Memaparkan catatan dengan label CERITA JENAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA JENAKA. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

PENCEN 60?.....HA HA HA HA!

Aku ambil dari SINI. Tu yang aku nak pencen 56. Bagilah kat orang muda. Anak murid tengok kita pun dah tak minat dah.

Khamis, 22 September 2011

MANA BASIKAL SAYA?

Jam menunjukkan jam 1.35 petang. Aku telah pun menuju ke kereta untuk pulang.Tiba-tiba ....


" Cikgu...Cikgu....! Basikal Udin hilang!"  Seorang pengawas mengadu kepadaku.


" Basikal hilang? Dia letak di mana?"


" Kat sebelah motosikal cikgu Janis tu pagi tadi...."


" Hey Udin...betulke basikal awak hilang, atau awak lupa letak mana?"


" Betul cikgu"....Mukanya nampak cemas dan sangat susah hati. Macam kita kehilangan dompetlah agaknya perasaannya itu.

Ustaz Rizal yang muda , hensem dan cool 24 jam
(Gambar skspbp.blogspot.com)

" Ada apa Mat Som?" Tanya Ustaz Rizal menuju ke Viosnya sambil menyimpan beg di booth.


" Ala budak ni...dia kata basikal dia hilang? Macam pelik. Tak pernah berlaku ...pelik...pelik"


Kelihatan Ustaz Rizal berbincang dengan budak itu. Udin risau kalau ayahnya marah nanti. Apa dia nak jawab nanti? Mana nak cari RM 150 nak gantikan basikal itu?


Akhirnya Ustaz Rizal menghantar Udin balik ke rumah di Parit Simis. Di pertengahan jalan Udin nampak ayahnya menunggang motosikal.


" Ustaz...itu ayah saya...!"


Ayah Udin begitu pelik, kenapa Ustaz hantar Udin balik?


" Ayah, basikal Udin hilang...."


" Masya Allah, apa nak jadi ni Udin....? Kan pagi tadi ayah yang hantar kamu!"


Kesian....kesian...baru darjah empat dah nyanyuk.....! Dah hari-hari naik basikal. Sesekali ayah sempat hantar lain pulak jadinya. Buat kecoh satu sekolah saja budak Si Udin ni!!! 

Jumaat, 24 Jun 2011

BIAWAK MASAK UNGKEP

Banyak betul orang buang kucing ke rumah aku. Bau sana, bau sini.
Aku pun cerita dengan seorang kawan.
Kalau nak buang kucing, buanglah ke.....Taman Sri Sulong.
Kenapa pulak? Apa muslihatnya?
Dia kata, kalau buang kucing ke sana, ceritanya senang.
Senang? Tak fahamlah aku, kenapa?


Rupa-rupanya...Di sana, hayat kucing tu cuma dua tiga hari je.
Mereka akan dikidnap oleh jejaka-jejaka perkasa dari negara jiran.
Kucing tu akan dimasak Tomyam, Kari, rendang, masak ungkep pun ada.
Orang Vietnam tu fasal dah tak peduli apa.
Asal benda bergerak dia buat lauk.


Seorang kawan lagi bercerita.
Satu hari dia ternampak sekumpulan pekerja Vietnam itu singgah di kedai runcit
Nak beli rempah ratus.
Seorang beli rempah itu.
Dua orang yang lain di luar itu sedang mengusap-ngusap seekor biawak yang besar sederhananya.


Nota: Taman Sri Sulong ramai pekerja asing, kerana di situlah terletaknya kilang-kilang. Sebab tu kawasan pemumahan itu dikenali sebagai Taman Industri Sri Sulong. Banyak kilang di Batu Pahat telah berkumpul di situ. Jika anda pergi ke Pasar Malam Sri Sulong, kelihatan ia sebagai Pasar Asia. Macam-macam orang ada di situ.

Khamis, 9 Disember 2010

KALAU TAK BANGUN INNALILLAH

Aku tiba-tiba teringat satu kursus yang aku hadiri, agak-agak tujuh tahun lepaslah. Aku rasa pihak berkenaan nak memutihkan aku, kerana kursus tu siang malam asyik cerita kerajaan bagus, kerajaan sangatlah hebat. Seminggu cerita yang sama diulang-ulang. Aku pun bukannya ada tokoh nak jadi pembangkang macam Ahmad Sabu. Aku hanyalah aku yang merahsiakan parti politik aku.

