Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI BISNES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI BISNES. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

KENAPA KITA BENCI MENJADI KAYA?

Walaupun video ini sudah lama, tetapi ia sangat baik untuk kemajuan bangsa. Jangan takut menjadi kaya.

Jumaat, 7 Februari 2014

TIP JUALAN SECARA PARTI


Memperkenalkan produk di parti, di mana prospek berkumpul di sesuatu tempat, biasanya di rumah salah seorang ahli baru syarikat M.L.M yang kita sertai. Dan ia menjadi salah satu kunci kejayaan seorang usahawan M.L.M.

Beberapa panduan berniaga secara parti adalah seperti berikut:


  1. Jika ada 10 orang sudah sangat memadai. Jika ramai sangat akan menyebabkan majlis jadi hiruk-pikuk, akhirnya mood kita pun terganggu.
  2. Kita bawalah dua jenis makanan ringan untuk tuan rumah. Juga kos untuk gula, teh dan sebagainya.
  3. Masa yang dipilih mestilah sesuai, iaitu tidak bertentangan dengan majlis penting di tempat itu.
  4. Kita mestilah sediakan produk paling kurang dalam nilai RM 1000.
  5. Kita kena sediakan sekurang-kurangnya LIMA STARTER KIT untuk ahli baru.
  6. Kita haruslah memperkenalkan TIGA produk yang terlaris sahaja. Kerana kalau banyak sangat, nanti orang yang mendengar akan bosan dan buang masa. Akhirnya sorang demi sorang balik, nak masaklah, nak ambik anak tusyenlah dan sebagainya.
  7. Setiap orang yang datang telah diberi sedikit sample, mereka kenalah merasa, memegang, melihat, cium baunya supaya kelima-lima panca indera telah menyaksikannya.
  8. Kita sebagai penceramah mesti sampai SATU JAM lebih awal daripada mereka.
  9. Meja kita alaskan dengan alas meja yang nampak eksklusif seperti baldu, baru nampak produk itu hebat dan bermutu tinggi.
  10. Cara agenda parti itu> Perkenalkan diri dan syarikat, pembuka kata, dan cerita faedah-faedah-faedah-faedah produk dan testimoni> melakukan demo produk> dan tutup jualan dengan mudah 
  11. Pesanan akhir, "Ramai lagi yang berharap-harap, mencari-cari peluang perniagaan, pendapatan kedua, mengapa merayu-rayu orang yang tak sudi menjadi tajaan kita?" -Motivasi dan tip diadaptasi daripada karya Razzi Arramansur dan upline aku yang terdahulu. 

Sabtu, 12 Disember 2009

BUAT DUIT DARI RUMAH

Masa yang terluang ini kuisi jua dengan menambah ilmu...Buat Duit Dari Rumah. Buat Sam dan ahli-ahli Bio Asli, anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan apa produk dan bagaimana hendak menguruskan bisnes dari rumah anda, kerana dalam Bio Asli terangkum itu semua. Sam telah membuktikan, tanpa menemui sesiapa kini beliau memperoleh pendapatan yang boleh digunakan untuk shoping sakan.

Dalam Bio Asli, anda disediakan dengan EMPAT laman web referel yang boleh anda promosikan kepada kawan-kawan dan prospek. Produk ditempah secara online. Dan anda tidak perlu pening bagaimana hendak menghantar produk, kerana segalanya diuruskan oleh syarikat. Jika hendak tengok bonus, anda tinggal klik. Hendak tuntut bonus pun tinggal KLIK sahaja. Bonus akan masuk ke akaun anda pada hari Rabu dan Khamis. Tuntutan bonus elok dibuat pada hari Sabtu atau Ahad. Keahlian pula PERCUMA! Ya PERCUMA!

Namun, dalam buku ini banyak ilmu saya dapat. Antaranya bagaimana supaya web atau blog kita termasuk dalam search engine Yahoo, altavista dan lain-lain search engine yang popular. Kalau blogspot sudah tentu tersenarai dalam search engine GOOLGE kerana blogspot milik mereka.

Bagaimana menarik pengunjung ke dalam blog kita juga diajar di sini. Yang penting blog anda mempunyai maklumat yang berguna kepada mereka. Maklumlah, pengunjung kini dahagakan maklumat terkini.

