Jumaat, 22 Julai 2011

PENAMPILAN SUAMI CERMINAN ISTERI?

Senyumannya menghilangkan  Keselekehannya


Di tempat kerja kita, penampilan wanita memang hebat. Baju sentiasa bertukar.


Lelaki bagaimana pula? Di mana-mana pun ada satu, dua orang yang suka berpakaian tidak mengikut spesikasi yang sepatutnya:



  1. Baju Tidak pernah bergosok.
  2. Tali leher senget.
  3. Kasut kusam, sejak beli tak pernah kiwi.
  4. Seluar yang sama dipakai selama seminggu. 
Itu hanya beberapa contoh yang yang selalu kita lihat. Soalnya, siapa yang patut dituding sehingga dia berpakaian seperti itu? Adakah dia suami yang tidak dipedulikan isteri? Atau dia jenis yang suka berpakaian selekeh?   


Tidak kiralah apa kerja suami kita, sama ada pemandu lori, kerja kilang, toreh getah, seharusnya sentiasa nampak macho.


Namun, mungkin ada sesetengah wanita suka suaminya dalam keadaan begitu supaya tidak digoda oleh anak-anak dara di tempat kerja mereka.              

Rabu, 20 Julai 2011

MEMASAK SAMBIL BERZIKIR

 SUP KAMBING PARIT SULONG RM 6
(Kalau beli mengambil masa 20 minit saja)

 KE PEKAN PARIT SULONG CARI BAHAN MEMASAK
(Mengambil masa 45 minit)

 KADANG-KADANG CARI IKAN SAMPAI PEKAN PARIT JAWA
(Pergi dan balik dah 1 jam Setengah)

 BUDAK-BUDAK SMKDS BELAJAR BUAT KUIH

UNTUNGLAH MEREKA YANG BOLEH BUAT KEK SENDIRI 

 KALAU PENAT MASAK, MAKAN JE DI KEDAI

Berapa Banyak Masa Yang diperuntukkan untuk menyediakan
perkakas-perkakas di atas ini?
CERITA TENTANG MAKANAN

Minggu-minggu terakhir sebelum berpuasa ini, aku ingin bercakap tentang makanan. Terbaca dalam buku ahli sufi, kita ini banyak menghabiskan masa dalam hal bab makanan. Antaranya ialah:

Memikir nak masak apa pun mengambil masa 10 minit. 
Tulis senarai apa nak dibeli 10 minit.
Perjalanan ke pasar dan kedai memakan masa 20 minit.
Kalau jem jadi satu jam. 
Memilih apa yang dibeli sudah setengah jam. 
Cari parking 15 minit.
Balik rumah 20 minit lagi. 
Siang ikan, kopek bawang, masak nasi, gedebak-gedebuk 1 jam.
Makan dah setengah jam.
Basuh pinggan/mangkuk/kuali/periuk setengah jam.
Lap meja, sapu sampah 15 minit.
Bersandar termengah-mengah dah setengah jam.
Gosok gigi dah 10 minit.
Minum air, makan pencuci mulut lagi 15 minit.

Pendek kata sebahagian besar daripada wanita telah menghabiskan hidupnya dengan makanan. Lelaki yang ngeteh berjam-jam di warung lebih lagi lama daripada itu.

Jadi, kalian sediakan makanan untuk keluarga itu pasti ada ganjarannya daripada Allah. Namun selepas ni marilah kita sentiasa berzikir. Kopek bawang berzikir. Basuh beras berselawat. Memandu ke pasar berzikir. Pilih ikan subhanallah. Kalau ikan busuk masya Allah. Potong sayur, Allah...Allah...Ianya agar berganda-ganda, lebih-lebih lagi tak lama lagi kita berpuasa. Agar anak-anak kita yang makan air tangan kita itu akan menjadi lebih cool. Tak gaduh-gaduh. Tak marah-marah. Kalau Bibik yang masak, suruh mereka buat macam tu. Jangan masak sambil berdangdut. Nanti nasi yang dimasak itu ikut berdangdut juga. Iblis tersenyum-senyum simpul, berehat di kerusi malas melihat itu semua.  

Ahad, 17 Julai 2011

KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TERPANJANG DI MALAYSIA






 Barisan Jelitawan berada di Pekarangan Rumah En Kamuji Partigun
Parit Jayus, Seri Medan Batu Pahat hari ini.