Namun banyak-banyak tu ada dua isi penting yang sangat aku ingat dalam kursus di Alor Gajah tu. Tetapi isi lawaklah:
         
1. Dalam satu kuliah magrib tu salah seorang penceramah yang diundang ada   menutup ceramahnya begini

    "Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari..........TEKS INI.....bukan dari saya! Ha ha ha ha ha!" ustaz tu terbahak-bahak. Kami pun ketawa terbahak-bahak bersama-sama. Nampak sangat ustaz tu makan gaji. Patutlah ceramah tu macam siaran berita TV 1 je!

2. Kalau pihak pengurusan nak kejutkan kami, maka PA sistem seawal jam 5.00 pagi sudah berbunyi. Setiap bilik dorm ada PA  sistemnya. Setiap pagi ia akan berkata begini:

    " Sekarang menunjukkan pukul 5.00 pagi, Bangun! Bangun! Bangun.....
      Yang dah bangun ALHAMDULILLAH...............!!!!!!!
      Yang tak bangun INNALILLAHHHH.............!!!!!!!!!!

Sabtu, 25 September 2010

KISAH BIBIK BERKAROKE


Nampaknya pagi ini tak ada cerita menarik yang hendak diulas dari akhbar online. Ada satu je yang menyayat. Kisah baby meninggal dunia tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh. Malas betul pengasuh ni jaga anak orang. Agaknya niatnya kerana nak duit je yang jadi begitu. Satu lagi permohonan ke MRSM untuk tingkatan 4 akan bermula Isnin ini.

Ni aku nak cerita fasal bibik ni. Aku tak ada bibik, tetapi ada jiran aku ni Ah Hock sekeluarga mengambil bibik dari Indonesia. Aku tengok bibik tu rajin betul. Setiap hari aku nampak dia buang sampah ke dalam tong di depan rumah itu.

Adalah satu hari tu maka terjadi kisah lucu. Hamidah isteriku memberitahu, pagi tu Bibik buka lagu karoke kuat-kuat. Rentak lagu tu lagu Cina, tetapi Bibik tu belasah nyanyi lagu Jawa. Ah Hock anak beranak tak ada di rumah, berniaga sayur di pasar lambak.

                    Aku ini arep dadi opo...?
                Rasane kok koyo rondo
                Tak tinggalne anak bojoooooo....
                Nggolek duit koyo arep giloooooo!

Bibik tu terus nyanyi kuat-kuat, sampai gamat satu taman perumahan aku ni kata Midah.

Tak lama selepas bibik tu buat macam tu, dah tak nampak kelibatnya dah.

Suatu petang sedang basuh kereta aku tanya Ah Hock.

"Mana bibik awak Taukey?"
"Haiyaaa.....mana boleh tahan, dia selalu curi duit aku....! Gaji bukan wa tak kasi! Wa sudah kasi pulang sama itu olangla!"
     

Khamis, 19 Ogos 2010

Kisah Seorang Isteri Yang Terlalu Lurus



Kisah ini diceritakan oleh seseorang kepadaku kira-kira tujuh tahun dahulu. Lelaki itu memang suka bercerita. Kalau dibukukan pasti sudah ada berpuluh- puluh buah buku yang diterbitkan.

Arakian, maka dia bercerita.......

Terletak di daerah Madiun, Jawa Timur tinggal sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Kehidupan mereka serba kekurangan. Sarapannya hanyalah ubi bakar dan kadangkala tidak makan langsung. Keperitan itu menyebabkan suami ingin sekali mencari pekerjaan di Malaysia.

Setelah didapati isterinya, Sutirah hamil dua bulan Gono memberitahu  isterinya yang ayu bak Revalina S Kemat itu akan hajatnya bekerja di Malaysia.

Oleh sebab Sutirah memahami situasi keperitan hidup dia pun reda suaminya akan meninggalkannya. Gono telah berjanji akan pulang enam bulan kemudian iaitu sebelum anak sulung mereka lahir. Sutirah pun faham bahawa kos kelahiran di negaranya begitu membebankan rakyat umum(kira-kira RM 800 di hospital kerajaan).

Maka Gono pun berangkat ke Malaysia dan mendapat pekerjaan di ladang kelapa sawit. Setelah enam bulan, dan setelah berjimat-cermat hinggakan dia makan nasi berlaukkan telur dan kicap sahaja, maka Gono telah dapat mengumpulkan duit sebanyak RM 4000. Pada sebelah malam pula, dia bekerja membasuh pinggan di restoran di pekan itu.

Maka setelah cukup enam bulan, dia pun pulang ke desanya. Alangkah gembira Sutirah dengan kepulangan suaminya. Perutnya semakin memboyot dan menunggu masa sahaja beberapa minggu lagi untuk melahirkan cahaya mata pengikat kasih sayang mereka.

Malam itu setelah berehat-rehat di kamar tidur, Gono bertanyakan akan kandungan itu.

" Bagaimana keadaan anak kita, pastinya kamu selalu ke klinik?"

" Semuanya bagus kang mas, tetapi itupun atas jasa baik Pak Sriwijoyo"

" Kenapa dengan Pak Sriwijoyo? Pak Dukun itu maksud kamu?"

" Begini Kang Mas, dulu waktu saya berjumpanya kerana kandungan ini, dia mengatakan anak kita ini cacat, tidak punya tangan sebelah kanan..."

" Lalu....?" Gono sudah mula suspen sekali.

" Dia kata jangan bimbang, masalah itu gampang sekali..."

" Apa yang diperbuatnya?"

" Dia meng XXXX saya beberapa kali, supaya tangan sebelah kanan anak kita tumbuh...dan syukur atas susah payahnya, kini anak kita sudah sempurna, tinggal sahaja ia dilahirkan"

" Sutirah, kamu tahu apa yang kamu ucapkan itu!? Dengan ini Kang Mas ceraikan kamu dengan talak 30! Aku tidak mahu melihat isteri bodoh seperti kamu lagi!"

Adus....sejak itu Gono lari ke Malaysia, dan kini entah di mana dia!!!

Khamis, 11 Mac 2010

PENGGANAS NO 1 KINI JADI PENYAJAK



Oleh sebab malam ini aku ingin merehatkan minda, maka aku ingin kongsikan bersama sebuah sajak, daripada pengganas no 1 dunia, yang kini menjadi pendeklamator. Aduh.....sungguh berbakat! Rasanya kalah Samad Said.

Jumaat, 18 Disember 2009

CEMBURU BUTA MEMBAWA DERITA

Pada awal pagi yang permai ini, aku ingin menceritakan sebuah kisah benar yang berlaku. Orang-orang kampungku terutama yang tua-tua, tahu benar cerita ini. Ia bukan cerita epik atau cerita rekaan, atau cerita yang menyamai watak Raja Suran di negeri Antah Berantah. Ia adalah benar dan sangat benar belaka, berlaku di bumi Seri Medan yang penuh sejarah, yang mana segelintir penduduknya pernah mencipta sejarah, menyerang Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980.

Namun hari ini aku bukan hendak menceritakan sejarah hitam itu. Aku ingin menceritakan kisah sepasang suami yang penuh misteri.

Setelah sekian lamanya berumah tangga adanya, maka mereka tiada dikurniai anak. Semuanya sudah suratan takdir, mereka terus bersabar dan redha dengan ketentuanNya itu. Pakcik X percaya kepada rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar. Sudah sekian banyaknya usaha yang dibuat, namun akhirnya begitulah juga.

Apabila Pakcik X pergi bekerja, tinggallah Makcik X yang pada masa itu masih muda jelita seperti pelakon adanya, tinggallah bersendirian di rumah. Dia hanyalah bertemankan seekor kucing dan beberapa ekor kambing buat menghiburkan hati. Biasanya Pakcik X akan bekerja seawal jam 7.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Kebunnya yang terletak sepuluh batu dari rumah menyukarkannya untuk berulang alik. Waktu pagi menoreh getah dan pada sebelah petangnya bercucuk tanam seperti pisang, jagung dan pokok sayur-sayuran.

Setiap pagi Mak cik X mengemas rumah. Tengah hari memasak untuk dirinya sendiri. Sebagai isteri yang setia, setiap pagi dia membawakan bekal nasi berlauk ikan keli atau ikan haruan masak cili padi kegemaran suaminya yang perkasa itu. Petangnya Makcik X awal-awal lagi telah memasak untuk suaminya yang akan pulang. Biasanya, suaminya akan makan pada pukul 6.00 petang. Di rumah itu tiadalah radio atau televisyen, samalah seperti rumah-rumah yang lain, kerana ketika itu tahun 1960an.

Sedang dia menghiris-hiris bawang tiba-tiba terdengar ada tetamu memberi salam.

" Assalamualaikum......!"

Makcik X mengintai dari dinding rumah. Dia agak pelik, kerana sudah tiga tahun berkahwin dengan Pakcik X, tiadalah tetamu yang datang ke rumah melainkan hari Raya. Ini mungkin disebabkan rumahnya itu terlalulah jauh ke dalam dan melalui belukar yang penuh dengan beruk dan monyet .

Setelah diamat-amati, rupa-rupanya yang datang itu pakciknya, Pak Cik Y. Sudah sepuluh tahun dia tidak bertemu dengan pakciknya itu.

" Masuk Cik, masuklah rumah saya yang buruk ni"
" Ya Allah, lama betul aku tak jumpa kau, dah besar panjang dan jadi bini orang, suami kau mana?"
" Abang kerja, begitulah setiap hari, kebunnya jauh nak buat macamana, kejap ya saya buat air kopi"

Kopi hitam yang dipanggil kopi gobres pun telah siap dibancuh.

" Cik selama ni pergi mana? Sampai lama tak balik kampung? Saya kahwin pun tak balik? Sampai hati tau"

" Cik ni merajuk dengan atuk kau, pedih sungguh penghinaanya, Cik marah sangat masa tu, jadi Cik lari pergi Singapura, kerja kapal, lama-lama Cik tak tahan, rindu sangat dengan nenek, rasa bersalah dengan atuk, cik baliklah"

Sedang berbual-bual itu maka kedengaran bunyi basikal di bawah rumah. Makcik X menjemput suaminya seperti biasa. Tetapi Pakcik X berwajah masam mencuka tidak senyum seperti biasanya. Makcik X yang ketakutan tidak sempat menerangkan siapakah tetamunya itu. Hendak bercakap, lidahnya terkedu.

" Oh ni suami kau ya, apa khabar, saya....."
" Berbuallah kau dengan bini aku sampai pagi!"

Pakcik X terus ke dapur. Makcik X terduduk dan menangis.

" Sabar, suami kau salah faham, selama ini kau tak cerita ke tentang pakcik kau ni?"
" Ada, tetapi gambar pakcik pun tak pernah nampak, hari ni dia dah menyangka pakcik ni jantan mana"
" Baiklah kalau macam ni, pakcik baliklah"
" Maaflah sangat apa yang berlaku, esok lusa baikllah laki aku tu"

Setelah pakciknya pergi, Makcik X pun ke dapur, dia melihat suaminya dengan penuh serius menumbuk cili. Penuh lesung batu yang besar itu dengan cili api yang berwarna hijau itu. Lain macam sungguh dia menumbuk cili itu. Selama ini pun suaminya itu tidak pernah menumbuk cili, kerana dialah yang menyiapkan segala makanan suaminya itu.

" Bang, lelaki itu sebenarnya......."
" Ah sudahlah, ini rupanya kerja kau selama ini!?"

Tiba-tiba Pakcik itu menyelak kain Makcik X dan memasukkan segenggam cili ke xxxx nya! (maaf cerita di bawah 18 xxx).

" Biar aku ajar kau cukup-cukup hari ini!'

Makcik X KEPANASAN dan lari ke bawah, menuju kolam di mana air yang jernih di kolam itulah buat mereka memasak dan digunakan untuk mandi. Oleh sebab keadaan yang menyiksakan itu, Makcik X berendam di kolam itu dua jam lamanya.

Esok paginya, Makcik X menyediakan sarapan. Seperti biasa suaminya minta bekal air jarang untuk dibawa ke kebun. Pagi itu keadaanya telah seperti biasa, cuma mereka tidak berbual. Masing-masing menjalankan kerja rutin mereka.

Setelah kepenatan menoreh, Pakcik X mencapai air jarang di dalam botol yang dibawanya.
Tiba-tiba .........dia tersedak.

"Pedasnya!"

"Bijak sungguh isteri aku mengenakan aku. Takkan air satu kolam boleh pedas hanya dengan segenggam cili? "

Begitulah berakhirnya kisah benar itu. Kisah yang belum pernah keluar di mana-mana blog, cerpen, jurnal, majalah atau akhbar. Tetapi cerita ini bukan rekaan melainkan cerita yang amat amat benar berlaku.

Pengajarannya banyak di sini. Anda sendirilah yang memikirkannya.

Rabu, 16 Disember 2009

DUA JAM YANG SANGAT MEMBOSANKAN



Pagi hingga petang semalam aku sibuk menghantar barang kepada pelanggan. Dan aku ingat malam tadi aku hendak berehat. Sekonyong-konyong ada hon kereta di luar rumahku.

" Baru pukul berapa nak tidur? Jom ngeteh. Ala kejap aje!"
" Okey..okey. Nak ke mana ni?"
" Ikut je"

Alamak dia mengajak aku di warung yang ada Astro. Kenapa ya?
" Aku ni kalau seminggu tak tengok gusti, hidup aku minggu tu macam tak sempurna" Ujar teman aku itu.
Aku tersenyum kelat. Dari kecil lagi aku memang tidak minat langsung dengan gusti. Aku cuma kenal Hulk Hogan, The Rock, itu pun sebab anak-anak aku selalu sebut nama itu.
Kalau ada orang tengok gusti, sama ada kawan atau anak-anak aku. Aku anggap aku macam tidak ada bersama mereka. Biasa aku baca surat khabar atau majalah.
Tiba-tiba teman aku malam ini ajak aku tengok gusti. Aku sudah terperangkap nampaknya, aduhhh!.

" Pukul berapa gusti ni habis?" Tanya aku
" Tak lama, pukul 11.30 habislah, sekarang baru pukul 10.00"
Aduh lamanya, satu setengah jam aku kena layan dia ni!
Aku tengok orang mula berkumpul di warung depan Pasar mini Yong Fat itu. Mereka sama macam MR X ni, rumah tidak ada ASTRO, dan ingin menghirup udara malam di Pekan Parit Sulong.

Asap rokok saling berlanggar, dan aku pura-pura berminat dengan adegan-adegan gusti yang ditayangkan.
"Wah Bigshowlah! " Macam pernah aku dengar nama itu, seorang blogger blogstarz, Cbigshow.

Aku mencuri-curi tengok jam pada telefon bimbitku. Aduh..baru jam 11.00. Lamanya hendak menghabiskan rancangan gusti itu. Aku melihat ke kanan dan kiriku. Mata masing-masing fokus kapada penggusti-penggusti yang sedang bersandiwara.
Kau semua kena tipu dengan orang putih itu. Mereka itu semua berlakon sahaja. Mereka kerja untuk menyara anak bini macam kita juga. Kalau betullah gusti itu, kenapa sudah dihempas macam itu pun tidak ada yang masuk ICU? Bisik aku....

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi belum ada tanda-tanda rancangan gusti itu akan tamat. Aku sudah mula risau, mata kawanku tidak berkedip melihat juara gusti membelasah lawannya.
"Tunggu, ada satu lagi ni" Kata Mr X.

Akhirnya jam menunjukkan jam 12.15 malam. Aku sudah tidak terkata apa. Dua jam sudah aku menonton program televisyen yang paling aku tidak minati.

Juara gusti telah mempamerkan belt besarnya dan menjerit dengan garau...Ladies and gentleman! I am the champion...!!!!!

Mr X mengambil kunci kereta dan mengajak aku pulang....aduh lega aku!!!

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAND PHONE MEROSAKKAN SOLAT JUMAAT

Ketika orang sedang khusyuk solat Jumaat, tiba-tiba sahaja telefon bimbit di dalam poket seluar lelaki itu berbunyi. Bunyi suara burung wak-wak yang dipilih untuk deringan telefon itu menjadikan suasana mesjid itu tidak keruan. Dalam hati masing-masing menyumpah seranah lelaki yang tidak berdisiplin itu. Lelaki itu tunduk keseganan yang tidak terhingga. Selesai solat Jumaat, semua mata tertumpu ke arahnya. Dia buat tidak peduli. Dia nampaknya bukan penduduk tempatan. Dia dalam perjalanan ke sesuatu tempat atas beberapa urusan. Kalau tidak masakan dia membawa telefon itu ke dalam mesjid dan terlupa mematikannya.

Ketika di luar mesjid dan semasa memakai stoking, sahabatnya bertanya.
" Handphone engkau kan yang berbunyi tadi?"
" Ya....aku lupa off handphone tu, benggang betul"
" Siapa yang call?"
" Siapa lagi, kalau tak bini aku"
" Engkau pun satu, boleh lupa"

Aku pun meninggalkan dua orang sahabat itu berbual, kerana mereka pun telah menuju ke kenderaan mereka.
Dalam benakku, isteri dia pun satu hal, tidak ingatkah hari ini hari Jumaat? Nasihatku kepada wanita-wanita di luar sana, para isteri, makwe, saudara, teman wanita.....JANGAN TELEFON PASANGAN, SAUDARA, ABANG, ADIK DAN TEMAN LELAKI ANDA pada hari Jumaat antara jam 1.00 - 2.00 petang. Perbuatan anda mungkin menjadikan solat Jumaat satu mesjid jadi rosak!

Isnin, 12 Oktober 2009

BETAPA SUKARNYA KITA UNTUK MEMUJI

Satu hari tujuh tahun lalu aku mendengar perbualan dua orang rakan.

" Tak nampak perubahan aku ke?" Mr X ingin mengambil perhatian.
" Kenapa dengan kau? Dapat untung lebih ke?" Tak sabar Mr Y bertanya.
" Aku pakai baju baru...Crocedile, takkan tak nampak?"
Mr Y diam sekejap. Dia melihat baju baru yang dipakai Mr X.
" Terus teranglah X, kau jangan kecil hatilah,kau ni kan....kalau pakai baju apa pun...kau memang tak hensem! Ha ha ha ha!"
Aku terperanjat dengan ulasan Mr Y kepada Mr X. Habislah Mr X merajuklagi. Baru bulan lepas tu dia sebulan merajuk dengan aku. Dia ni lelaki sensitif....gurau-gurau pun diambil serius.Aku sampai tiga kali minta maaf.

Kini ia telah berlalu.Mr Y pun kini telah kembali kerahmatullah kerana penyakit berbahaya. Tinggallah Mr X kesepian kerana kehilangan kawan yang celupar seperti Mr Y dan aku yang kini sudah tidak sebumbung lagi dengannya.

Selasa, 3 Mac 2009

CERITA OYA!!!

Dalam diam kini kita telah berada dalam bulan MAC 2009. Begitulah pantas masa ini berlalu. Masa ialah usia kita. Jika kita menyia-nyiakannya bermakna kita telah merugikan usia kita. Sebab tu Allah berfirman DEMI MASA.

Sepanjang bekerja sebagai pendidik, aku dapati murid sangat suka dengan kaedah BERCERITA. Antara cerita yang paling mereka gemari ialah cerita OYA! Aku pun dah lupa apa tajuk buku itu.
Tetapi pelajar-pelajarku dulu di SMK PENGHULU SAAD, sangat suka dengan cerita ini. Hinggakan kini mereka telah ramai di universiti dan kolej, apabila berjumpa aku, pasti dari jauh mereka tersenyum-senyum, dan aku faham bahawa mereka ingat benar dengan cerita OYA itu.

Ceritanya tidak panjang mana. Cerita itu telah aku ubah sebenarnya. Presiden Bush suatu hari dijemput oleh orang Red Indian untuk berpidato di kampung mereka sambil merasmikan sesuatu projek utama untuk mereka.

Maka Bush pun disambut dengan begitu meriah sesuai dengan adat-adat orang Red Indian. Bush dipersilakan berucap selaku Ketua negara yang berpengaruh. Wajah orang Red Indian itu begitu ceria, almaklumlah inilah kali pertama seorang presiden datang ke kampung mereka.

Tibalah saat BUSH berucap. Walaupun BUSH seorang pemidato kelas C, tetapi pada petang itu
Bush begitu berkobar-kobar, mungkin kerana tenteranya di Iraq baru dapat memberkas Saadam Hussein dalam lubang tikus.

Setiap hujah yang Bush sampaikan menerima tepukan gemuruh dan pekikan OYA! OYA! Bush semakin bersemangat. Suaranya seperti halilintar membelah bumi, walaupun pidatonya tidak sebaik Sukarno. Jeritan OYA dan diselang seli dengan tepukan menjadikan Bush begitu rasa dihormati dan disanjungi penduduk Red Indian itu.

Akhirnya setelah jamuan daging panggang dan makanan Red Indian yang lain. Tibalah saat Bush meninggalkan perkampungan itu. Ketua Kampung mengiringi Bush dengan menaiki kereta kuda. Tetapi kereta itu tidak dapat bergerak dengan laju kerana jalan itu beralun dan bengkang bengkuk. Maka ketua Kampung orang Red Indian itu berkata kepada Bush.

"Tuan Bush, apabila kita lalu di sini, kita kena berhati-hati" ujarnya " Kenapa perlu berhati-hati?"tanya Bush tak sabar " Jalan ini bahaya dan banyak OYA "
" Oya? Oya tu apa?"tanya bush dengan lebih tidak sabar
" Oya tu ialah TAHI LEMBU!!!!!"
"???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
PENGAJARANNYA: USAH TERLALU PERCAYA PADA TANGGAPAN ORANG