Isnin, 26 November 2018

ICERD TIDAK AKAN DIRATIFIKASIKAN

PETITION UPDATE


Syabas Saudara Sekelian


Pendokong Perlembagaan


23 NOV 2018 — 


Saudaraku,

Saya ingin maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak akan meratifikasi ICERD. Lebih dari itu kerajaan akan mempertahankan perlembagaan dan menghormati kontrak sosial kita. 

Saya berasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Atas keberkatannya, doa kita dimakbulkan.

 

Dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kepada kerajaan PH dan Tun Mahathir. Tahniah tidak terhingga juga kepada pemimpin PPBM dan PAN yang telah tampil kehadapan menolak ICERD.

 

Tetapi yang paling utama yang saya hendak ucapkan tahniah adalah kepada saudara2 yang “stand and be counted”/ berdiri dan kehadapan. Kepada 208,000 yang kehadapan menandatangani petisyen membantah ICERD kerana bercanggah dengan perlembagaan. Yang datang ke demonstrasi luar biasa di seluruh negara baik di Kuala Lumpur, Kuantan, Alor Setar, penang dan pelbagai tempat. Dan yang tidak terhingga kepada mereka yang berhempas pulas menerangkan dan membawa naratif ICERD ini. Terima kasih tidak terkira kepada Patriots, MACSA, UMNO (terutama Pemudanya), PAS, PPMM, MLC, Sekretariat Daulat, MTEM, CLJ, Pembina dan ramai lagi yang telah membantu mempertahankan perlembagaan dan mengadakan demo. Termasuk juga penulisan dari Tun Abd Hamid ke saudara Yusfarizal ke Dr Yazid dan ramai lagi.  Sebenarnya banyak lagi organisasi yang menyokong dan saya minta maaf tidak dapat menamakan semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua.

 

Pada mulanya ia bermula dari beratus sahaja. Kemudiaannya kepada 20,000 ke 200,000 dan akhirnya menjadi satu gerakan akar umbi yang cukup besar di pelusuk negara. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kita dari tidak memahami perlembagaan kepada melabel dengan kasar sebagai “rasis”. Tetapi akhirnya Alhamdulillah ramai memilih pendirian untuk mempertahankan perlembagaan kita. 

 

Kesemua ini berjaya dilakukan hanya atas satu sebab sahaja. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana semua samada dari pihak kerajaan, pembangkang dan “bebas/neutral” telah “stand and be counted”. Termasuk juga sokongan dari pernyataan Raja2 secara tidak langsung.

 

Saya percaya selepas ini mereka yang pro ICERD yang mengawal media akan terus bergerak menentang keputusan kerajaan ini. Jika ini berlaku kita akan stand and be counted lagi. Mereka tidak pernah berputus asa. Kita pun juga.

 

Wabillahitaufik Wal hidayah

Wassalamualaikum wbt,

 

Lukman S Alias

Pendokong Perlembagaan.

Khamis, 22 November 2018

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN GURU




Assalamualaikum w.b.t ,

DENGAN SEGALA HORMATNYA dipersilakan semua tetamu untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi…..

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Janatu Sapuan bersama Suami beliau Tn Hj Khidir dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke ....


Biji selasih enak dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Petang yang indah penuh ceria
Hari yang bahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis Persaraan Pn Hjh Janatu Sapuan...


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam...Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW....penunjuk jalan kebenaran sepanjang zaman...

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


-------------BACAAN DOA -------------BACAAN DOA---------------------------------------

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.





Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Seri Pasir, Pn Jamilah Bt Nain,

Yang Diraikan On Hjh Janatu Sapuan..

Yang Berusaha En Zakariah Bahari, Pen Kanan Pentadbiran SK SERI PASIR

Yang berusaha barisan Penolong Kanan yang sentiasa komited dalam perjuangan...

Yang Dihormati En Mohd Nizam Adenan Yang Dipertua PIBG

Yang saya kasihi semua AJK BILIK GURU, rakan-rakan guru, Barisan Staf, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan….


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana TUAN2 dan Puan2 sudi hadir ke sini, semata-mata  untuk meraikan Pn Hjh Janatu Sapuan yang akan mula bersara pada


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala sumbangan dan keprihatinan dan komitmen yang direalisasikan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Janatu, sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di sekolah kita yang tercinta ini. Seperti yang kita semua sedia maklum Cikgu Janatu telah menyumbangkan bakti dalam dunia keguruan ini selama 37 Tahun
 lamanya dan sudah tentulah terlalu banyak pengalaman pahit manis yang beliau lalui. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada palu tiada gendangnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang bicaranya
Apa gunanya kita bersua, andai tiada madah pujangga...Usik mengusik menceriakan suasana ..

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, dengan ini Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar SK SERI PASIR, Cikgu Jamilah BT Nain untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan………..

----------------------U.C.A.P.A.N   G. B. E. S. A. R-------------------------------


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan oleh Puan Guru Besar itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Cgu Hjh Janatu Sapuan.... Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

--------------------Ucapan Cikgu Janatu--------------------------------------------



Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu Hjh Janatu Sapuan atas ucapan beliau itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin yang dimuliakan...

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Cikgu Hjh Janatu dengan diringi oleh suami dan Puan Guru Besar tampil ke hadapan untuk memotong kek sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan beliau. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu Allah Selamatkan Cgu Janatu.

Allah Selamatkan Kamu….
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Cikgu Janatu
Allah Selamatkan Kamu

Terima kasih diucapkan kepada Cgu Hjh Janatu Sapuan krtana menyempurnakan majlis gemilang kita hari ini. Terima kasih kepada semua hadirin.






MAJLIS SEKALI LAGI DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT Ustaz....untuk memimpin bacaan doa…….



----------------DOA MAKAN---------------------------------------

TERIMA KASIH kepada Ustaz...


yang membacakan doa itu tadi…Dengan doa itu tadi, Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan…..



Sebagai mengimbas kembali memori Cikgu Hjh Janatu, sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan, dipersilakan Cikgu Burhan untuk memaparkan persembahan multimedia…sama-samalah kita saksikan………


----------------------------PERSEMBAHAN MULTIMEDIA-------------------------------




TERIMA KASIH KEPADA CIKGU BURHAN YANG TELAH MENYIARKAN persembahan Multimedia yang cukup mengesankan dan pasti menjadi kenangan yang tidak akan kita lupakan….Persembahan multimedia ini juga dapat kita tonton dalam video Youtube….






Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Guru Besar SK Seri Pasir, Cikgu Jamilah Nain, untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat mereka Hjh Janatu.


(*Nota…Lihat List hadiah dan cendera hati)
1.
2.
3.
4. Dll


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan  atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderahati  sebentar tadi.











Berjalan sampai ke batas
Belayar Sampai ke pulau
Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Cikgu Hjh Janatu……….

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasamu tetap dikenang
Semoga............

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami sementara nampak
Esok jangan rindu-riduan

Sebagai akhir bicara kami bagi pihak AJK Majlis Persaraan dan perpisahan ini memohon maaf andai sepanjang majlis ini ada kekurangan dan kekhilafan….Terima kasih atas kesudia Tuan2 dan Puan2 yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis yang syahdu ini.

Wabilahitauhid walhidayah wassalmualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Rabu, 21 November 2018

UCAPAN MAJLIS PERSARAAN OLEH WAKIL PELAJAR MURID





TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN JANATU SAPUAN.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha En Mohd Zakariah Bahari  Penolong Kanan Pentadbiran. Yang dihormati En Abdullah Bin Ghani Guru Penolong Kanan HEM, Yang saya hormati En Mat Salleh Bin Hj Keliwon, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang diraikan Pn Hjh Janatu Sapuan. Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,  guru kami ini iaitu Pn Hjh Janatu bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di SK Seri Pasir ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Puan Hjh Janatu.  

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik daripada menerima . Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit pening, demam kami. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK SERI PASIR merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Hjh Janatu yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Hjh Janatu serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Rabu, 31 Oktober 2018

UCAPAN RINGKAS UNTUK IBU BAPA CALON UPSR

1. FORMAT SOALAN BM TERKINI: Huraikan.

2. ISI : TARGET
100% 2 mpel
Target Ibu bapa Anak dapat 6A..gantungkan cita2mu setinggi langit, kalau jatuh sedikit tersangkut di awan

Target 456A: Asrama Penuh: MRSM: Ma'had. Sekolah Kawalan.
Ma'had Negeri. Sekolah Menengah Agama Negeri. Sekolah Arab Swasta. Sekolah Ma'had Tahfiz.

