Memaparkan catatan dengan label BERITA PT SULONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA PT SULONG. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Jun 2014

PARIT SULONG MEMERLUKAN SEBUAH PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG AIR HITAM BATU 15 MUAR


Assalamualaikum. Saya dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor terpanggil datang ke FB Perpustakaan Negara, adalah untuk menjelaskan bahawa di tempat tinggal saya ini belum ada kemudahan perpustakaan.

     Saya rasa sudah tiba masanya Perpustakaan Negara membuka cawangannya di sini. Untuk pengetahuan Tuan, di sekitar pekan ini ada tiga buah sekolah menengah, sebuah sekolah MRSM, beberapa buah sekolah rendah, sebuah sekolah tahfiz, sebuah Giat Mara, dan beberapa buah sekolah agama.

     Pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi juga, yang sedang bercuti di kampung memerlukan satu tempat untuk berbincang dan mengulangkaji. Pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang pada waktu tengah hari juga boleh menjadikan perpustakaan itu nanti sebagai tempat yang paling sesuai bagi mereka. Ini kerana kadang-kadang saya lihat ada antara mereka menjadikan perhentian bas sebagai tempat berbincang.

     Demikian juga, ketika cuti, anak-anak warga Parit Sulong boleh menjadikan perpustakaan itu, sebagai tempat percambahan ilmu dan bukan memenuhi kafe siber yang mendatangkan lebih banyak keburukan. Rasanya sememangnya penubuhan perpustakaan di sini, sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Ini kerana Pekan Bukit Naning di Muar yang lebih kecil memiliki perpustakaan sendiri. Juga Seri Medan juga telah ada perpustakaan di sana... 

     Sekian, terima kasih.


Harap Maaf: ULASAN TIDAK DIBENARKAN KERANA ENTRI INI BERUPA PENGHARAPAN ADMIN SAHAJA)

Ahad, 20 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN TONG SAMPAH BERODA

Prettttttttttttttttttttttttttt.......................................
Laporan dan Foto oleh : Ili Nabilah
PARIT SULONG : 20 April-Majlis Penyerahan Tong Sampah beroda Dan Kempen Anti Litter telah diadakan secara gilang-gemilang di Dataran Parit Sulong.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Majlis bermula jam 9.00 pagi ini telah dipenuhi oleh penduduk sekitar pekan Parit Sulong. Antaranya penduduk Taman Melati, Taman Teratai, Taman Raja Ahmad, Taman Jaya Diri, Taman Bintang, Taman Mutiara, dan lain-lain lagi.

Turut dijemput ialah wakil-wakil sekolah, masjid, Giat Mara dan lain-lain.

Dalam ucapannya Datuk Noraini menjelaskan SWM ENVIRONMENT SDN BHD akan memberi perkhidmatan sistem 2 + 1, yang bermaksud dua hari dalam seminggu sisa domestik (sampah seperti nasi,ikan dll) pihak SWM akan ambil. Sementara itu sampah-sampah pukal seperti pokok, perabot, pihak PTSPTA yang berperanan memastikan kawasan kita bersih, indah dan selesa. Apabila PTSPTA menerima aduan, masalah itu akan cuba diatasi dengan segera.

Datuk Noraini juga secara berseloroh berharap tong sampah yang diedarkan oleh SWM ENVIRONMENT tersebut digunakan dengan penuh berhemah. Usahlah digunakan untuk menyimpan beras, dan ada yang digunakan untuk mengutip kelapa sawit.


Antara wakil sekolah, Tn Hj Rahman Ithnain dari SMK PENGHULU SAAT...


 Mama.....
 Saluran 4 ke saluran 2 ni? Nampak Imam 1 Simpang Tiga termenung tu....
 Hish....macam nak mengundi pulak dah....

 Cepat...cepat bawak balik nyonya.....
 Bang....kuat tak angkat tong sampah tu?
 Saya ni ada kedai makan....jadi tong sampah ni akan banyak membantu saya...bla...bla...bla...
Dah berpuluh tahun saya duduk sini, baru nilah dapat tong sampah free....Dah banyak dah tong sampah yang saya beli pecah dan rosak sebab majlis daerah campak-campak, sebab tong sampah yang dijual di kedai kualitinya sangat rendah.
 Wakil-wakil Suara Simpang Kiri  

Sabtu, 24 Ogos 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013-PARIT SULONG

Kali ini saya dapat mengambil video baginda, namun cuma dapat 18 saat...



Lebih kurang jam 3.30 petang tadi Kembara Mahkota Kohor tiba di Parit Sulong. Sultan Johor bersalam-salaman dengan rakyat jelata yang setia menanti ketibaan baginda sejak tengah hari lagi.  














Rabu, 1 Mei 2013

WAJAH CALON DUN SERI MEDAN


Inilah wajah calon Dun Seri Medan. Datuk Zulkurnain daripada BN (berkaca mata) akan berentap dengan Ustaz Ahmad Rosdi Bahari daripada PAS. Sama-sama kita saksikan, tunggu 5 Mei.....

Sabtu, 20 April 2013

3 HARI PENUH BERLIKU


Lampu Isyarat di Pt Sulong, hari yang ketiga masih belum dibetulkan


Dah hari ke tiga, trafik light ni berkedip. Aku dah laporkan kepada MDYPU semalam. Kata nak buat tindakan segera. Kerajaan sementara sudah sibuk dengan penamaan calon pagi ini agaknya? Jom ke MRSM Batu Pahat untuk menyaksikan penamaan calon Parlimen Pt Sulong dan DUN Seri Medan dan DUN Semerah.

Masalahnya, adakah MDYPU (Majlis Daerah Yong Peng Utara) tidur atau buat-buat tak tahu dengan lampu itu?

Rabu, 23 Januari 2013

GURU DAN DUA ANAK MAUT NAHAS NGERI

 Imej:hMetro
Kereta dan Lori terbabit: Gambar sumber rakan Facebook

MUAR: Seorang guru dan dua anaknya maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap oleh konkrit binaan dari sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 22.4, Jalan Muar-Parit Sulong di Air Hitam di sini Rabu.

Ngaisah Redzuan, 46, isteri kepada anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri Mohd Ghazali Salamon, serta dua anaknya Mohd Nurullah Al-Azim, 12, dan Puteri Balqis Sofea, 10, terbunuh di tempat kejadian pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh Ngaisah hendak membelok ke rumah dan wanita itu ketika itu baru saja pulang dari mengambil dua anaknya di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Batu 15.

"Secara tiba-tiba sebuah lori treler yang membawa muatan bahan binaan pasang siap telah merempuh kereta yang dipandu mangsa sebelum bahan muatan menghempap kesemua mangsa dalam kereta itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia dalam keadaan mengerikan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong kereta mangsa yang sedang membelok ke rumahnya di sebelah kiri jalan dari arah Air Hitam ke bandar ini.

Katanya, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah disini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta PengangkutanJalan (APJ) 1997.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Muar untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Ismail Mahmood berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pukul 1.30 petang.

"Kami mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat ketiga-tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan akibat dihempap oleh konkrit berkenaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Ghazali yang ditemui di hospital berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dengan kejadian menimpa anak dan isterinya sehingga terpaksa ditenangkan oleh saudara mara. 

myStar Online & BERNAMA

Saya telah menghubungi seorang sahabat dari Bukit Naning, dan bertanyakan hal itu. Dia memberitahu, kereta Allahyarhamah Cikgu Ngaisah dari SK Bukit Naning, dalam perjalanan balik ke rumah di kawasan itu juga (ke arah Bakri). Lori juga dari arah Pt Sulong ke arah Muar. Kereta yang dipandu mangsa, membelok ke rumahnya di sebelah kiri. Sebagai langkah berhati-hati, kebiasaan orang akan rapat ke tepi (iaitu ke kiri jalan) baru belok, namun pada hari kejadian mangsa pada hari itu, (membelok seakan-akan ambik size/istilah sekarang). 

Lori dari belakang terkejut dan membuat pautan, dan lebih malang tiang konkrit itu tidak diikat sebagaimana sepatutnya. Justeru dengan brek yang kuat, ia menggolek bagai peluru. Dan sahabat saya mengatakan, kemalangan itu memang amat mengharukan. Sahabat saya berkata Cikgu Ngaisah adalah seorang yang sangat baik dalam pergaulan dengan rakan sekampungnya dan di Bukit Naning.

Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas mereka.

Sabtu, 29 Disember 2012

PASARAYA BARU DI PT SULONG



Pt Sulong- 29 Disember, sebuah pasaraya terbesar di Pt Sulong telah dibuka dengan rasminya hari ini. Nama pasaraya terpaksa aku rahsiakan, kerana aku belum dapat komisen daripada syarikat tersebut. Majlis gilang-gemilang dihadiri oleh ribuan pelanggan yang nak melihat apa yang murah di situ. Pasaraya ini terletak di Simpang Tiga, yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah aku.....tu yang best tu..... Tinjauan aku mendapati harga barangan bolehle dikatakan murah. Tak taulah sampai bila..... harap-harap harga itu berkekalan untuk beberapa bulan akan datang.

