
Sewaktu dikau bergaya dengan fesyen terkini
Dan kota-kota besar kau kunjungi
Menjamu selera pelbagai resepi di hotel lima bintang dengan kerlipan lampu bak syurgawi
Dan bergaya dengan gadget aneka segala teknologi
Di celah-celah batu itu ada seorang wanita marhain mencari sesuap nasi
Tak ada sesiapun yang peduli
Namun dia telah berjuang untuk hidup dalam kerakusan takhta para kapitalis
Yang semakin menggila hanya untuk kantung diri sendiri