Sabtu, 19 Mac 2016

SEKERAS BAHANG PANAS MENTARI

Terbaca artikel tentang kepanasan di kota Mekah untuk tempoh haji 10 tahun akan mendatang,membuatkan aku berfikir,bahawa dunia kita ini telah terlalu tua dan lelah. Apakah kita mampu menghadapi saat-saat mencabar itu andainya giliran haji kita telah pun tiba? Marilah kita berdoa bersama-sama agar kita diberikan kemudahan dan kelapangan ketika itu. Bersyukurlah mereka yang telah menjadi tetamu Alah itu sebelum ini.

TOYOTA CELICA ST
Keluaran tahun 1979

Ini ialah kereta pertamaku Toyota Celica ST. Kira taste aku hebat juga ketika muda itu. Pada tahun 1990 tu, kebanyakan orang membeli kereta Toyota KE 20, KE 30, Charade, Galant Sigma atau Datsun 120Y. Tapi aku memilih Toyota Celica. Semasa aku mula memiliki kereta itu, aku rasa macam seronok sangat. Puas, dan tidur dangan nyenyak seolah-olah aku telah memiliki dunia! Ternyata itu hanya fatamorgana. Akhirnya setelah tujuh tahun aku bersama Celica ini,  aku jual kerana dia mula meragam....



Gambar arwah ayahku, menjadi bukti bahawa aku dibesarkan daripada hasil bumi. Ayahku pernah menanam padi seperti dalam gambar. Ayah juga biasa menanam pokok kopi, getah, keladi, jagung,kucai,ubi, labu, tembakau, kacang tanah dan lain-lain lagi.
 

Gambar pengantin yang aku jadi pengapit ini hanya tinggal kenangan. Kira-kira 20 tahun selepas gambar ini diambil, akhirnya istana itu runtuh pecah berderai. Ia telah tertulis di luh Mahfuz dan tak boleh dikesalkan lagi kerana segalanya telah musnah. Dan anak-anak telah menjadi mangsa....
Jadi kuatkanlah iman kalian daripada godaan zaman ini yang penuh dengan rayuan iblis agar melupakan segala kenangan lama dengan pasangan kalian...

Akhir zaman ini kita perlu mendekati ustaz-ustaz pembimbing kita menuju ke syurga....Usah tertipu dengan fatamorgana.....Dajal sedang menuju keluar mencari kita dan memesongkan segala akidah dan kehidupan lurus kita....Tidak tersentakkah kita apabila diberitahu setiap hari 154 pasangan Islam bercerai di bumi Malaysia yang tercinta ini? Bermakna setiap 10 minit berlaku satu penceraian?  

2 ulasan:

umi alya berkata...

1979, saya baru nak belajar mengenal huruf tapi Cikgu dah memiliki kereta mewah..

Wajah kacak Cikgu tak berubah dulu & kini, patut le Puan Hamidah sayang bangat.. hi3

Mat Som berkata...

(1979 tu UA, adalah tahun kreta antik saya tu dikeluarkan oleh kilang. Saya beli kreta tu 11 tahun kemudian,iaitu thun 1990 ketika umur saya...er
24 tahun..heheh..1979 sya masih Tg 1)