Yang aku tengok tadi harga spesis-spesis semua jenis susu pekat 11 sen lebih murah daripada kedai-kedai runcit. Pampers Pet Pet anak aku yang harga biasa RM 37.90, dijual RM 32.90 sahaja. (Size M 80 keping tu). Itu cuma beberapa contoh.

Yang penting, aku dapat jimatkan duit aku. Juga lepas ni aku tak perlu susah-susah dan pening cari lauk kalau tiba-tiba ada tetamu yang datang mengejut . Tersedia pelbagai ikan-ikan dan sayur-mayur dari jam 10.00 pagi-10.00 malam. Yang kesian peniaga-peniaga runcit daripada peniaga Cina dan Melayu di kawasan Pt Sulong ini...... Biarlah mereka bersaing turunkan harga, dan  tak taule siapa yang akan kecundang selepas ini?

Awal tahun 2012, sebuah pasaraya yang dah bertahun-tahun beroperasi telah menggulung tikar mengkuang di dataran Pt Sulong, dan sampai hari ini, muka taukeynya sudah tak nampak lagi......dengar khabarnya tengah berjalan-jalan di Bejing sambil cari idea nak membuka perniagaaan baru, jual ubat kuat hahahahaha...!  

Seorang kawan aku, bekas peniaga runcit berkata, dalam keadaan sekarang peniaga runcit hidup tersiksa, dan cuma rakan-rakan peniaga saja yang memahami kesulitan itu. Ini kerana keuntungan sesuatu barangan itu terlalu minimum, menyebabkan ramai yang tak dapat bertahan. Contohnya beras yang berat tu, kalau dulu boleh untung RM 2 satu kampit bagi 10 kg, tetapi sekarang cuma dapat 50 sen saja, dan kadang-kadang lebih rendah daripada itu.  

  

Selasa, 10 Julai 2012

LELAKI ITU CALON AHLI SYURGA

Gambar hiasan: Syeikh Dr Abdullah Azam yang telah mati syahid dibunuh Amerika dan kuncu-kuncunya.

Malam tadi aku mengikuti kuliah Ustaz Ishak Nor, di mesjid tempat tinggal aku ni. Alhamdulillah sambutan sungguh luar biasa. Sembahyang Isyak penuh macam hari Jumaat. Ramai jemaah dari jauh datang ke sini, semata-mata nak mendengar butir-butiran ilmu yang disampaikan oleh ustaz yang dijemput itu.

Selama satu jam 15 minit, pelbagai kupasan dibuat. Antaranya menyentuh tentang undang-undang Allah, Hukum Hudud, sesiapa yang berkata undang-undang Islam itu tidak sesuai dijalankan di negara kita, boleh menyebabkan akidah seseorang itu akan tergelincir. Siapa yang mencipta orang Cina? Siapa yang mencipta orang India? Kamu percaya akan Quran, tetapi mengapa kamu tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Al-Quran itu? Kamu duduk di bumi ciptaan Allah, tetapi kamu gunakan undang-undang ciptaan manusia.

Cukup....cukup....Satu tembakan tepat kepada mereka yang berfahaman demikian.

Mungkin kalian biasa dengar kisah di bawah ini, namun Ustaz Ishak bercerita lagi tentangnya....Kerana kita selalu lupa akan ceritanya.

Iaitu hal seorang lelaki yang Nabi Muhammad sebutkan akan menjadi ahli syurga...confirm masuk syurga. Rasulullah memberitahu, lelaki yang memasuki pintu mesjid ini nanti adalah ahli syurga. Sahabat-sahabat ternanti-nanti siapa lelaki yang dimaksudkan itu. Tak lama kemudian masuklah lelaki itu dan solatlah dia. Keesokannya Nabi Muhammad SAW berkata lagi seperti semalam, sekejap lagi akan masuk seorang lelaki, beliau itu adalah ahli syurga. Sahabat ternanti-nanti, dan melihat orang yang sama semalam masuk ke mesjid melalui pintu itu. Hari ketiga pun sama juga, Rasulullah berkata begitu, dan lelaki yang sama melalui pintu itu.

Seorang sahabat tidak puas hati, lalu ingin mencungkil rahsia, apatah yang dilakukan lelaki itu di rumahnya.

Berkatalah ia kepada lelaki itu, bahawa kononnya ia ada berselisih faham dengan ayahnya dan ingin menumpang selama tiga hari di rumah lelaki calon ahli syurga itu. Lelaki itu sangat berbesar hati kerana ada tetamu yang hendak datang ke rumahnya, dan dia pun mengikutnya pulang ke rumah untuk menjadi tetamunya selama tiga hari.

