MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 30 Jun 2015

KEBAKARAN DI PEKAN SERI MEDAN

Seri Medan-Isnin 29 Jun 2015. Sederet rumah kedai telah terbakar bermula bangunan MCA dan dua rumah bersama dua buah kedai hangus terbakar pada 12 Ramadhan yang panas terik. Berlaku kira-kira jam 4.00 petang, peristiwa ini agak menggemparkan penduduk setempat. Orang ramai membantu mengeluarkan beberapa barangan penting. Nampak mereka tak sibuk hendak memadamkan kebakaran seperti yang terdapat dalam gambar di dalam buku teks anak kita. Mungkin api yang yang marak dan besar menyebabkan masing-masing hanya menunggu bomba datang menyelamatkan bangunan yang terbakar itu.

Gambar-gambar diambil dariada sumber whatsapp, jadi aku tak tahu kepada siapa nak ucapkan terima kasih.

Lokasi: Berhadapan kedai Sahlan Sate....Pejabat Pos Seri Medan.













Khamis, 11 Jun 2015

WILD LIFE THEATRE MELAKA



Taman Tema Haiwan- Wild LifeTheatre Melaka ini terletak di Pulau Melaka.

Harga tiket di Wild Life Theatre Melaka.....boleh tahan.....

Tempat ini muat untuk 1500 orang dalam satu-satu masa



Taman Tema Haiwan di Pulau Melaka ini dibuka dua kali sahaja setiap hari. Iaitu jam 11.30 thari...dan pukul 5.00 petang.Show Sea Lion dan ular berlangsung lebih kurang 45 minit, begitulah



Singa laut ini bergilir-gilir dengan dua lagi sea lion dalam menghiburkan pengunjung dengan pelbagai aksi




Di Pulau Melaka ini juga kita boleh mengunjungi Masjid Selat Melaka yang 'terapung' di atas Selat Melaka..


Selasa, 9 Jun 2015

RAMADHAN DAH DEKAT,CUTI KAT RUMAH SAJA




Cuti sekolah selama dua minggu ni, kami tiada perancangan berjalan-jalan. Sebabnya Puan Hamidah kena habiskan tempahan baju customer tetapnya, sampailah raya nanti. Kalau baju tak siap, mengamuklah orang nanti.

Jadi, cuti ni aku layanlah budak kecik tiga orang ni........
Pagi poskan produk-produk yang ditempah orang.....petang cat rumah supaya hujung Ramadhan nanti tidak kepenatan. Juga dah kemas apa-apa yang patut untuk menyambut Ramadhan yang akan menjelma sepuluh hari lagi ni... 

Petang pulak aku mengajak mereka ni  jalan-jalan bandar, pusing-pusing kampung......Kelas tambahan untuk calon-calon UPSR adalah dua hari aku buat....


Itu sajalah cerita aku hari ini.....Oh tertinggal Wad Kenanga tu, tempat abangaku dirawat,kerana terjatuh dari bumbung sewaktu bekerja di rumah orang di Senggarang.....

Khamis, 4 Jun 2015

BLOG INI TAK AKAN TERBIAR SEPI



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah ke sini. Tanpa kusedari rupa-rupanya blog ini telah berusia hampir tujuh tahun lamanya.

     Dalam tempoh itu terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah aku lalui. Tidak perlulah aku ulang kembali, biarlah semuanya berlalu pergi...

     Dan melalui blog inilah jua aku menemui sahabat-sahabat maya, yang sebahagiannya terus menjadi sahabatku di alam realiti. Dan ada juga yang hadir kerana ingin mengkaji sejarah pekan kecil tempat tinggalku ini. Ada juga yang ingin mengkaji udang kara yang tiba-tiba muncul di sini. Tambah aneh ada yang datang untuk mengkaji batu nesan lama kerajaan Donan.

     Waktu itu, aku seperti juga blogger-blogger picisan lain,  sanggup bersengkang mata demi menyiapkan entri terkini kononnya. Namun sejak kemunculan pelbagai media sosial  beberapa tahun kebelakangan ini, tiba-tiba sahaja idea menjadi tumpul. Mungkin kerana aku sudah semakin tua dan disibukkan dengan urusan jual beli yang juga  datangnya daripada blog ini.


    Oleh itu, aku mesti meneruskan tulisan-tulisan yang bermanfaat, untuk berkongsi ilmu jika ada. Di samping untuk mengekalkan permintaan terhadap produk-produk yang aku niagakan di blog ini. In Sha Allah blog ini tidak akan dibiarkan sepi.....