Ahad, 16 Ogos 2015

GAJI JANGAN DITUNGGU,NANTI JADI PUNGUK


Dalam ramai-ramai customer tu, ada yang ex sikitlah. Tak nak produk murah macam jug yang aku jual tu. Jadi aku tunjuk jug yang ada harga sikit. Jug Thermos stainss Steel ....pun harga tak mahal....RM78.00 SAHAJA termasuk pos. Sesiapa yang berminat call 010-3443 880




Pemanggang Ajaib Happycall ni berharga RM165 TERMASUK POS...TEBALNYA 8 CM.
LUAS 26 cm x 32 cm. Juga hubungi saya 010-3443 880 jika berminat


Dua hari cuti hujung minggu semalam dan hari ni....aku isi dengan hantar barang-barang yg dipesan customer. Sambil tu ziarah saudara mara yang belum sempat pergi ziarah. 30 SYAWAL BARU ADA KESEMPATAN.




Sambil tu cari hadiah untuk Ili Nabilah yang jauh kat Seoul tu....rasanya tiga empat hari lagi nak diposkan. Hadiah sempena hari lahir dia tu....jangan nangis hari lahir tanpa famili...

Kita jangan tunggu gaji je tiap-tiap bulan. Nanti kita jadi pungguk yang rindukan hujung bulan. Setiap bulan kita tunggu gaji,.....akhirnya sampai tua kita tak pernah rasa seronok. Dengan berniaga sambilan, in sha Allah duit tak pernah putus.....

Rabu, 12 Ogos 2015

AKHIRNYA, INI YANG BERLAKU DI NEGARA KITA


Sejak akhir-akhir ini semua orang mula memikirkan masa depan negara. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Terbaca komen rakan Facebook. "Mat Som, saya tidak menyangka begini akhirnya yang terjadi di negara kita"

Mungkin, Ini semua bala....dan ujian kepada kita.

Sama ada kita hendak berfikir atau tidak tentang masalah politik ini, kita akan turut terasa kesannya. Kita dilibatkan untuk membayar hutang-hutang negara. Peluang anak-anak kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik turut terbantut, kerana ekonomi kita sedang menuju ke satu arah yang tidak jelas.
Kita dipimpin oleh orang yang tidak amanah.



Kita terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung kos kehidupan yang semakin menghimpit. Ada suami isteri yang hanya berjumpa seminggu sekali kerana hambatan kerja. Lalu kekeluargaan menjadi longgar, anak-anak dijaga orang tua di kampung dan sebagainya....Apa sebenarnya yang telah berlaku ini?


Kunjungan sahabat-sahabat lama dari jauh sangat menghiburkan.....


Dan semoga anakku di sana sentiasa ceria sebagaimana yang dipamerkan di wajahnya...

Sabtu, 8 Ogos 2015

JUG THERMOS MURAH


Jug Thermos Lion Star
Berminat Hubungi
010-3443 880

Seronok pulak aku meniaga Jug Thermos ni. Sebabnya, yang beli jug thermos ni akan cari aku balik. Belian ulangan berlaku kerana ada kakak,adik, saudara mereka yang berminat dengan thermos yang vogue ini. Dan lebih menarik ada antara mereka yang minat nak jadi pengedar pula. Rezeki.........sama-sama kita kongsikan. Dengan tiga pilihan warna Ungu, Biru dan Pink. Saiz 2.1 liter dan saiz 1.3 liter.

Apa menariknya Jug Thermos ini?
Nama pun thermos,tentu dapat mengekalkan kepanasan,kehangatan air teh, kopi,milo dan sebagainya sehingga 5-6 jam. Sangat sesuai untuk ibu yang sibuk bekerja, buat saja air satu jug, suami dan anak anda boleh minum bila-bila masa.

Ia juga untuk air yang sejuk. Air batu lambat cair......dengan syarat, tutup dengansempurna!
Ayuh apa lagi.....hubungi saya di 010-3443880 untuk buat tempahan.

Berapa Harga Jug Thermos Lion Star dan kos penghantarannya?
Dalam Dua Saiz

Saiz 2.1 liter 
Saiz 1.3 liter 

Besar : Saiz 2.1 liter 
harga Semenanjung RM36 termasuk kos penghantaran
SABAH SARAWAK RM 40 termasuk kos penghantaran


Pilihan warna PINK, UNGU DAN BIRU MUDA.

Kecik : Saiz 1.3 liter
Harga Semenanjung RM 26 harga termasuk kos penghantaran
Harga Sabah/Sarawak RM30 harga termasuk kos penghantaran
  
Pilihan Warna PINK, UNGU DAN BIRU MUDA.

CARA ORDER:
Bank In ke CIMB: NO 

7043 9284 74 

MAT SOM/HAMIDAH

JIKA NAK NO AKAUN BANK LAIN HUBUNGI SAYA


010-3443 880

Rabu, 5 Ogos 2015

KEBATILAN PASTI AKAN LENYAP


Beberapa waktu terakhir ini, kita dikejutkan dengan berita-berita buruk. Dengan pelaksanaan cukai GST yang menyembelih leher-leher kita, nilai ringgit yang menyusut dan integriti kepemimpinan yang sangat diragukan. Lebih aneh lagi konco-konco kejahatan ini cuba menegakkan benang basah. Paling panas isu derma Rm 2.6 billion....Aku tak nak menghuraikan isu ini. Sesiapapun yang otaknya masih waras,pasti akan ketawa terbahak-bahak dengan alasan terbaru ini. Lantaklah ngkorang......aku nak ketawa sampai pagi....Sedangkan ada beratus-ratus keluarga mangsa banjir di Kelantan yang masih berteduh di khemah dan terbiar tak dipedulikan......tiba-tiba senang-senang ada orang derma sebanyak itu kepada insan kamil seperti dia....hahahahahahahah......sejarah baru telah tercatat di negara kita. Kalau Firaun hidup lagi, dia pun akan geleng kepala tengok simamat itu.....

Ingat...ketika ini engkau berkuasa. Dua tahun lagi, sepuluh tahun lagi, engkau tidak akan memegang kuasa itu lagi. Engkau akan dikenang sebagai pemimpin paling teruk pernah memerintah tanah air ini. Kebatilan pasti akan lenyap.