Jumaat, 28 November 2008

SAHABAT ADALAH PERMATA


KAWAN-KAWAN PMPS

AKU NIKAHKAN SAADON (PERCAYA TAK?)




PMPS-DI BELAKANGKU SYAITH KHAIRIZAM, S BAZRI, OSMAN MAT DAN A GHAFAR ATAN




www.bio-asli.com/?id=msom

Sebelum kita melelapkan mata, apakah yang kita fikirkan? Tentu pelbagai perkara dari kerjaya, anak-anak dan masa depan mereka. Namun kadang-kadang kita teringatkan kawan-kawan lama yang dulu sama-sama susah, hidup di perantauan. Kini mereka menjawat jawatan itu dan ini, yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bagi saya, saya mula meninggalkan ibu bapa pada tahun 1985. Roomate saya yang pertama ialah Shairul Bazri dari Kedah. 1986 saya mula duduk di rumah sewa di Jln Baiduri, Nong Cik Johor Bahru. Teman serumah saya ada 10 orang termasuk saya. Saya masih mengingati sebahagian besar daripada mereka. Saadon, Baharuddin Basir (sekarang Timbalan Pengarah Pendidikan Khas di Putrajaya), Fauzi, Zaidi (dari Melaka), Jefri, Razi dari Perak, Razali, Rosley dan Aziz Atan dari Muar.

Saya bercerita tentang perkara ini kerana pada Ahad 23 Nov 2008 yang lalu, Saadon tiba-tiba sahaja muncul di depan rumah saya tanpa diduga. Di belakang rumah sewa saya ketika itu, saya berkawan rapat dengan Redzuan dan Yunos. 14 Jun 2008 yang lalu, Yunos tiba-tiba ingin ke rumah saya, namun ketika itu saya sedang sibuk menguruskan pengkebumian anak saya Aulia Safiah di kampung saya, maka pertemuan saya dengan Yunos terpaksa ditunda.

Teman-teman PMPS di MPTI ada 22 orang. Jadi saya tidak dapat menyebutkan semuanya di sini. Masing-masing ada karektor sendiri. Ada beberapa pasangan yang bercinta dan menjadi pasangan yang bahagia sehingga sekarang termasuk Cyril Francis dengan Pauline Gusup dari Sabah. Saya tertanya-tanya ke mana perginya Osman Mat yang kacak itu? Ghafar Atan, adakah telah menjawat jawatan tinggi? Zulkifli dari Kelantan yang menjadi teman berbual dan berbincang. Saya cuma menyimpan nombor telefon Syed Khairizam. Sdra Rozi Romli entah ke mana menghilang. Khairizam dan sdra Rozi pernah saya bawa ke kampung saya di Seri Medan, 1986, ketika itu bumi Seri Medan gersang, miskin kerana kesan banjir yang dahsyat pada tahun 1984. Kedua-dua teman saya menjadi insaf kerana selama ini mereka hidup serba ada.






Tiada ulasan: