MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 12 April 2017

JURURAWAT PALSU MEROMPAK

Peringatan ulangan!!!
As Salam Tuan/Puan,

*Hebahan Kejadian Curi Dalam Bangunan dan Menyamar Sebagai Penjawat Awam (Jururawat)*

1. *Ringkasan Kejadian*

🔹Dua kejadian telah berlaku di kawasan Ayer Hitam dan Yong Peng iaitu kejadian curi di dalam rumah dengan cara menyamar sebagai Penjawat Awam (Jururawat) yang dilakukan oleh (2) orang wanita berpakaian jururawat, mengakui mereka daripada Jabatan Kesihatan Batu Pahat.

2. *Diskripsi Penjenayah*

🔹(2) orang Perempuan Melayu berkulit cerah,

🔹Tinggi l/kurang 160 cm

🔹Salah seorang berkaca mata

🔹Salah seorang mengandung

🔹Berpakaian Uniform Jururawat (merah jambu dan putih)

🔹Menggunakan kereta Perodua Axia (warna Silver @ Perak)

3. *Modus Operandi (MO)*

🔹Penjenayah akan datang ke rumah yang dipilih secara rawak, memperkenalkan diri dari Jabatan Kesihatan Batu Pahat lalu menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mangsa.

🔹Arahkan mangsa menanggalkan dan menyimpan barang kemas yang dipakai kononnya bagi tujuan memudahkan proses pemeriksaan kesihatan  Mangsa juga diminta berkemban.

🔹Arahkan mangsa meniarap dan suspek akan menyuntik sesuatu di bahagian belakang leher dan membuat bekam di bahagian belakang badan di (2) tempat.

🔹Semasa proses tersebut seorang suspek lagi akan menyelongkar rumah mangsa tanpa mangsa sedari.

🔹Setelah barang berharga ditemui, kedua suspek akan membuat alasan mengambil barang di dalam kereta untuk keluar daripada rumah mangsa.

🔹Mangsa akan sedar tentang kejadian apabila suspek tidak kembali semula kepada mangsa.

4. *Amaran Pihak Polis*

🔹Jangan mudah mempercayai apa-apa tawaran yang dibuat oleh mana-mana penjawat awam.

🔹Jangan membenarkan mana-mana penjawat awam yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan ahli keluarga yang lain.

🔹Minta kad kuasa penjawat awam sebagai pengesahan dan ingat data diri penjawat awam tersebut atau buat catatan.

🔹Kenalpasti jenis kenderaan, warna dan no. pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh penjenayah.

🔹Maklumkan segera kepada Balai Polis berdekatan sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan berlaku kepada mangsa.

5. *Kerjasama Orang Awam*

🔹Mohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat segera sekiranya terdapat diskripsi suspek berlegar-legar di kawasan Tuan/Puan atau terdapat suspek yang dinyatakan hadir di rumah Tuan/Puan.

🔹Kerjasama Pihak Tuan/Puan dapat membantu mencegah perkara seperti ini daripada berlaku dimasa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Selasa, 11 April 2017

KARNIVAL BAHASA MELAYU

Pagi tadi aku terlibat dengan tugas sebagai pengadil, atau lebih terkenal dengan panggilan Hakim, bagi pertandingan pidato murid-murid sekolah rendah zon tempat aku mengajar ni....tak boleh sebut nama, nanti search google nampak aku da...hanya untuk simpanan kisah seharian ini..

Isnin, 10 April 2017

LELAKI SOLEH DIGODA PEREMPUAN CANTIK

Ada seorang pemuda yang perkerjaannya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain-kain dagangannya dan berkeliling dari rumah ke rumah. Kain dagangan pemuda ini dikenal dengan nama “Faraqna” oleh orang-orang. Walaupun pekerjaannya sebagai peniaga kecilan, tetapi pemuda ini sangat tampan dan bertubuh tegap, setiap orang yang melihat pasti menyukainya.

PADA suatu hari, saat dia berkeliling melalui jalan-jalan besar dan rumah-rumah penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya: “faraqna- faraqna”, tiba-tiba ada seorang wanita yang melihatnya. Si wanita itu memanggil dan dia pun menghampirinya. Dia dipersilakan masuk ke dalam rumah. Disini si wanita terpesona melihat ketampanannya dan tumbuhlah rasa cinta yang begitu besar dalam hatinya. Lalu si wanita ini berkata: “Aku memanggilmu tidak untuk membeli daganganmu., tetapi aku memanggilmu kerana kecintaanku kepadamu. Dan di rumah ini sekarang sedang kosong.” Selanjutnya, si wanita ini memujuk dan
merayunya agar mau berbuat ‘sesuatu’ dengan dirinya.

Pemuda itu menolak, bahkan dia mengingatkan si wanita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menakut-nakutinya dengan azab yang pedih di sisiNya. Tetapi sayang, nasihat itu tidak membuahkan hasil apa-apa, bahkan sebaliknya, si wanita menjadi tambah ber-hasrat. Dan memang biasa, orang itu suka dengan hal-hal yang dilarang…

Akhirnya, kerana si pemuda ini tidak mahu melakukan yangharam, si wanita malah mengancam, katanya: “Bila engkau tidak mahu menuruti perintahku, aku akan berteriak kepada semua orang dan aku akan katakan kepada mereka, bahwa engkau telah masuk ke dalam rumahku dan ingin meragut kesucianku. Dan mereka akan mempercayaiku kerana engkau telah berada dalam rumahku, dan sama sekali mereka tidak akan mencurigaiku.”

Setelah si pemuda itu melihat betapa si wanita itu terlalu memaksanya untuk mengikuti keinginannya berbuat dosa, akhirnya dia berkata: “Baiklah, tapi apakah engkau mengizinkan aku untuk ke tandas agar saya boleh membersihkan diri dulu?” Betapa gembiranya si wanita mendengar jawapan ini, dia mengira bahwa keinginannya sebentar lagi akan terpenuhi. Dengan penuh semangat dia menjawab: “Bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hatiku, ini adalah sebuah idea yang bagus.”

Kemudian masuklah si pemuda ke bilik air, sementara tubuhnya gementar kerana takut dirinya terjerumus dalam kubangan maksiat. Sebab, wanita itu adalah perangkap syaitan dan tidak ada seorang laki-laki yang menyendiri bersama seorang wanita kecuali syaitan akan menjadi pihak ketiga. “Ya Alah, apa yang harus aku perbuat. Berilah aku petunjukMu, wahai Zat yang dapat memberi petunjuk bagi orang-orang yang kebingungan.”

Tiba-tiba, timbullah idea dalam benaknya. “Aku tahu benar, bahwa termasuk salah satu kelompok yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tidak ada naungan saat itu kecuali naunganNya(Arasy Allah) adalah seorang laki-laki yang diajak berbuat perbuatan keji oleh wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata: ‘Aku takut kepada Allah.’

Dan aku yakin bahwa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut kepadaNya, pasti akan mendapat ganti yang lebih baik… dan seringkali satu keinginan syahwat itu akan melahirkan penyesalan seumur hidup… Apa yang akan aku dapatkan dari perbuatan maksiat ini selain Allah akan mengangkat cahaya dan nikmatnya iman dari hatiku… Tidak… tidak … Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram… Tetapi, apa yang harus aku kerjakan. Apakah aku harus melemparkan diri dari jendela ini? Tidak boleh, jendela itu tertutup rapat dan susah dibuka. Kalau begitu, aku akan melumur tubuhku dengan kotoran-kotoran najisku, dengan harapan, bila nanti dia melihatku dalam keadaan begini, dia akan jijik dan akan membiarkanku pergi.”

Ternyata memang benar, ide yang terakhir ini yang dia jalankan. Dia mulai melumurkan tubuhnya dengan kotoran-kotoran yang ada di situ. Memang menjijikkan. Setelah itu dia menangis dan berkata: “Ya Rabbi, wahai Tuhanku, perasaan takutku kepadaMu itulah yang mendorongku melakukan hal ini. Oleh kerana itu,
kurniakan untukku ‘kebaikan’ sebagai gantinya.” Kemudian dia keluar dari
bilik mandi, tatkala melihatnya dalam keadaan demikian, si wanita itu berteriak: “Keluar kau, hai orang gila!” Dia pun cepat-cepat keluar dengan perasaan takut diketahui orang-orang, jika mereka tahu, pasti akan berkomentar macam-macam tentang dirinya. Dia mengambil barang-barang dagangannya kemudian pergi berlalu, sementara orang-orang yang di jalan tertawa melihatnya. Akhirnya dia tiba di rumahnya, di situ dia bernafas lega. Lalu menanggalkan pakaiannya, masuk bilik mandi dan mandi membersihkan tubuhnya dengan sebersih-bersihnya.

Kemudian apa yang terjadi? Adakah Allah akan
membiarkan hamba dan waliNya begitu saja? Tentunya Tidak…
Ternyata, ketika dia keluar dari bilik mandi, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan untuknya sebuah kurniaan yang besar, yang tetap melekat di tubuhnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai setelah dia
meninggal. Allah telah memberikan untuknya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium aroma tersebut dari jarak beberapa meter.

Sampai akhirnya dia mendapat julukan “al-miski” (yang harum seperti kasturi). Subhanallah..memang benar, Allah telah memberikan untuknya sebagai ganti dari bau kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangi yang dapat tercium sepanjangmasa. Ketika pemuda ini meninggal dan dikuburkan, mereka tulis di atas kuburannya “Ini kuburan Al-Misky”, dan banyak orang yang menziarahinya…

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

HARI LAHIR ALIFF YANG KE 7 TAHUN

Semalam, hari lahir Aliff Iskandar yang ke 7 tahun. Belila kek saiz biasa, hadiah-hadiah, Ayam goreng, sambutan tanpa kakak dan abangnya sorang tu, tinggal bertiga dengan aku dan ibu serta neneknya yang sudah bersama kami beberapa bulan yang lalu.
Semoga Aliff berjaya di dunia dan di akhirat ya



Ahad, 9 April 2017

KRIM GELENGGANG SABUN GELENGGANG

GELENGGANG PENAWAR SAKIT KULIT
PANAU, KURAP, KUDIS DAN KULAT AIR



Daun Gelenggang telah digunakan zaman-berzaman oleh nenek moyang kita dalam mengubati penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis dan kulat air. Kini gelenggang telah dikomersialkan dlm bentuk krim dan sabun gelenggang.


Saya menyediakan TIGA pakej harga bagi Krim Gelenggang ini:


PAKEJ 1
Pakej RM19.00 SM
RM22 SS
Yg mengandungi 2 Krim Gelenggang dan kos pos laju


PAKEJ 2
Pakej RM23 SM/ RM28 SS yang mengandungi 3 unit krim gelenggang termasuk kos pos laju.


PAKEJ 3
RM43 SM/ RM48 SS iaitu yang mengandungi 1 unit Sabun Gelenggang dan 3 unit Krim Gelenggang termasuk kos pos laju


SM ialah Semenanjung
SS pula Sabah Sarawak


Harga pakej tersebut adalah termasuk postage/kos penghantaran.
Cara Pembayaran:


May bank 1514 6320 9083 Hamidah Ali
Atau Cimb
7043 9284 74 Mat Som Sadono dan Hamidah Ali


Selepas Tu whatsappkan Nama Dan alamat utk proses penghantaran.
HP: +60103443880

Sabtu, 8 April 2017

DI SINI DIA BERJUANG

      Kat Kolej ni Irfan dah tahun yang keempat. Walaupun dah tahun 4, dia masih diterima tinggal di asrama.
      Banyak dah kawannya duduk menyewa di luar, tetapi Irfan masih ada rezeki tinggal di sini. Selalu, setiap minggu aku menghantar, dan kalau nak balik, aku ambik.
      Aku layan dia macam masih umur 13 tahun. Kadang-kadang dia tak balik, maka kalau kami rajin, kami jengok dia. Bawak makanan apa yang patut.
     Tahun depan, katanya dah nak kerja..Itu pilihan dia, kalau nak sambung belajar, kami lagi suka. Begitulah kisah anak kedua kami..hehehe





TESTING MENGGUNA APLIKASI BLOGGER

Test test....Kita kena memuat turun aplikasi dalam Gedung Play ni, (Taip je Blogger pada Gedung Lay), dan muat turun, supaya kerja-kerja menulis entri blog, menjadi sangat mudah. Siapa yang masih kebingungan whatsapp saya +60103443880

     Terima kasih Ili yang bagi idea pada saat-saat akhir. Kalau dah lama tau adanya aplikasi ini, tak adalah berlakunya serangan Batman pada blog kita yang sangat kita cintai sejak sedekad yang lalu.

      Dengan adanya aplikasi ni, sejam satu entri pun tiada masalah, tak ke gitu?


Selasa, 4 April 2017

BLOG TETAP RELEVAN




Assalamualaikum dan salam kejayaan buat dikau yang masih sudi membaca blog aku yang semakin usang ini. Walaupun blog ini kubiarkan sepi,namun kehadiran pengunjung saban hari yang mencari maklumat melalui engin carian Google, tetap kuucapkan jutaan terima kasih.

          Sekurang-kurangnya keberadaan blog aku yang tak popular ini, dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah kehidupan umat manusia yang membeleggu mereka, walaupun  hanya sekadar nak tahu bagaimana nak transfer duit melalui kad ATM kepada anak mereka.

         Juga beberapa contoh persoalan lain yang memerlukan jawapan segera. Begitulah tugas kita sebagai blogger, memberikan maklumat untuk kemudahan orang ramai. Macam kita juga, kalau ada perkara yang memeningkan kepala, kita lebih selesa bertanya Pak Cik Google, kerana beliau sentiasa bersedia memberi jawapan dan penyelesaian. Hubungan Pak Cik Google dengan para blogger sangat rapat, ibarat isi dengan kuku.

          Dan buat yang nak bisnes, blog juga merupakan  salah satu media pengiklanan yang sangat berkesan. Dulu mula-mula tulis blog hujung tahun 2008, aku tak faham maksud, buat duit daripada blog. Fikiran aku hanya berkisar tentang Pak Cik Nufnang. Rupa-rupanya jual produk sendiri dalam blog lebih jauh menguntungkan, berbanding nak harapkan duit ihsan Pak Cik Nufnang.

          Lainlah kalau kita ni blogger-blogger retis tu. Aku tengok dia orang pun, sekarang dah jual produk sendiri. Tak percaya korang tengok blogger-blogger tersohor itu. Ada yang jual baju, tudung, kosmetik, ubat dan macam-macam lagi. Sebabnya apa? Kerana tekanan hidup sekarang jauh mencengkam berbanding tahun aku mula tulis blog tu. Masa tu belum ada GST, masa tu harga minyak masih rendah. Masa tu harga barang masih logik, harga ikan kembung pelaling masih RM5. Sekarang jangan tanya, ikan yang tak sepatutnya dimakan orang pun, turut dijual. Pernahkan nampak penjual jual ikan buntal?

          Walaupun aplikasi whatsapp, Instagram, Weechat, Facebook,Twitter telah mendominasi dunia siber, blog tetap relevan dan diperlukan. Jadi jangan pernah rasa kecewa dan hampa, jika yang korang sasarkan dalam penulisan blog tidak anda capai.

          Aku anggap blog ni macam pukat untuk menangkap ikan. Kita pasang je, kalau ada ikan yang tersangkut, adalah rezeki kita. Blog juga sebagai medan untuk kita berdakwah,kerana kita semua adalah dae yang membawa obor kebenaran.

Sekian untuk kali ini. Jumpa anda di puncak KEJAYAAN!