Rabu, 6 Julai 2011

NAMA 4 KAMPUNG DI SERI MEDAN

 NUR HAZIMAH MOHD HAMDANI (PT TERUS)

 AINNUR AZATUL ALIA KAMAL (PT TERUS)

 AINNUR FATEHA ABD HAMID (PT TERUS)

 NUR FITRI FAQIHA (PT LAPIS TERUS)

 MUHAMMAD QAMARUL ASYRAAF
(PT LAPIS SIMIS)

SITI MARIAM MOHD FARID (PT LAPIS SIMIS)

 NURUL SAFIKA MOHD RAYA (PT SIMIS)

 NURDIYANAH TASHA RAHMAN (PT SIMIS)

 SITI AISYAH MOHD SIRHAN (PT SIMIS)

HADIRAH BASAR  (PT HJ KHALID)

SHAIDATUL SOLEHAH (PT HJ KHALID)

 NORHANIZA MASLAN (PT LAPIS BANGAS)

 NAFIZ ANAS (PT LAPIS BANGAS)

 SITI NURBATRISYIA KARIM (PT LAPIS BANGAS)

 ATHIRAH HUMAIRAH AZMAN (PT BANGAS)

Dah round Seri Medan, kita menuju ke mana?
MUHAMMAD KAMARUZZAMAN MOHD ZAHRA

Aku tunjuk gambar ni bukan sebab ia lukisan tercantik. Sebabnya? Pertama, sebabnya aku dah berjanji dengan budak-budak ni, siapa yang lukis cantik, aku akan siarkan dalam blog aku. Kedua, sebabnya inilah lukisan terakhir mereka di sekolah rendah ni. Lepas ni fokus ke exam UPSR. Lepas exam pula, banyak aktiviti lain yang akan mereka jalani. 

Di samping itu, aku nak tunjuk kepada kalian 4 nama kampung utama di Seri Medan Timur ni. Sepatutnya 5 iaitu Kampung Seri Pasir tetapi wakil kampung itu melukis dengan comotnya, maka lukisan itu terpaksa disimpan di dalam muzeum. Mereka ini juga antara calon-calon yang akan memperoleh 5A UPSR tahun ni. Insya Allah.

Isnin, 4 Julai 2011

ANYNOMOUS PERLU DALAM BLOG?



Petang tadi aku sempat membaca  petikan wawancara antara wartawan Sinar Harian dengan beberapa blogger politik seperti Papa Gomo,RBF, Parpukari, Rockybru, Tukar Tiub, Unspinners, Kitagempur dan lain-lain. 

Aku tertarik kata-kata Sahabat Gunung "Saya sama sekali tidak akan membuang tulisan, pandangan pembaca yang membaca blog kita" 

Apabila membaca pendapat dia, rasa macam aku nak buka balik ruangan Komen Anynomous  tu. Tetapi Cik Epal yang dahulunya tahan lasak dengan Anynomous pun dah menutup terus pintu untuk mereka, maka tak jadilah aku nak buka kepada Anynomus.

Peliknya dalam liputan Sinar Harian sebanyak hampir empat muka surat itu, tiada pun gambar mereka. Jadi mereka ni sebenarnya penakut. Sebab penulis politik memang berisiko tinggi. Contohnya Bujang Susah yang sentiasa memakai pakaian ala pejuang Palestine tu. Papa Gomo pun sama. 

Nampaknya blogger-blogger hebat semakin berfungsi dan mendapat tempat untuk menentukan kemenangan parti masing-masing dalam PRU13 nanti.


Blog rojak dan picisan macam kita-kita ni, biarlah cerita fasal anak dah pandai berkata-kata. Ayam sudah bertelur. Angsa sudah menetas......hehehehe. Cerita lebih-lebih pun tak pandai.

KONGSI ILMU BERBLOG



Sebelum popularnya Facebook, ramai yang nak memiliki blog. Ia termasuklah orang yang bercakap ni. Masa tu begitulah ghairahnya sampai lupa nak tidur (penghujung 2008). Apabila, aku asyik cerita fasal blog, yang aku belajar dari para blogger ketika itu, rakan-rakan terdekat aku, meminta aku mengajar buat blog. Teruatama kawan sekerja. Maka sekolah aku ramailah blogger baru. Ada 12 orang rasanya. Malangnya yang kekal menulis tinggal seorang ni.


BURHAN- Ni blog menceritakan perkembangan SK Seri Pasir. Banyak upload gambar peristiwa terkini di sekolah kami.


Tahun terkemudian, dua orang ustaz sekolah aku berminat berdakwah melalui blog.
USTAZ RIZAL


Dan yang selalu berminat nak belajar  mengecat blognya, terbaru ialah
USTAZ SUKRAN AWANG


Yang lain semua, bersawang, labah-labah sebesar labah-labah gergasi di Labis tu dah memenuhi blog kawan-kawan aku tu.


Dua orang kawan lama aku agak aktif menulis. Mereka aku ajar dari jarak jauh. Bermula daripada daftar dan tulis entri.


SYED KHAIRIZAM - Ni kawan aku dari Alor Star, Kedah
KHAIROL AZMAN - Kawan lama aku, kini menetap di Bachok, Kelantan. Dulu rajin menulis. Sejak ada Facebook. Mula juga bersawang.


Jika kita banyak idea, kongsikanlah ke dalam blog. Ia dapat memakmurkan dunia ini. Usah rosakkan dunia kita yang telah sedia bobrok ini dengan fitnah dan hasad dengki, seperti yang kita lihat hari ini.

Ahad, 3 Julai 2011

JIRANKU MENERIMA MENANTU



 Abang Syawal/Amin tukang masak
telah bersengkang mata menyiapkan masakan hari ini

 Tuan rumah Cikgu Mohd Sani



Cikgu Mohd Sani mengajar di SK SERI CANTEK Pt Sulong


Penyambut tetamu Hj Hassan

Ramai-ramai tetamu Cikgu Sani,  Cikgu Saadon, kawan serumah aku semasa di MPTI 1987.
Sedara Cikgu Sani rupa-rupanya. Dunia ni begitu kecil. Saadon dari Air Hitam, Batu Pahat.


Minta maaflah pengantin, video yang nak diupload ke Youtube yang mengandungi persandingan pengantin mengalami masalah teknikal. Jadi, gambar-gambar pengantin tak dapat dimasukkan ke sini.Kesilapan amat-amat dikesali. Namun aku percaya, hasil-hasil gambar jurukamera profesional yang dijemput, pasti telah menghasilkan gambar yang jauh lebih bermutu berbanding jurukamera picisan ini.

NOTA TATABAHASA - BETUL ATAU SALAH?

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat


1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27. 
Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul:
 Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.