat. Tidak seperti kursus mata pelajaran yang lain,kursus ini sangat menyeronokkan akan daku..

Terasa kembali seperti aku masuk ke maktab perguruan 27 tahun yang lalu. Warna-warni ini menimbulkan aura happy......sepatutnya memang kena ajar anak murid seperti ini. Tetapi oleh sebab sekolah sekarang lebih menjurus kepada exam oriented maka Pendidikan Seni sering dipinggirkan. Ini menyebabkan anak-anak murid hilang kekreatifan mereka. Secara tidak langsung seni yang indah dan lembut itu sedikit sebanyak dapat melembutkan jiwa anak-anak yang kini semakin ganas.


Tiada ulasan: