MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 4 April 2017

BLOG TETAP RELEVAN




Assalamualaikum dan salam kejayaan buat dikau yang masih sudi membaca blog aku yang semakin usang ini. Walaupun blog ini kubiarkan sepi,namun kehadiran pengunjung saban hari yang mencari maklumat melalui engin carian Google, tetap kuucapkan jutaan terima kasih.

          Sekurang-kurangnya keberadaan blog aku yang tak popular ini, dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah kehidupan umat manusia yang membeleggu mereka, walaupun  hanya sekadar nak tahu bagaimana nak transfer duit melalui kad ATM kepada anak mereka.

         Juga beberapa contoh persoalan lain yang memerlukan jawapan segera. Begitulah tugas kita sebagai blogger, memberikan maklumat untuk kemudahan orang ramai. Macam kita juga, kalau ada perkara yang memeningkan kepala, kita lebih selesa bertanya Pak Cik Google, kerana beliau sentiasa bersedia memberi jawapan dan penyelesaian. Hubungan Pak Cik Google dengan para blogger sangat rapat, ibarat isi dengan kuku.

          Dan buat yang nak bisnes, blog juga merupakan  salah satu media pengiklanan yang sangat berkesan. Dulu mula-mula tulis blog hujung tahun 2008, aku tak faham maksud, buat duit daripada blog. Fikiran aku hanya berkisar tentang Pak Cik Nufnang. Rupa-rupanya jual produk sendiri dalam blog lebih jauh menguntungkan, berbanding nak harapkan duit ihsan Pak Cik Nufnang.

          Lainlah kalau kita ni blogger-blogger retis tu. Aku tengok dia orang pun, sekarang dah jual produk sendiri. Tak percaya korang tengok blogger-blogger tersohor itu. Ada yang jual baju, tudung, kosmetik, ubat dan macam-macam lagi. Sebabnya apa? Kerana tekanan hidup sekarang jauh mencengkam berbanding tahun aku mula tulis blog tu. Masa tu belum ada GST, masa tu harga minyak masih rendah. Masa tu harga barang masih logik, harga ikan kembung pelaling masih RM5. Sekarang jangan tanya, ikan yang tak sepatutnya dimakan orang pun, turut dijual. Pernahkan nampak penjual jual ikan buntal?

          Walaupun aplikasi whatsapp, Instagram, Weechat, Facebook,Twitter telah mendominasi dunia siber, blog tetap relevan dan diperlukan. Jadi jangan pernah rasa kecewa dan hampa, jika yang korang sasarkan dalam penulisan blog tidak anda capai.

          Aku anggap blog ni macam pukat untuk menangkap ikan. Kita pasang je, kalau ada ikan yang tersangkut, adalah rezeki kita. Blog juga sebagai medan untuk kita berdakwah,kerana kita semua adalah dae yang membawa obor kebenaran.

Sekian untuk kali ini. Jumpa anda di puncak KEJAYAAN!

  

Tiada ulasan: