
Isteriku Idah dengan Ili masa kecik di samping adik bongsu aku Mar
Waktu konvo UPM adikku Mar di UPM Serdang, tahun bila pun aku dah tak ingat....
Emak aku, kakak sulong aku Hjh Saripah, Anis, dan abangku Baharuddin...
Sorylah adikku tercinta blogger Miss Mirror,aku uploadkan gambar di Kuantan ni....macam bak nangis aje tu...
Ili di samping saudaraku Ibnu Masngut dari Madiun, Indonesia....
Masa bujang dulu, aku rajin juga jadi pengapit....... gambar entah bila, anak sulong pengantin ni pun baru je daftar masuk Universiti,.....punyalah lama gambar ni...
Terima kasih Kak Long kerana menyediakan gambar-gambar ini.
Seawal jam 6.30 pagi tadi, aku dah sampai rumah Kak Long, semata-mata nak cari gambar-gambar tahun 60-an, kalau boleh nak dapatkan gambar orang-orang kuat kat Seri Medan ni yang Kak Long masih simpan, malangnya semua dah lupa letak mana.
Jadi untuk tidak menghampakan diri aku sendiri, aku pun snap semula gambar-gambar ini....saja je untuk koleksi simpanan aku...