3. LANGKAH2 MENCAPAI: MISI
a. Latihan Salin Karangan Masa Cuti
b. Latihan intensif Tatabahasa
c. Pemahaman
d. Latihan Penulisan 2 Buku
e. Buku Tulis dan Buku Kerja
f. Kelas Tambahan
g. Zoom A
h. Akhbar Didik

4. Kelemahan dlm tatabahasa:
     a. Kurang kosa Kata
     b. Ejaan..tulisan huruf besar huruf       Kecik
     c.Tanda Baca
     d.Masalah bina ayat
     e.Tulisan yg masih kurang cantik
     f. Ramai lagi yang tak tau apa itu perenggan

5. Cara Mengatasi:
     a. Banyak Membaca: Perpustakaan, ibu bapa rajin belikan buku.
     b. Ibu bapa merangsang.
     c. Kosa kata: Cari je di Google.

Anak2 yang berjaya biasanya adalah kolaborasi antara Murid:Guru:Ibu Bapa dan ahli keluarga.

Kerja Masa Cuti
Ibu bapa harap check.
15 Buah Karangan.

    

    


Selasa, 23 Oktober 2018

KRIM DAN SABUN GELENGGANG

Pada awalnya aku tak berapa endah produk Gelenggang ini.

Bertahun-tahun aku hanya lalu saja di pasar Parit Sulong yang tersohor itu.

www.wasap.my/+60103443880

Tanpa mahu berkenalan dengan lelaki berkopiah putih dan berkemeja cerah itu.

ww.wasap.my/+60103443880
Klik Ke Wasap Saya

Sementalahan masa tu, aku tengah menjual produk herba jenama yang lebih popular.

Jadi produk Gelenggang ini kuanggap seperti jamu-jamu kampung yang tidak ada masa depan. Hahaha.

Hari itu, entah macamana, pagi itu aku tergerak nak singgah di gerai itu dan berbual-bual dengan pengusaha IKS itu iaitu Haji Halim. Lalu terfikir dalam hati, kalau aku cuba jual dalam blog aku, mana tau boleh laku.

Seminggu selepas entri blog ditulis, sudah mula ada orang order. Ini mesti pelanggan dari search  Google. Masa tu aku jual krim sahaja. Aku jual pakej.

Lama-lama orang bertanya sabun "Gelenggang ada jual tak?" Dan aku pun cari pembekal sabun...

Kini aku sudah empat tahun menjual produk Gelenggang ini. Tidak kusangka produk yang kupandang sebelah mata ini menerima banyak permintaan daripada pelanggan.

Banyak testimoni positif juga aku dapat daripada orang yang menggunakan produk ini. Apa pun ia bergantung kepada jodoh ubat dan rezeki seseorang. Doktor pun bukan boleh mengubati semua penyakit. Apa lagi aku....Semua kan dengan izin Allah SWT.

Bisnes ini yang utama diniatkan kerana Allah dan membantu masyarakat. Kalau nak cepat kaya, sila buka kilang sendiri. Itu sahaja cerita beriklanku pada hari yang syahdu ini.

Yang nak tambah pendapatan ....PM aku..mana tau nak jual kat pasar malam, Instagram dan lain-lain media sosial yang tengah digilai penduduk tanah air tercinta ini.

Ahad, 12 Ogos 2018

TIP BISNES INTERNET PALING ASAS

Assalamualaikum geng-geng Paloh Era 90an...

Wah berjimba-jimba....Semoga Uhuwah semakin erat terjalin. Hari ni aku nak bagi Tip seperti yang aku janjikan semalam. Tip Siri 2

*TIP MUDAH BISNES INTERNET*

1. Dlm Wasap korang selalu tulis keluhan2, apa kata up status produk. Ada sesetengah org langsung tak tau fungsi Status Wasap..Yg selalu kita guna hanya Sembang atau Chatting Wasap.

2. Buka akuan Instagram dan tambah folower hingga beribu2. Cara nak tambah folower cari kat Google atau susah sangat Wasaplah aku. Kita boleh ngeteh sambil breaking Bisnes. Iklankan banyak kali dalam status Instagram...supaya folower kita nampak dan teruja.

3. Iklankan dalam Facebook. Tambah Frend Facebook sehingga maksimum 5000 orang. Frend yang pasif, kita unfrend, ganti yg baru yg ada potensi. Korang bukan artis nak berselfie beratus kali, up kan produk tanpa jemu.

4. Dalam Facebook Join Byk group kalau boleh sampai beratus. Dan rajin2 iklan. Karang ayat Power sendirilah ya.

5. Rasa itu dulu yang aku nak bagi tau...Aku rasa anak korang lagi pandai daripada kita, jadi jangan malu belajar dengan anak sendiri. Martabat korang tak akan jatuh..hahaha.

6. Akhir Sekali, jangan tinggal sedekah, dhuha, zikir dan amalan baik kepada sesama manusia dan makhluk Allah..

Sekian, Tip Bisnes Internet pagi ini. 12 Ogos 2018. Selamat menjalani kehidupan dengan penuh bersemangat. Ingat...jangan berdebat politik, kerana amalan itu sangat sia-sia.

Sabtu, 4 Ogos 2018

HABATUSAUDA

HABATUS SAUDA

ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :

MEMBERI TENAGA
MENINGKATKAN IMUNISASI  
mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel.
ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
SALURAN PERNAFASAN
ANTI HISTAMIN  mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
ANTI BAKTERIA
ANTI ARTHRITIS
Membetulkan putaran haid
SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
ANTI PARASIT
MENINGKATKAN DAYA INGATAN 
MERAWAT TENAGA DALAMAN 
MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

50 ML
Harga RM35 Termasuk Postage

www.wasap.my/+60103443880www.wasap.my/+60103443880

Khamis, 26 Julai 2018

EKSTRA OIL 31 FOR MEN

Ekstra Oil Power 31 For Men
Price : RM55.00 Termasuk Postage untuk seluruh Malaysia
Wasap
www.wasap.my/+60103443880
Minyak Power Vco31
Extra Oil 31

Isnin, 2 Julai 2018

BAJA SAWIT NUTRI GRO











HARGA  RUNCIT DI PASARAN ( 1 tong):  RM200.00 (SM), RM220 (SS)
.

HARGA PROMOSI
1 TIN
RM180.00 (SM), RM200.00 (SS)
1 TIN RM180 UNTUK 3 EKAR SAWIT
·
CARA PENGGUNAAN BAJA NUTRI GRO:

( Contoh untuk kelapa sawit)
· 1 tong boleh digunakan 3  bulan sekali untuk keluasan tanah  3 ekar (sekali penggunaan). Setahun perlu 4 kali penggunaan (4 tong).

· Biasanya anggaran 1 ekar sawit ada 50 hingga 55 batang pokok. Baja ini boleh digunakan untuk keluasan tanah 3 ekar. Tabur 3 sudu pada setiap 1 batang  pokok sawit.

KELEBIHAN BAJA NUTRI GRO:
.
* Baja yang MENJIMATKAN, PRODUKTIF dan BERKUALITI
telah di formulasi sejak 6 tahun lalu oleh pakar pertanian.  Sesuai  untuk pelbagai jenis
tanaman seperti kelapa sawit, getah, padi, pisang, durian dan
lain-lain.

* Murah dan Jimat . (untuk pokok kelapa sawit pengguna perlu
guna 3 bulan sekali iaitu 4 sudu satu pokok untuk 3 ekar
sekali penggunaan)

* Ujian makmal oleh UTCL LABORATORY (Mahamurni
Plantations Sdn Bhd anak syarikat kepada Kulim Plantations
(M) Sdn Bhd

* Disimpan dalam tong yang kukuh. tidak mudah pecah. Mudah
untuk dibawa dalam kebun yang curam dan berbukit. Boleh
disimpan sementara dalam pelepah sawit untuk menyambung
pembajaan seterusnya.

*Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
*Menurunkan keasidan dan memperbaiki tahap
keasidan tanah

*Meningkatkan keupayaaan nutrisi & daya tahan tanah
serta memperbaiki ciri fizikal tanah

*Meningkatkan sistem imunisasi tanaman

*Harga yang murah serta bermutu tinggi

*Memberi kesan jangkamasa panjang pada tanaman

www.wasap.my/+60103443880

Selasa, 23 Januari 2018

Khamis, 18 Januari 2018

DUNIA BERPUSING LIGAT

Wajah yang diedit untuk menghilangkan ketakutan menjadi tua

Semakin tua, kita semakin tajam melihat kehidupan. Dengan membaca sebaris ayat status dan komen orang dalam media sosial, kita sudah boleh membaca dalaman orang. Percayakah? Begitu juga status kita dan komen kita, orang boleh membaca peribadi kita. Adakah kita jenis orang yang zuhud, merendah diri, suka bersahabat, suka menunjuk dan 1001 sikap kita yang baik atau buruk...ah, sangat menakutkan...Melihat status media sosial mereka, aku dapat membuat kesimpulan, manusia di mana-mana sudut bumi ini dalam keadaan tertekan. Termasuk aku juga, hahahahaha....

Aku memang serius, susah nak senyum

Kaulihat sahajalah status Facebook mereka...5000 sahabatmu itu. Daripada 5000 itu sesetengahnya dah pun tiada di atas dunia ini. Kawan baikku baru saja meninggal. Melihat status hari-hari terakhirnya, kasihan.......Ia bagaikan tahu yang dia akan pergi....Dan kita juga, entah bila-bila, akan kembali kepadaNya. Saban hari dalam group wasap, ada sahaja sipulan meninggal...esoknya sianu pulak meninggal. Hidup ini tidak terlalu lama. Sahabatku itu baru sahaja berumur 37 tahun...Tak perlu tunggu usia 85 tahun untuk mati. Kau jangan bandingkan dengan Tun M dan isterinya..



  1. Video ini dihantar kepada aku pada malam sebelum Emy (dia) meninggal

AL FATIHAH
Video Sahabat Aku DJ AMY KECEMPRENG atau Helmi Twosiman yang dihantar kepada aku pada pkl 2.00 pagi 22 Disember 2017
Dan 22 Disember Jumaat 2017 jam 12.00 tengah hari *KLIK

1996, aku berhijrah dari kampungku ke bumi Parit Sulong yang bukan menarik sangat pada pandangan aku. Tapi, aku bagai ditarik-tarik tinggal di sini. Konon nak berguru dengan bekas ustazku. Namun, baru setahun aku tinggal di sini, beliau dah bertemu Illahi.

Dan di sini, ketika itu aku rasa bagai pendatang yang dianggap kelas kedua oleh orang-orang tua di sini. Ada antaranya tidak mahu senyum pun dengan aku. Mereka menabalkan diri sebagai ketua kawasan. Satu hari mereka memaksa aku buat kenduri. Di tengah-tengah ramai, aku diam tak berkata apa-apa. Bagaimana aku nak buat kenduri ketika itu, sedangkan nak makan sendiri pun bercatu?

20 tahun dah berlalu. Orang-orang itu telah pun tiada....Kini akulah yang menjadi orang tua di sini. Aku mesti menghormati semua manusia, termasuk kanak-kanak. Buat apalah nak eksyen sangat. Apabila kita dah terbaring, pakai pampers, masa tu baru tau, langit itu tinggi atau rendah.

Puas melihat ibuku diperbodohkan oleh rakan-rakannya , kini mereka semua sudah sedekad berada di perut bumi. Syukur Alhamdulillah, ibuku masih mampu ke sana ke mari.     

Khamis, 11 Januari 2018

SET PRODUK GELENGGANG


Kelebihan Produk Gel Mandian Gelenggang
 Mengatasi gatal pada kulit
 Mengubati Panau
 Merawat kurap
 Mengubati Kulat Air
 Merawat Kudis
 Mengatasi masalah kudis kulit kepala
 Mengatasi masalah Jerawat & Jeragat
 Sebagai ubat bisul
 Mempercepat penyembuhan luka
 Memulihkan kulit yang terkena air dan minyak panas
 Memulih sel kulit yang mati
 Menyihatkan kulit
 Digunakan sebagai losen
www.wasap.my/+60103443880
