Memaparkan catatan dengan label MAKANAN DAN MINUMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN DAN MINUMAN. Papar semua catatan

Ahad, 9 Disember 2012

BUBUR BERLAUK




Siang tadi aku and my family tak tau nak buat apa, hujan-hujan lebat pun aku redah. Semata-mata aku nak makan Bubur Berlauk ni. Macam orang mengidam gitu. Kedai yang jual Bubur Berlauk ni, cuma ada SATU aje kat Batu Dipahat ni...

Malangnya anak-anak dan isteri aku mintak makanan lain. Yang penting aku dah dapat makan makanan yang aku bayangkan pagi tadi...hahahaha.

Isnin, 3 Mei 2010

KUIH KERIA ROSAK MR MAMA


Kuih Keria sebelum digoreng


Bahan-bahan:
Keledek Rebus
Gula
Telur
Tepung Gandum

Cara buat:

Uli je lahhhhhhh...........


Setiap kali berjumpa dengan pengusaha kebun kubis dan kledek Hj Johari, pasti Hj akan menghulurkan kepada aku berkilo-kilogram keledek dan kubis. Macam-macam dah aku buat. Krepek keledek. Keledek goreng. Sayur keledek. Pengat keledek. Petang Ahad semalam, tengah tak tau nak buat apa dengan keledek ni, aku pun teringat resepi yang diajar di MPTI, Puan Fatimah sempat ajar kami tiga resepi iaitu Kuih Melaka, Lepat Pisang Berinti Kelapa dan Kuih Keria. Semua itu aku ingat betul. Cara-cara dan bahan-bahan dia. Dwen Onezaba pun tentu kau sempat belajar dengan pensyarah Ekonomi Rumah Tangga itu?


Nah lihat apa yang terjadi???





Kuih Keria Rosak ni dah hitam separuh sebab asyik berbual dengan Arina!
Kalau macam ni lebih baik aku beli je kat kedai!

Jumaat, 30 April 2010

SUGULUNG LEMPENG DAN SECAWAN SUSU

Hari ini aku ingin membebel. Ini adalah akibat jadual catuan air SAJH dilanjutkan lagi ke bulan Mei…..dan sampai bila?

Inilah sarapan yang aku paling suka di kantin sekolah, kerana ia mengingatkan sarapan emak aku ketika kecil dulu. Kini emak aku sudah bersarapan roti. Emak pun sudah mahu berehat. Bayangkanlah bagaimana emak aku membesarkan kami lapan adik-beradik dahulu.




Kini pagi-pagi aku suka minum susu kosong di kantin sekolah ini



Sejak akhir-akhir ini, cuaca begitu panas berbahang. Aku rasakan memakai tali leher ketika mengajar (di kelas yang mencatatkan darjah celcius antara yang tertinggi di rantau ini,) sudah tidak relevan lagi. Tambahan pula kipas yang ada sudah tidak dapat menampung kepanasan itu.

Pemandangan di bawah hanyalah variasi perubahan cuaca yang memukau fatamorgana. Hakikatnya, jadual catuan air terus bersambung ke bulan Mei pula. Sampai bila penderitaan itui akan berakhir?

Inilah akibat kerakusan manusia yang menarah segala alam sekitar yang ada untuk memuaskan golongan yang rakus. Akibatnya, pemanasan global terjadi, dan kekeringan empangan air yang membekalkan air kepada SAJH terjadi. Akhirnya semua penduduk di sekitar terpaksa menanggung sengsara. Padan muka kita semua. Botakkan lagi segala gunung yang ada. Tebanglah hutan seluas-luasnya. Naiklah helikopter dan lihatlah ke bawah bumi Batu Pahat, Yong Peng dan lain-lain. Bukit mana yang masih suci lagi?


Keadaan awan itu sendiri membayangkan bahawa dunia sedang sakit tenat