IRIN PUTRI - Bersamamu TV3

Datuk Maznah Zolkifli- bersemangat waja

VIDEO YOUTUBE AKU-SORY...TAK CLEAR....KAMERA MURAH




PENYERAHAN CEK DARIPADA PENYUMBANG TETAP BERSAMAMU
Pengarah Urusan Faiza Sdn Bhd

FAKTA: 1700 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI TERLIBAT 
DALAM KONVOI INI



BOTAK JUVANA- JOHAN ASARI
Masa ambik gambar ni, dia berpesan kepada aku
"Jangan Lupa Esok Juvana Final!"

Ni Datuk Johan Jaafar

 Datuk JOHAN JAAFAR
berucap berapi-api nampaknya

 Wau..dapat bergambar dengan Ijoy

Apa yang difikirkan oleh Datuk Noraini agaknya?





Penduduk Kampung Parit Jayus dengan para tetamu




Isteri siapa yang naik motosikal besar ni?




Pt Jayus GEGER...apabila 1700 BUah Motosikal mengaum sepanjang jalan




Cikgu Mohd Sahid Ismail dari SK SERI PASIR!


TV mana pulak yg temu ramah pihak Malaysia Book Of Records ni?

Wakil Malaysia Book Of Records menyampaikan ucapan mengucapkan TAHNIAH


Tuan Rumah @ penganjur En Kamuji Partigun
T Shirt gambar bendera Malaysia...low profile orangnya.

Rekod Yang Dicapai..LONGEST SUPERBIKE LINE
The Malaysia Book Of Records!
KEBETULAN YG TERIMA REKORD NI KAT SEBELAH AKU...APA LAGI AKU SNAPLAH!


Aku pinjam Video Youtube milik ADHA ni




Sabtu, 16 Julai 2011

NISFU SYAABAN


KESIMPULAN: NISFU maksudnya PERTENGAHAN

Masuk saja malam ni, kita akan berada di malam Nisfu Syaaban. Orang Nusantara ini, telah sinonim dengan membaca Yaasin 3 kali. Namun, sebenarnya kita tidak ditentukan begitu.


Jika ia satu yang dianggap mesti, maka ia sudah menjadi satu bidaah. Yang penting, pada malam ini kita isi dengan PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN, ATAU IBADAH, ATAU SATU HAL YANG MENUNJUKKAN KETAATAN KITA KEPADA ALLAH.


Sebagai contoh kita menghadiri takzkirah, kuliah, berzikir, solat sunat, berdoa, berwirid dan seumpamanya. Kita amat digalakkan supaya memohon kepada Allah agar diampuni dosa-dosa kita selama ini. Seterusnya kita memohon segala yang kita hajatkan. Kerana apa? Kerana malam 15 Syaaban ini, malam kita beramal dan memohon apa-apa sahaja daripada Allah SWT.


Membaca Yasin memang sangat baik, namun jangan diiktikadkan bahawa ia satu kewajiban. Kita boleh mengaji surah apa pun. Cuma dalam masyarakat Nusantara ini membaca Yaasin itu, menjadi satu kebiasaan. Malangnya surah-surah lain jarang dibaca.


Tetapi, daripada kalian menonton konsert, membaca majalah hiburan yang sia-sia dan hanya menambah dosa, membaca Yaasin, jaaaauhhhh lebih baik kalian membaca Yaasin.


Jika kalian uzur, kalian masih boleh dapat fahala malam ini. Berdoalah banyak-banyak agar hidup kita semua umat Islam sentiasa menuju keredhaan Allah. Satu lagi, kalian boleh Klik gambar Orang Mengaji kat Kanan blog aku ni. Dengar pun dapat fahala. Pilihlah surah mana yang anda ingini.


SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN


  

Khamis, 14 Julai 2011

BISNES DARI RUMAH

Nak masuk? >>>> DAFTAR FREE>>> KLIK DI SINI


  1. Tak payah meeting-meeting yang memeningkan kepala, produk terus laku dan dicari orang.
  2. BONUS tak pernah miss, dah 3 tahun aku buat bisnes ni, syarikat bayar semua bonus.
  3. BONUS setiap MINGGU. Terus masuk AKAUN.
  4. REPEAT SALE, jualan ULANGAN memang baik. Pelanggan beli barang kita sampai peringkat merayu-rayu. Kalau produk kehabisan, mereka marah-marah, lagi-lagi kalau malam tu malam Jumaat.
  5. Setiap belian produk harga ahli RM 120 kita dapat 1 hadiah produk bernilai RM 30 harga ahli.Hadiah yang dijual, boleh dapat untung lagi
  6. LINK URL penajaan kita boleh masukkan dalam FACEBOOK, BLOG, TWITTER dan sebagainya.
  7. Kalau anda dapat bonus dan untung runcit  RM 500 sebulan, sekurang-kurangnya sudah dapat menambah duit anda untuk shoping...!
Ayuh...join ahli bersama saya KLIK