Rabu, 18 Oktober 2023

DRAF PBB CADANGAN RUSSIA DITOLAK EMPAT NEGARA PENJAJAH

Draf resolusi dikemukakan oleh Rusia yang menggesa gencatan senjata dalam konflik Israel-Palestin ditolak Majlis Keselamatan PBB pada Isnin.





Teks draf itu telah menggesa gencatan senjata kemanusiaan, pembebasan semua tebusan, akses bantuan, dan pemindahan selamat orang awam.


Resolusi itu menerima lima undi menyokong, empat undi menentang manakala enam undi berkecuali.


Lima negara yang menyokong ialah:


- China

- Gabon 

- Mozambique

- Rusia

- Emiriah Arab Bersatu


Empat negara Yang Menentang:

-Perancis

-Jepun

-United Kingdom

-Amerika Syarikat 


Enam yang berkecuali ialah:

- Albania

- Brazil

- Ecuador

- Ghana

- Malta

- Switzerland.


Majlis Keselamatan PBB ni 15 Org. Malangnya hanya 1 saja negara Islam. Teringat dulu masa Amerika perang dgn Iraq, wakil M'sia mengundi sokong Amerika..