MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 14 November 2015

YANG BIJAKSANA PUN BANYAK KENA TIPU!



Hirisan buah ciku

Dalam situasi ringgit yang menyusut, tentu sekali harga buah-buahan import akan naik harga. Apabila kita masuk ke kedai buah, harga-harga yang dipamerkan amatlah tidak logik. Kalau nak beli juga kena pergi ke pasar malam, pasar minggu atau pasar lambak yang menawarkan harga lebih mesra pelanggan.

Kita semua tahu, dengan makan buah-buahan akan mendatangkan banyak kebaikan, terutamanya dalam membekalkan vitamin C dan seterusnya dapat menjauhkan kita daripada penyakit. Usus kita perlukan buah-buahan dan sayur-sayuran, selainkan membekalkan vitamin yang diperlukan, ia juga membantu pencernaan. Usus kecil dan usus besar akan lebih sihat. Umpama longkang yang penuh keladak dengan longkang yang lancar perjalanan benda-benda yang melaluinya. Kerana buah-buahan itu melancarkan ruang-ruang usus...Susah pulak saya nak terangkan.

Jika golongan berpendapatan rendah kurang makan buah-buahan, makanya mereka tentu mudah untuk menjemput penyakit. 

Di sini saya cadangan, yang duduk di kampung tu, yang mana mereka ada tanah bukit dan jauh daripada banjir, eloklah menanam buah-buahan tempatan seperti durian belanda yang banyak khasiatnya, jambu batu, ciku, rambutan, limau dan sebagainya. Benih banyak dah dijual di tapak semaian, kat pasar minggu pun dah ramai orang jual benih.

Amatlah malang sekali, kalau orang kampung, nak guna cili dan serai pun beli di pasar! Ayuh ...inilah masanya kita mengembalikan kehebatan orang-orang tua kita dahulu. Yang duduk di bandar, pekan tu apa nak buat? Harga tanah pun dah mahal macam berlian. Nampaknya kita tak dapat mewariskan tanah lagi kepada mereka. Kita sekarang kena memberi ilmu secukupnya kepada anak-anak kita agar dapat hidup pada era yang akan datang, yang pastinya lebih mencabar.

Kalau nak kata belajar tinggi-tinggi supaya mereka tak ditipu orang pun, sekarang ni banyak profesional yang tertipu cinta dengan negro. Banyak juga profesional yang masuk skimcepat kaya!             

Ahad, 8 November 2015

PAMERAN LANSKAP TAMAN BOTANI JOHOR

SERI MEDAN- 5-8 November Pesta Lanskap telah berlangsung selama empat hari disertai oleh semua majlis perbandaran dari seluruh negeri Johor Darul Takhzim. Pesta ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.  Jom tanpa membuang masa kita melihat apa yang ada di sana.....


























Jumaat, 6 November 2015

SITUA YANG BERTUAH


Petang itu kulihat orang tua itu duduk sorang-sorang di bus stop. Wajahnya tidak menunjukkan boleh aku menyapanya. Dia bukan menunggu teksi atau bas. Cuma saja-saja duduk di situ. Mungkin dia ingin mencari udara pekan. Setelah setengah jam di situ, aku lihat dia mula bangun dan menyeberang jalan.....

Pertama yang aku fikir, apabila terlihat lelaki tua seperti itu, automatik aku teringat arwah ayahku. Dulu ayahku pun begitu juga, petang-petang akan minum-minum di kedai mamak bersama kawan-kawannya. Aku yang waktu itu masih bersekolah menengah tidak mahu kacau daun kalau ternampak motosikal arwah ada di pekan.

Kedua, mungkin anak-anaknya sudah tidak bersama lagi di rumah. Sebenarnya orang-orang tua ini elok bersama-sama anak-anak, kerana keadaan jalan raya kita bukan macam sepuluh tahun lepas. Sibuk 24 jam. Ngeri melihat orang-orang tua bermotosikal dan menyeberang jalan yang sentiasa sibuk itu.

Tapi, abang ipar aku sorang tu, bukan saja jalan pekan ini hari-hari diredahnya,malah beberapa kali dah berkereta tanpa GPS atau Vaze,pusing-pusing KL. Umur dah dekat 70, tapi berjiwa kental. Dia kata pernah malam-malam, hujan lebat pulak tu, turun kereta,  cari nama jalan untuk ke rumah anaknya....Aku sendiri kalau ke KL tanpa GPS alamatlah sesat barat jadinya.

Satu hari yang lain aku terserempak dengan seorang rakan guru, dah 15 tahun bersara. Setelah berbual-bual, aku rasa dia dah agak nyanyuk. Dia kata sekarang kalau ke mana-mana, dia dah tak bawak kereta, jirannya yang baik hati tolong dia ke bank, pejabat pos dan ngeteh-ngeteh.

Akhir kata, kita juga akan tua, bagaimanalah keadaan kita nanti? Semoga Allah memelihara kita semua.    
 

Khamis, 5 November 2015

KAU SAYANGKAN PEMIMPIN ATAU NEGARA?





Hari ini kita melihat orang sayang akan pemimpin itu, walaupun terang-terang kebejatan telah dilakukannya. Kebobrokan yang bagaimana lagi yang perlu kita terima baru kita hendak sedar bahawa kita sekarang ini sedang dipimpin oleh satu sosok tubuh yang menjerumuskan kita semua ke jurang kehancuran?

Adakah kita semua ini sedang menuju kehinaan? Sehingga tidak nampak lagi mana yang benar dan mana yang batil? Terlalunya banyak kita memakan riba dan makanan subhat sehingga hati kita jadi gelap berkarat, sehingga pencuri dianggap negarawan yang disanjung?

Peliknya ada yang membela bermati-matian. Besar sangatkah gaji kamu sehingga kesusahan orang ramai kamu remehkan. Kalau sebulan kau boleh simpan separuh daripada gaji kamu bolehlah kau anggap ekonomi kita sekarang ni bagus.

Aku doakan pemimpin yang zalim ini diganti dengan pemimpin yang lebih berintegriti. Tunggu!

Syukur Alhamdulillah dan Tahniah Diucapkan kepada Puan Nureen & Suami, semoga kehadiran baby akan menyerikan lagi kehidupan Cikgu Nureen sekeluarga. Semoga menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan bapanya.
~Msom Sadono~