Khamis, 22 November 2018

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN GURU




Assalamualaikum w.b.t ,

DENGAN SEGALA HORMATNYA dipersilakan semua tetamu untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi…..

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Janatu Sapuan bersama Suami beliau Tn Hj Khidir dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke ....


Biji selasih enak dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Petang yang indah penuh ceria
Hari yang bahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis Persaraan Pn Hjh Janatu Sapuan...


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam...Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW....penunjuk jalan kebenaran sepanjang zaman...

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


-------------BACAAN DOA -------------BACAAN DOA---------------------------------------

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.





Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Seri Pasir, Pn Jamilah Bt Nain,

Yang Diraikan On Hjh Janatu Sapuan..

Yang Berusaha En Zakariah Bahari, Pen Kanan Pentadbiran SK SERI PASIR

Yang berusaha barisan Penolong Kanan yang sentiasa komited dalam perjuangan...

Yang Dihormati En Mohd Nizam Adenan Yang Dipertua PIBG

Yang saya kasihi semua AJK BILIK GURU, rakan-rakan guru, Barisan Staf, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan….


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana TUAN2 dan Puan2 sudi hadir ke sini, semata-mata  untuk meraikan Pn Hjh Janatu Sapuan yang akan mula bersara pada


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Baktimu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala sumbangan dan keprihatinan dan komitmen yang direalisasikan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Janatu, sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di sekolah kita yang tercinta ini. Seperti yang kita semua sedia maklum Cikgu Janatu telah menyumbangkan bakti dalam dunia keguruan ini selama 37 Tahun
 lamanya dan sudah tentulah terlalu banyak pengalaman pahit manis yang beliau lalui. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada palu tiada gendangnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang bicaranya
Apa gunanya kita bersua, andai tiada madah pujangga...Usik mengusik menceriakan suasana ..

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, dengan ini Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar SK SERI PASIR, Cikgu Jamilah BT Nain untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan………..

----------------------U.C.A.P.A.N   G. B. E. S. A. R-------------------------------


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan oleh Puan Guru Besar itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Cgu Hjh Janatu Sapuan.... Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

--------------------Ucapan Cikgu Janatu--------------------------------------------



Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu Hjh Janatu Sapuan atas ucapan beliau itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin yang dimuliakan...

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Cikgu Hjh Janatu dengan diringi oleh suami dan Puan Guru Besar tampil ke hadapan untuk memotong kek sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan beliau. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu Allah Selamatkan Cgu Janatu.

Allah Selamatkan Kamu….
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Cikgu Janatu
Allah Selamatkan Kamu

Terima kasih diucapkan kepada Cgu Hjh Janatu Sapuan krtana menyempurnakan majlis gemilang kita hari ini. Terima kasih kepada semua hadirin.






MAJLIS SEKALI LAGI DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT Ustaz....untuk memimpin bacaan doa…….



----------------DOA MAKAN---------------------------------------

TERIMA KASIH kepada Ustaz...


yang membacakan doa itu tadi…Dengan doa itu tadi, Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan…..



Sebagai mengimbas kembali memori Cikgu Hjh Janatu, sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan, dipersilakan Cikgu Burhan untuk memaparkan persembahan multimedia…sama-samalah kita saksikan………


----------------------------PERSEMBAHAN MULTIMEDIA-------------------------------




TERIMA KASIH KEPADA CIKGU BURHAN YANG TELAH MENYIARKAN persembahan Multimedia yang cukup mengesankan dan pasti menjadi kenangan yang tidak akan kita lupakan….Persembahan multimedia ini juga dapat kita tonton dalam video Youtube….






Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Guru Besar SK Seri Pasir, Cikgu Jamilah Nain, untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat mereka Hjh Janatu.


(*Nota…Lihat List hadiah dan cendera hati)
1.
2.
3.
4. Dll


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan  atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderahati  sebentar tadi.











Berjalan sampai ke batas
Belayar Sampai ke pulau
Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Cikgu Hjh Janatu……….

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasamu tetap dikenang
Semoga............

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami sementara nampak
Esok jangan rindu-riduan

Sebagai akhir bicara kami bagi pihak AJK Majlis Persaraan dan perpisahan ini memohon maaf andai sepanjang majlis ini ada kekurangan dan kekhilafan….Terima kasih atas kesudia Tuan2 dan Puan2 yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis yang syahdu ini.

Wabilahitauhid walhidayah wassalmualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

1 ulasan:

nader berkata...

Masha allah
University of Jordan
http://www.ju.edu.jo/home.aspx