MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 20 September 2015

CUTI YANG MESTI TERISI


Antaranya mengunjungi rumah ibu mertuaku.....


Selain itu tetap sibuk dengan bisnes terkini yang kini menerima permintaan yang menggembirakan. Terima kasih Allah memberiku rezeki yang tidak putus-putus dan tidak terjangka. Malah beberapa sahabat mayaku dan bekas muridku  turut bersama mengedarkan produk sepanjang musim ini.


Produk habis, aku kena bergerak sehingga di utara Melaka untuk menemui suplier...


Walaupun berjerebu, nak jua ajak anak-anak bercuti sehari dua...



Aku juga bersama Kak Long, dan Irfan membersihkan habis-habisan rumah ibuku ini agar tidak seperti rumah tinggal. Zink hijau menggantikan zink yang berkarat........Banyak lagi perlu dibuat agar rumah pusaka ini terus releven akan kewujudannya, dan sebagai ingatan kami kepada arwah ayah kami yang bertungkus-lumus membinanya.

Dan ibuku kini telah menetap di Rengit bersama abang kandungku.

1 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Wah!. Dah boleh bukak kedai tu.
Mesti rajin solat Dhuha... hihi.
Moga terus sukses!