Rabu, 12 April 2017

JURURAWAT PALSU MEROMPAK

Peringatan ulangan!!!
As Salam Tuan/Puan,

*Hebahan Kejadian Curi Dalam Bangunan dan Menyamar Sebagai Penjawat Awam (Jururawat)*

1. *Ringkasan Kejadian*

🔹Dua kejadian telah berlaku di kawasan Ayer Hitam dan Yong Peng iaitu kejadian curi di dalam rumah dengan cara menyamar sebagai Penjawat Awam (Jururawat) yang dilakukan oleh (2) orang wanita berpakaian jururawat, mengakui mereka daripada Jabatan Kesihatan Batu Pahat.

2. *Diskripsi Penjenayah*

🔹(2) orang Perempuan Melayu berkulit cerah,

🔹Tinggi l/kurang 160 cm

🔹Salah seorang berkaca mata

🔹Salah seorang mengandung

🔹Berpakaian Uniform Jururawat (merah jambu dan putih)

🔹Menggunakan kereta Perodua Axia (warna Silver @ Perak)

3. *Modus Operandi (MO)*

🔹Penjenayah akan datang ke rumah yang dipilih secara rawak, memperkenalkan diri dari Jabatan Kesihatan Batu Pahat lalu menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mangsa.

🔹Arahkan mangsa menanggalkan dan menyimpan barang kemas yang dipakai kononnya bagi tujuan memudahkan proses pemeriksaan kesihatan  Mangsa juga diminta berkemban.

🔹Arahkan mangsa meniarap dan suspek akan menyuntik sesuatu di bahagian belakang leher dan membuat bekam di bahagian belakang badan di (2) tempat.

🔹Semasa proses tersebut seorang suspek lagi akan menyelongkar rumah mangsa tanpa mangsa sedari.

🔹Setelah barang berharga ditemui, kedua suspek akan membuat alasan mengambil barang di dalam kereta untuk keluar daripada rumah mangsa.

🔹Mangsa akan sedar tentang kejadian apabila suspek tidak kembali semula kepada mangsa.

4. *Amaran Pihak Polis*

🔹Jangan mudah mempercayai apa-apa tawaran yang dibuat oleh mana-mana penjawat awam.

🔹Jangan membenarkan mana-mana penjawat awam yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan ahli keluarga yang lain.

🔹Minta kad kuasa penjawat awam sebagai pengesahan dan ingat data diri penjawat awam tersebut atau buat catatan.

🔹Kenalpasti jenis kenderaan, warna dan no. pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh penjenayah.

🔹Maklumkan segera kepada Balai Polis berdekatan sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan berlaku kepada mangsa.

5. *Kerjasama Orang Awam*

🔹Mohon kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat segera sekiranya terdapat diskripsi suspek berlegar-legar di kawasan Tuan/Puan atau terdapat suspek yang dinyatakan hadir di rumah Tuan/Puan.

🔹Kerjasama Pihak Tuan/Puan dapat membantu mencegah perkara seperti ini daripada berlaku dimasa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan: