Memaparkan catatan dengan label GAMBAR BANJIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GAMBAR BANJIR. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Februari 2011

MANGSA-MANGSA BANJIR DI SERI MEDAN

Petang ini MASROM JAIS mengajak aku ke SERI MEDAN.


Ketika kami sampai di pusat pemindahan banjir di SMK SERI MEDAN,
kanak-kanak ini sedang menjalani aktiviti agar mereka tidak bosan tinggal di sini.
Maklumlah biasanya kalau di rumah macam-macam mereka boleh buat. 

Aku tak dapat membayangkan bagaimana siksanya menjadi mangsa banjir.
Sabarlah saja pak cik, makcik, adik-adik.

Masrom pernah menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi pada tahun 2007.
Sebab itulah pada kesempatan balik kampung ni, dia beria-ia mengajak aku ke sini.
Di samping nak tengok sekolah lama yang sudah 25 tahun ditinggalkan.

Jalan-jalan di Pekan Seri Medan dipenuhi kereta penduduk.
Pusat pemindahan banjir juga kelihatan di Sekolah Agama Seri Medan dan SK Seri Medan.


(Gambar FB dari Jailani Lanique)
Kesian rumah adik aku S.A dan Mr Ros.....
Sabarlah adikku........

Selasa, 1 Februari 2011

SEBAHAGIAN GAMBAR BANJIR DI SERI MEDAN



SUNGAI SIMPANG KIRI MULA MELIMPAH DI PARIT SULONG

GIAT MARA PARIT SULONG ANTARA KAWASAN PERTAMA
MENERIMA KESAN

SETAKAT INI PEKAN PT SULONG MASIH BERTAHAN



HARI INI AKU MENINJAU KAMPUNG AKU
PT BARU, SERI MEDAN
BANJIR 2007 TELAH MULA BERULANG KEMBALI

SETIAP KALI BANJIR, RUMAH HJ BAKRI PASTI AKAN DINAIKI AIR


BEGITU JUGA RUMAH IBU KEPADA SUHAR DAN MINARSIH

RUMAH LEK SENON

 ADIKKU S.A SEKELUARGA
TELAH BERPINDAH KE RUMAH BONDA KAMI


HELIKOPTER MEMANTAU BANJIR KELIHATAN BERLEGAR
DI UDARA RUMAH BONDAKU.

DENGAR KHABARNYA AIR EMPANGAN DILEPASKAN. AIR NAIK
BEGITU CEPAT KATA SUAMI S.A


RUMAH BONDA MASIH SELAMAT, TAK TAHULAH ESOK LUSA.
TETAPI LANTAI INSYA ALLAH TAK JEJAK. RUMAH HASIL TANGAN
ALLAYARHAM AYAHANDA MASIH KUKUH DAN TEGUH. 

KEKANDAKU HJH SARIPAH MENGUMPULKAN UBI KAYU YANG
TERPAKSA DICABUT, SEBELUM KEDATANGAN BANJIR

RAMAI JIRAN DATANG MEMBELI UBI KAYU HJ JOHARI PETANG INI

SITI MURIYATI ANAK SAUDARAKU


MALAM INI PASTINYA AKU MAKAN UBI REBUS CECAH SAMBAL TUMIS

BUKAN SINI SAJA YANG BANJIR
NI BANJIR DI SAMOA

DI NEW ZEALAND

BRISBANE PUN BANJIR TERUK


ORANG NEW ZEALAND BERMANDI-MANDA
DI DALAM BANJIR

Isnin, 31 Januari 2011

KITA DILANDA BANJIR LAGI?

 Sungai Simpang Kiri mula berbicara....

Perkampungan Orang Asli Kampung Dalam masih tenang.......

Pewaris-pewaris rumah di belakang itu, saksikanlah panorama ini....

Elok bawa anak-anak bermandi-manda di sini wahai blogger-blogger tegar.
Memenuhi permintaan Mummy Gee yang rindu akan kampung halamannya.


Dewan Orang Ramai batu 21.......yang mula menerima tetamu tak diundang.
Banjir kilat.....!

Air Hitam memang airnya hitam bener!

Parit Tegak tidak ketinggalan ikut tenggelam...cacing memang tak pernah
ada peluang untuk hidup di sini.

Jam 11.00 pagi tadi, aku mengikut Cikgu Zailani ke Kluang. Malangnya aku tertinggal membawa kamera cabuk itu. Kampung Melayu Kluang telah dinaiki air, sekaki dalamnya. Sungai yang merentasi bandar Kluang itu mengalir begitu deras sekali.

Hujan di Kluang terlalu lebat, berbanding Parit Sulong. Namun orang ramai tetap memenuhi bandar Kluang, sehingga jem. Bank penuh dengan orang terutama orang Cina yang hendak menyambut Tahun Baru Cina tak lama lagi. Kami berdua lepak di kedai Amran, kawan serumahku di Paloh dulu. Di depan kedainya kelihatan air sungai membuak-buak bagai ingin menghanyutkan mangsa.

Sepanjang jalan pulang, aku melihat kiri dan kanan. Ternyata beberapa rumah telah digenangi air, khasnya rumah yang terletak di antara Air Hitam dengan Yong Peng. Aku menelefon sahabatku, Ismail TV, yang tinggal di Parit Awang. Alahai, kasihannya dia. Dia sekeluarga sedang mendaftarkan diri sebagai mangsa banjir di Mesjid Lama Parit Awang.

Dan tibalah kami di Parit Sulong. Aku mengambil kamera itu, dan itulah sahaja panorama yang dapat aku persembahkan kepada kalian, wahai para perantau yang kini bermastautin di kota-kota besar di seluruh negara Malaysia yang tercinta.

Semoga banjir 2007 tidak akan berulang.....!

Ahad, 30 Januari 2011

HUJAN YANG TURUN, BAGAIKAN TANGISAN

Hari ini KS 747 menelefon aku dari Alor Star bertanyakan
adakah rumah aku sudah banjir? Ni hujan mencurah-curah
di belakang rumah aku. Dah 3 hari, hujan......

Terencat, hajatku hari ini untuk ke Tenang, Labis. Ingat nak tengok
suasana pilihan raya di sana.

Jam 12.00 tengah hari, tengok depan pulak...tak tau nak buat apa...nak jumpa kawan pun
tergendala. Lebih baik aku tidur saja. Hujan tak berhenti dari pagi tadi..

Ni jam 6.45 masih hujan.....Alamatlah sampai malam ni aku tak jumpa manusia selain
anak isteri aku.

Hujan berterusan begini mengingatkan aku banjir awal tahun 2007
(Gambar diambil sepupu aku di Pekan Parit Sulong Januari 2007)

Lebih dahsyat lagi, aku teringat detik hitam banjir tahun 1984 di kampungku Seri Medan.
(Gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berehat di atas bumbung
kedai di pekan cowboy Seri Pasir tahun 1984). 

Ketika itu orang kampung di Seri Medan
cukup derita kerana banjir itu memakan masa empat bulan lamanya.

Dah tak tau nak buat apa, ambik-ambik gambar sajalah