Selama tiga hari, dia perhatikan lelaki itu hanyalah solat dan sembahyang seperti orang lain. Tidak ada keistimewaan yang luar biasa.Cuma yang dia nampak lain, semasa tidur lelaki itu ada menyebut Allahuakbar, Subahanallah, Alhamdulillah semasa badannya beralih ke kanan dan ke kiri semasa tidurnya itu.

Hari dia nak balik rumah, dia bertanya lelaki istimewa itu dan menyatakan tujuan sebenar ia bertamu di rumahnya. Lelaki itu menjelaskan bahawa apa yang tetamunya nampak itu, itulah yang dilakukannya. Masa kerja pergi kerja, sembahyang macam biasa....

Apabila tetamunya nak balik,baru lelaki itu teringat....Tunggu...
Lelaki itu baru teringat, kemungkinan sebab satu ini yang menyebabkan Nabi Muhammad mengatakan bahawa dia menjadi penghuni syurga. Beliau pun memberitahu tetamunya...
iaitu SELAMA HIDUP DIA, DIA TIDAK PERNAH ADA PERASAAN HASAD (dengki) dengan orang lain.

Dan tetamunya pulang dengan gembira dengan jawapan ringkas itu. Dia telah mencungkil rahsia itu!

Kita ini bagaimana? Kita penuh dengan hasad, riak dan pelbagai sifat buruk. Adakah kita ini layak memasuki syurga jika kita penuh dengan sifat-sifat ini?

Hasad itu apa? Contoh, kita rasa sakit apabila kawan kita beli kereta baru. Kita sakit hati apabila lihat rakan kita dapat suami kacak dan kaya. Kita rasa sakit apabila kawan kita naik gaji dan pangkat dan pelbagai lagi hasad.Juga dalam hidup berjiran. Ustaz menjelaskan dosa hasad itu telah menyebabkan fahala kebaikan kita terhakis satu demi satu! Akhirnya kita menjadi miskin dan papa di akhirat! 

Mulai hari ini ucapkan tahniah kepada kejayaan orang lain. Jauhkan perasaan HASAD sejauh-jauhnya. Campakkannya di lautan biar hanyut dibaham ombak yang mengganas itu.....
  



Jumaat, 29 Jun 2012

PESTA UDANG KARA DI PARIT SULONG

Dah lama tak bercerita di sini. Sebabnya notebook aku ni dah rosak. Dua-dua dah masuk ICU. Yang satu ni baru pulih, dan satu lagi dah tiga hari, taukey tu kata, manyak lama mau format awak punya komputer. Lagi satu keyboard pun dah dimasuki air sirap ke entah susu bayi agaknya.

Okey, netbook Ili ni dah boleh digunakan. Petang tadi meninjau apakah yang berlaku di Pt Sulong. Kalau ada berita politik memang aku buat dekk aje, hatta siapapun yang datang ke sini, tak kira menteri ke, bapak menteri ke, Anwar Ibrahim ke, siapa ke....aku tak ambil peduli.

  Udang Kara yang cantik telah berehat di dalam akuarium anak aku

Tetapi pemandangan petang tadi agak luar biasa.Tetamu misteri ini benar-benar tidak disangka akan kehadirannya. Memang pelik, sejak aku duduk di bumi Parit Sulong 17 tahun dulu, tak pernah muncul udang kara air tawar begini banyak di kawasan ini. Jom kita saksikan gelagat orang Parit Sulong dalam dua tiga hari ni....!!!!

 Taukey Car Wash, ni tak melepaskan peluang menjala udang kara itu


 Zainal, orang kuat Parit Sulong menunjukkan udang kara yang ditangkapnya
 Yang memandu pun berhenti nak tengok apa yang berlaku di sini
 Yea....Dia tanya aku....Abang ni wartawan Metro ke?Ish...ish...
 Lokasinya berdekatan dengan lampu isyarat Parit Sulong ni....
 Ada yang dapat setengah baldi, ada yang dapat dua ekor, ada yang kecik, ada yang besar
 Hello, emak ....aku tengah sauk udang ni .....yelah...kejap lagi baliklah ni 


 Lain macam je, macam nak tangkap buaya je brother sorang ni




Cikgu Fika yang mengajar di sekolah Pasti ni turut menangkap udang bersama-sama suaminya sebagai aktiviti petang yang permai ini.



Gambar terbaru, inilah udang yang ditangkap anak saya, Irfan.
UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa?
Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni