Selasa, 23 Julai 2019
AWASI JANJI ANDA
Assalamualaikum Sahabat Mayaku Semua..
Petang ni aku nak cerita fasal JANJI. Dua hari lepas dah upload buat Sambal Tahun, tak sangka ada 450 views...Ramai berminat makan sambal rupanya.
Hal Janji yang aku nak cerita bukan cerita politik....Politik yang semakin menjijikkan itu ...Tetapi kisah kerenah janji manusia....
Dalam kehidupan aku ni lah, pagi kerja hakikilah. Petang ada bisnes sambilan, berurusan dengan customer ...macam-macam jenis perangai orang ada, terutama bab berjanji..
Daripada pengalaman itu, aku simpulkan ada 3 Jenis janji.
PERTAMA: Menepati Janji Sungguh. Memang tepat, kadang-kadang aku terlewat 3 minit kerana kesesakan jalan raya, orang tu siap tunjuk jam. "Awak lambat tiga minit". Orang macam ni, aku memang cukup kagum. Golongan ni tak suka ada istilah Janji Melayu dan mereka telah buktikan. Aku harap korang jenis yang pertama ni.
KEDUA: Janji kata pagi nak datang ambik sendiri barang kat rumah. Tunggu punya tunggu sampai ke malam tak datang juga. Sampai kita tak boleh ke mana-mana. Esok tunggu lagi, tak datang juga. Apabila aku wasap dia. Selamba dia jawab.. "Oh..engko tunggu yaa? Sorylah aku tak sempat".
KETIGA: Janji nak kena jelas. Kalau petang kena sebut pukul berapa. Ni fasal aku dah kena. Masa kena tu memang geram pun ada. Tapi rasa salah sendiri.
Petang tu, aku berjanji dengan seorang customer ni. Umur lingkungan 60 tahun. Ada masalah resdung. Aku janji dengan dia..
"Petang esok saya hantar ubat resdung tu ke rumah Tuan Haji.."
Dia balas ok.
Esoknya pkl 4.00 petang, dia call dan memaki hamun aku. Aku agak terkejut dan termangu-mangu.
"Awak tau tak, saya dah tunggu awak dari pkl 1.30 tadi!!!"
Saya tenangkan orang tua tu..
"Pakcik kan tau pagi saya kerja, pkl 3.00 petang baru sampai rumah. Pukul 3.30 ambik anak sekolah agama. Maksud petang tu bagi saya lepas Asar. Sekitar pukul 5.00 hingga pukul 6.00"
Orang tua tu dah naik antu. Bagai saka dah menguasai diri. Dia memarahi aku macam aku kacau anak dara dia...hahaha... Aku pujuk diri aku... Terus aku blok nombor dia hahaha... Malaslah nak layan orang lain macem seperti tu..hahaha
Itu je lah cerita aku. Pengajaran daripada peristiwa itu, kalau janji dengan orang, kena sebut masa yang TEPAT dan JITU (Contohnya Pukul 5.17 petang hahaha)
Rabu, 10 Julai 2019
SOLOCO BATU PAHAT
⭐1 Tin ada 12 biji
⭐Cara makan - Hanya hisap seperti makan gula2 coklat
⭐ 1/2 biji makan untuk power hingga 4 hari
⭐1 tin tahan 2 bulan
⭐ Berkesan 2 jam sebelum "PERMAINAN"
Produk Original Australia
Diperbuat daripada bahan semulajadi
✪ Ginseng
✪ Acai Berry
✪ Aweto
✪ Damiana
✪ Honey
✪ Dark Chocolate
Selasa, 28 Mei 2019
BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA CHANNEL YOUTUBE
Semangat kami berkobar-kobar untuk merealisasikan impian itu. Namun apabila melihat kalendar 2019, cuti kali ini berada di penghujung Ramadhan, dan cuti raya pun cuma sekitar empat hari, kami pun batalkan hasrat yang terpendam. Nak pergi bulan Ogos pula kata Ili, cuaca di Korea ketika itu panas terlampau. Nak pergi cuti bulan Disember pula dia tengah exam akhir. Jadi .... keputusan akhir, kami sekeluarga akan ke sana semasa majlis konvokesyen pada bulan Februari nanti. In Sha Allah.
Pada waktu ini, aku sudah mulakan channel Youtube aku. Kalau nak tengok Klik Channel aku KAT SINI ok. Jangan lupa SUSCRIBE ya! Aku pun telah membeli kamera idaman aku walaupun aku beli yang biasa-biasa je. Kamera GoPro Hero 7, tapi yang silver je. nak beli yang black, raya pun dah dekat. Banyak guna duit. Entah macamana anak aku pula, pinjamkan motosikalnya kepada kawannya. Last-last aku juga yang kena saman kerana membenarkan budak bawah umur menunggang motosikal. Tak fasal-fasal melayang duit aku RM250, derma kepada kerajaan Pakatan Harapan. Dan bulan Mei ni juga aku kena bayar cukai Pendapatan sebanyak RM300. Jadi bulan ni saja duit yang aku bagi kerajaan PH sebanyak RM550. Belum lagi duit-duit cukai lain yang tak nampak seperti Cukai SST. Sedangkan bonus yang aku dapat RM450 sahaja. Sesungguhnya aku patut bersyukur. Adalah juga bonus, daripada Atuk tak bagi. Maklumlah dia memang kedekut dari dulu lagi . Hahahahaha!
Betul, aku seronok share video youtube. Walaupun yang tengok tak capai target. Ada juga video aku yang capai ribu-ribu dalam channel aku yang terdahulu. Tetapi aku dah lupa paswordnya. kena buka channel yang baru. chanel yang baru ni paswordnya aku dah tulis besar-besar kat rumah aku, in sha Allah tak lupa! Siapa nak curi, silakan. tapi jangan menyesal kalau korang berenang di lantai rumahku...hahahahah!
Satu lagi aku nak bagi tau ngko, anak kedua aku pun dah besar panjang. Jadi kami suruh dia kerja. Lima bulan kerja di Pelabuhan Gelang Patah. Tapi oleh sebab asyik kena marah dengan omputeh, dia pun berhenti kerja. Senang je. Kalau aku boring jadi cikgu, aku berhenti, apa nak jadi. Budak muda begitulah. Rehat sebulan. Lepas tu mohon kerja kat Batu Pahat. Dapatlah kerja swasta. Industri Kain sebagai pengawal enjin. Biarlah dia berdikari. Gaji biasalah, lulusan diploma sekitar RM1600. Aku tahu itu masih dikira tahap golongan miskin (tentu Irfan marah baca entri ini). Sekurang-kurangnya dia dah tau susahnya cari duit.
Insha Allah akan datang, dia akan dapat kerja yang lebih baik. Juga anak-anak korang. Dalam keadaan ekonomi lembab ini, ada kerja sudah dikira beruntung. Manalah ada kerja yang tidak stress dan tidak penat. Kalau nak tau cikgu tu kerja macaman, jadilah guru kontrak sebulan dua.
Ahad, 14 April 2019
FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WHATSAPP JEM SATU DUNIA
KUALA LUMPUR - Jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram sekali lagi dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing hari ini.
Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.
Dalam pada itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas lewat petang tadi ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar teks, foto dan video.
Sebagai rekod, Kosmo! Online pada 14 Mac lalu turut melaporkan jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing.
Gangguan itu dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com pada hari kejadian berkenaan, laporan tertinggi turut dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah.
Kejadian yang sama turut berulang pada lewat petang hari ini, sehingga kini belum ada lagi pengumuman rasmi daripada Facebook dan Instagram mengenai kejadian itu. -
Kredit: Kosmo
Khamis, 21 Mac 2019
MOHD HAZIQ RAKYAT MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN SYAHID
CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Selepas hampir seminggu mencari, sumber Sinar Harian memaklumkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia.
Beliau memberitahu maklumat terkini tersebut menerusi satu panggilan telefon sebentar tadi.
Menurutnya, difahamkan esok Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dijangka terbang ke New Zealand untuk menghadiri majlis pengebumian.
“Dukacita dimaklumkan jenazah Mohd Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas telah ditemukan.
“Dia meninggal dunia akibat ditembak dalam insiden di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand,” katanya.
Sebelum ini, difahamkan keluarga Mohd Haziq akan melakukan pengecaman mayat di Hospital Christchurch yang dijadualkan esok.
Maklumat itu dikongsi Rahasnan Abdul Rashid, 57, abang kepada Nazril Hisham Omar, salah seorang mangsa tembakan yang menerima rawatan di hospital sama.
“Saya sempat bertemu dengan keluarga seorang lagi mangsa Mohd Tarmizi Shuib, 42, pagi tadi (waktu tempatan).
“Kemungkinan Tarmizi esok boleh balik tapi anaknya seorang lagi (Mohd Haziq) masih hilang. Keluarganya sepatutnya hari ini pergi buat pengecaman mayat kerana ada satu lagi mayat belum dikenal pasti.
“Sepatutnya hari ini tapi tak jadi lagi, tak tahu sebab apa. Saya tanya mereka dan mereka kata belum buat lagi, mungkin esok (hari ini) buat. Ramai keluarganya datang ke hospital,” katanya ketika dihubungi petang tadi.
Sebelum ini, ibunya, Marina Hamzah,46, telah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis New Zealand bagi memudahkan usaha mengesan remaja berkenaan dibuat.
Dalam kejadian itu, Mohd Haziq mengikut bapanya, Mohd Tarmizi ke masjid pada hari kejadian sebelum dilaporkan hilang selepas kejadian tembakan berlaku.
Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat penuh dari semasa ke semasa dan buat masa ini, hanya ini sahaja maklumat diperoleh pihak kami.
Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/19247/KHAS/Christchurch/Haziq-damailah-kau-di-sana