Ingatlah bahawa dunia masa kini semakin canggih, maka kita hendaklah maju seiring dengan perkembangan itu. Seperti penggunaan telefon bimbit masa kini, maka penggunaan internet pada masa akan datang semakin ramai akan menggunakannya. Ketika itu jika kita tidak tahu apa-apa alangkah malangnya kita. Ilmu kita yang ada pada masa lalu, kini sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh digunakan lagi. Kemajuan IT terlalu pantas, maka kita sudah sewajarnya sentiasa mengikuti perkembangannya. Zaman ini bukan zaman jurujual mengetuk pintu rumah orang lagi.

Daftar Ahli Percuma di http://www.bioasli.com/?id=matsom1

Khamis, 10 Disember 2009

MENINJAU PROSPEK DI PAGOH

Tertanya-tanya apa ada di Dusun Damai
Sunyi Tanpa Penghuni

Perjuangan ini penuh berliku dan diri mesti kuat dan sentiasa berkobar-kobar

Menjengah R&R Pagoh Selatan


Dua hari berturut-turut aku telah berada di Pekan Pagoh seawal jam 7.30 pagi. Tujuan utama adalah untuk menyebarkan flyer Bio Asli kepada penduduk Pagoh. Mula-mula yang perlu aku kenali ialah seorang lelaki Cina yang menjual Surat Khabar. Lelaki itu mengatakan pada hari biasa edaran surat khabar ialah 300 naskhah dan pada hari Ahad edarannya ialah 500 naskhah. Hari ini aku mencuba 300 flyer dahulu. Target aku mencari 5 orang pengedar, kerana setakat ini Bio Asli belum menerjah ke bumi Pagoh, kawasan Parlimen Timbalan Perdana Menteri ini. Aku akan cuba secara berhabis-habisan Insya Allah, memandangkan ianya terlalu dekat dengan Parit Sulong, dan ini amat menyenangkan kerja aku.

Edaran FLYER merupakan promosi yang mudah selain daripada promosi melalui blog. Selain itu iklan kecil aku akan tersiar di dalam akhbar SIASAH. Cukuplah TIGA langkah ini setakat ini untuk mencari ahli-ahli baru. Sekarang bukan lagi zaman 'meminta sedekah' dengan kawan-kawan kerana lama-lama mereka memandang serong kepada kita.
Malam ini sewaktu aku mengisi entri ini, aku sudah menerima panggilan dari prospek. Dua orang untuk kempen pertama kali, menunjukkan satu permulaan yang baik. Seorang ingin jadi pengedar dan seorang lagi ingin mencuba produk.
Aku lebih suka calon pengedar kerana dengan itu aku dapat menembusi pasaran Pagoh.

Ahad, 6 Disember 2009

BISNES DAN BISNES

Rupa-rupanya FAIRUS memiliki kedai herba di Taman Arked Pt Raja. Kini Fairus sah sebagai
Stokis Bio Asli Parit Raja. Lokasi berdekatan Mesjid Besar Parit Sempadan sebelah Kedai Perabot
Hock Huat. No telefon 013-2656302

Solat Magrib di surau terbersih di Johor, Surau Pekan Pt Yani

Sewaktu berhenti menukar cek di HPA Cawangan Parit Raja terserempak Lori Radix.
Hei....diam-diam pun sebulan aku dapat jual lebih daripada 100 papan!
Kedai Abas je sudah 10 papan.

Berhenti rehat di Mesjid Air Hitam di puncak bukit yang luas.

Aku sengaja paparkan gambar ini...untuk memotivasikan seluruh warga Batu Pahat,
bahawa kalian merupakan orang kuat...batu pun dipahat!!!
Jadi, orang Batu Pahat mesti kuat, hebat, lebat jangan merempat!
Hari ini bermula pagi melihat tanaman sayur aku yang mula subur di depan rumah. Tomato, cili dan pokok terung. Selepas itu aku menghantar Irfan ke rumah banglo Cikgu Sulaiman untuk tusyen. Aku berpusing-pusing di pasar Sabtu, Pasar Parit Sulong dengan Arina. Beli ikan, surat khabar, dan buah-buahan. Aku ternampak orang jual kopi yang dimesin dan teringat peminat utama kopi itu, Mama Miraki. Tetapi aku tidak membawa kamera pagi ini.
Sedang aku berjalan-jalan aku disapa oleh seseorang. Rupa-rupanya Alif, murid aku di SMK Penghulu Saad tahun 1999. Dia bertanya aku ada menjual Minyak But But lagi tak? Dahulu produk HPA paling top memang Minyak But But, sekarang Kopi Radix. Aku selalu bagi free kepada murid-murid aku, termasuk Alif. Kini Alif menjual baja siraman di pasar itu. Dia kelihatan malu-malu dan gerainya terletak di hujung sekali dan tidak berpayung pula. Ini mesti dipaksa oleh bosnya. Aku kata kepada Alif, semua itu pernah aku alami. Jangan malu. Bisnes adalah kerja mulia. Nabi kita pun berniaga.
Petang tadi aku ke Parit Raja. Servis untuk stokis Fairus. Namun dia tiada di kedai. Aku bagi nota-nota produk Bio Asli kepada rakan kongsinya. Kemudian aku menemui Osman Omar dan Siti Khadijah di depan Cawangan HPA Parit Raja. Setelah berbual-bual dengan mereka aku masuk ke dalam Pejabat HPA untuk menukarkan sedikit cek yang belum sempat ditukar. Yang menarik di situ ialah flyer Koperasi HPA. Koperasi HPA telah memberi DIVIDEN 14% kepada pelabur-pelaburnya pada tahun 2008. 10% pada tahun 2007. Dividen untuk 2009 pasti akan meningkat. Malangnya aku belum melabur lagi. Bulan Februari nanti rasanya pelaburan itu dibuka semula untuk ahli-ahli HPA.
Keluar sahaja daripada Cawangan HPA menanti dua orang pengedar Bio Asli untuk mengambil Kopi Kelapa Dara dan Oil 31. Kedua-duanya aku kenali daripada iklan Metro Ahad yang disiarkan oleh syarikat Bio Asli. Seorang itu bernama Rosmadi. Seorang lagi Osman Paiman. Kesempatan sekejap itu aku bagi motivasi supaya mereka memasarkan produk-produk Bio Asli yang tebukti berkesan membantu ramai pelanggan yang bermasalah. Terutama masalah dalaman.
Dari Parit Yani, ke Parit Raja, singgah di Air Hitam, kemudian ke Yong Peng dan berakhir di Tongkang Pechah. Orang yang terakhir aku temui malam ini ialah Azhar Sam. Azhar banyak menjual Kopi Kelapa Dara termasuk majikannya dan kawan-kawannya orang Cina. Jangan hairan, produk-produk Bio Asli dipasarkan ke 231 buah negara!!!
Sebelum tidur aku membelek-belek akhbar tabloid. Aku terkesan dengan tulisan Sayuti Omar tentang
peringatan kepada para blogger:
Blogger hendaklah mengetahui:
1. KOD ETIKA PENULISAN
2. UNDANG-UNDANG FITNAH
3. AKTA RAHSIA RASMI (OSA)
4. AKTA MESIN CETAK
5. AKTA HASUTAN 1948
Setakat ini blog aku tidak lari daripada tema matsomherbs. Blog ini blog yang banyak bercerita tentang bisnes MLM. Aku memilih matsomherbs kerana ingin memperkenalkan bahawa aku ada menjual herba yang berguna untuk kesejahteraan manusia.
Tetapi tajuk yang selalu dicari pelayar internet dalam blog aku pertama DOA PENDEKAT JODOH dan kedua
JUALAN BARANG TERPAKAI DI RENGIT. Yang sudah dapat jodoh tu janganlah lupa jemput saya!!!

Khamis, 3 Disember 2009

EMEL DARIPADA PENGARAH BIO ASLI-MINYAK KELAPA DARA

Emel yang baru aku terima .....

RENUNGAN ..........
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Saudara-saudara & saudari-saudari ahli Bioasli yang dihormati sekelian,
Bioasli telah sedaya upaya membantu anda menjana pendapatan lumayan dengan memperkenalkan pelbagai produk baru & pelan komisyen yang menarik dengan syarat maintain yang minimum. Kami sesekali tidak akan berputus asa dalam menjayakan misi melahirkan seramai mungkin " JUTAWAN SENYAP " di Bioasli. Dengan bantuan 5 Pelan dan mungkin akan ditambah lagi, ayuh...berubahlah wahai saudara & saudari, dari manusia biasa-biasa je...kepada insan yang berjiwa besar...menjadi pejuang yang gagah berani yang sesekali tidak akan mengalah dalam merempuh segala badai dan cabar berliku atas satu matlamat menjadi JUTAWAN SENYAP yang takwa. Bebaskan diri anda dari angan-angan yang kosong & fantasi. Berpijaklah di bumi yang nyata, bahawa untuk mengecapi kejayaan pastinya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga beserta tekad yang padu. Nyatakan kepada diri anda bahawa anda BOLEH + TIDAK ADA ALASAN + BUAT 100% KESUNGGUHAN. Saya menunggu anda di puncak kejayaan.
Ikhlas dari, Ishak Basiran

Sabtu, 21 November 2009

BERMULANYA SATU PERNIAGAAN

Hari ini aku akan memulakan kerjaya keduaku sebagai usahawan MLM...(usahawan?)...Tiada istilah cuti dalam kamus hidup aku. Tambahan pula tahun hadapan keempat-empat anakku akan bersekolah. Bayaran yuran zaman sekarang ini amat memeritkan rakyat yang bergaji kecil dan orang kampung. Sekolah menengah , bayaran yang diperlukan ialah RM 200 ke atas sehingga ada yang mencatatkan RM 300. Sekolah rendah dalam RM 130- RM 150.

Aku dapat bayangkan bagaimana berhempas-pulas ibu bapa di kampung untuk mengumpul duit anak-anak sekolah. Satu ketika dahulu kerajaan mengumumkan yuran sekolah dimansuhkan. Namun kini istilah yuran itu sahaja yang diganti. Antaranya istilah itu ialah Bayaran Tambahan Perkhidmatan dan Kemudahan. Jika dahulu yuran setakat RM 30- RM 40, tetapi yang baru ini antara RM 40 hingga mencecah RM 70. Jadi apa gunanya semua ini? Aku sebagai ibu bapa pun tidak faham. Contohnya ada bayaran kegiatan luar bilik darjah ada yang mencecah RM 20. Sedangkan apabila diadakan aktiviti perkhemahan pelajar dikenakan bayaran lagi?

Namun, kita sebagai ibu bapa terpaksa akur dengan keadaan ini. Tanggungjawab kitalah yang menyediakan segala keperluan itu. Maknanya, aku ada empat orang anak yang bersekolah, maka aku mesti menyediakan RM 1500 tahun ini. Iatu kos untuk pelbagai bayaran dan pakaian sekolah. Jangan haraplah bonus kerajaan. CEUPACS pun sudah dicop dengan pelbagai penghinaan.

Maka tugas kita ialah mencari duit tambahan. Berdikari. Melibatkan diri dalam jualan langsung adalah antara caranya. Namun kita kena tahu selok belok perniagaan itu. Jangan terlibat dengan pelaburan skim cepat kaya. NANTI duit yuran anak pun lesap siapa yang susah? Jika anda ada kebun, maka tumpukan minat anda itu.

Selepas ini aku akan penuhkan entri blog ini dengan aktiviti aku sebagai usahawan MLM (selama 44 hari ini). Tunggu....!!!

Jumaat, 13 November 2009

JUTAWAN SENYAP


Wajah di atas ialah Pengarah Urusan Bio Asli dengan entri barunya. Beliau kini menjadi seorang jutawan. Pernah menjual berus gigi dari meja ke meja makan. Marilah kita bebaskan diri daripada meminta-minta. Contohnya, kita masih terus meminta bonus kerajaan sampai memalukan bangsa kita. Dengan menceburi perniagaan seperti Bio asli, anda boleh dapat BONUS SETIAP MINGGU. Kini Bio Asli melebarkan perniagaannya ke peringkat global, maka tunggu apa lagi.
Layari
Klik pada daftar ahli. KEAHLIAN ADALAH PERCUMA! Selepas mendaftar ahli sila emel kepada saya