Harga gula naik 20 sen, sekarang menjadi RM 2.10 dan RON 95 naik 5 sen, kini menjadi RM 1.90 seliter.
Inilah berita buruk yang pertama kita terima pada malam yang penuh hening ini.
Yang peliknya tak ada pula yang turun harga?, Tauke kilang gula tu pun sebelum harga gula naik yang dulu, dia dah jadi antara 10 jutawan Malaysia. Apatah lagi kini dah naik berkali-kali.
Kenapa aku bising fasal kenaikan ini? Kerana aku terlibat langsung sebagai pengguna tegar minyak ron 95 dan gula. Kalau tak ada gula, anak-anak aku sanggup tak nak minum.
Dan korang semua akan minum di kedai kopi dan warung. Jangan terkejut pulak apabila mamak kata teh o dah jadi RM 1.50 selepas ini.
Sabtu, 4 Disember 2010
Jumaat, 3 Disember 2010
KUHARGAI SEMUA FOLOWER
Bagi orang lain untuk mendapat 100 Folower hanya dalam beberapa hari sahaja. Namun untuk aku yang mempunyai semangat biskut chipsmore ni, untuk memperoleh 100 folower memakan masa sehingga dua tahun! Maka di sini aku sedang mencari ORIGIN_TECH yang aku dah hijaukan itu, kerana beliau sudi menjadi folower blog aku yang ke 100. Adalah sesuatu yang aku nak hadiahkan kepada ORIGIN_TECH. Ada sesetengah folower tidak dapat dikesan apabila gambar profile tersebut tidak dilinkkan ke blog mereka. Maka, di situ kena tengok, adakah anda sebagai folower yang jenis bagaimana? Kena edit bahagian tu.
Jika nak tau apa pentingnya folower, kenalah rujuk blog para sifu kita. Ada yang 1000, 3000, 5000 folower. Ia tidak lain, adalah sebagai pencetus semangat. Kita juga akan lebih bertanggungjawab ketika menulis entri. Menulis blog bukan macam tulis diari, habis ditulis, simpan di dalam stor. Mungkin yang kita tulis, boleh menghuru-harakan negara, jika tak ditapis betul-betul, atau sekurang-kurangnya kita kena keluar duit RM 50 000 kerana melanggar akta komunikasi dan multi media.
Jika nak tau apa pentingnya folower, kenalah rujuk blog para sifu kita. Ada yang 1000, 3000, 5000 folower. Ia tidak lain, adalah sebagai pencetus semangat. Kita juga akan lebih bertanggungjawab ketika menulis entri. Menulis blog bukan macam tulis diari, habis ditulis, simpan di dalam stor. Mungkin yang kita tulis, boleh menghuru-harakan negara, jika tak ditapis betul-betul, atau sekurang-kurangnya kita kena keluar duit RM 50 000 kerana melanggar akta komunikasi dan multi media.
BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 2
Begitulah 5 blog bagi setiap kategori (ada 6 kategori) maknanya ada 30 blog yang bertanding. Akhirnya nanti tinggal 6 blog yang akan menjuarai setiap kategori. Wah hebat-hebat tu!
Yang aku terfikir ialah, 30 blogger tersebut bukan mudah untuk mereka mencapai ke tahap sekarang. Mereka telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk sampai ke tahap tersebut. Dan kesemua mereka telah merasai pahit manis sebagai blogger. Mereka juga memperoleh pendapatan yang lumayan melalui blog mereka.
Untuk mengikuti perkembangan tersebut KLIK
Khamis, 2 Disember 2010
LIST PEMBELIAN BARANG RUNCIT DAN RUMAH
KLIK PADA LIST DI ATAS DAN BESARKAN
KEMUDIAN PRINT
YANG KURANG TAMBAH SENDIRI
List ini aku gunakan semasa kami hendak membeli keperluan utama rumah, khasnya barang-barang dapur. Bagi yang suka memasak resepi yang hebat-hebat tu kenalah buat list sendiri, mungkin nak masukkan mayonis, kicap tiram, serbuk tomyam dan sebagainya.
List tersebut adalah asas bagi keperluan sesebuah keluarga. Itu pun ada yang tertinggal, mi hun tak masuk senarai pulak. Dengan adanya list ini tak perlulah kita berulang alik ke kedai untuk membeli barangan tersebut. Paling malang, baru susun bantal nak tidur, alamak ubat nyamuk dah habis!
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN 2011
Jadual gaji kakitangan kerajaan 2011 ni aku peroleh melalui rakan facebook aku ANUAR MAT.
Cikgu Anuar memang advance bab gaji ni. Ia khas bagi mereka yang ingin merancang belanjawan bagi bulan-bulan utama pada tahun 2011.
NAK BONUS? TAK PAYAH TUNGGU BONUS KERAJAAN. MARI BUAT BISNES. SETIAP MINGGU DAPAT BONUS. KLIK IKLAN DI BAWAH:
Langgan:
Catatan (Atom)