Khamis, 22 September 2011

MANA BASIKAL SAYA?

Jam menunjukkan jam 1.35 petang. Aku telah pun menuju ke kereta untuk pulang.Tiba-tiba ....


" Cikgu...Cikgu....! Basikal Udin hilang!"  Seorang pengawas mengadu kepadaku.


" Basikal hilang? Dia letak di mana?"


" Kat sebelah motosikal cikgu Janis tu pagi tadi...."


" Hey Udin...betulke basikal awak hilang, atau awak lupa letak mana?"


" Betul cikgu"....Mukanya nampak cemas dan sangat susah hati. Macam kita kehilangan dompetlah agaknya perasaannya itu.

Ustaz Rizal yang muda , hensem dan cool 24 jam
(Gambar skspbp.blogspot.com)

" Ada apa Mat Som?" Tanya Ustaz Rizal menuju ke Viosnya sambil menyimpan beg di booth.


" Ala budak ni...dia kata basikal dia hilang? Macam pelik. Tak pernah berlaku ...pelik...pelik"


Kelihatan Ustaz Rizal berbincang dengan budak itu. Udin risau kalau ayahnya marah nanti. Apa dia nak jawab nanti? Mana nak cari RM 150 nak gantikan basikal itu?


Akhirnya Ustaz Rizal menghantar Udin balik ke rumah di Parit Simis. Di pertengahan jalan Udin nampak ayahnya menunggang motosikal.


" Ustaz...itu ayah saya...!"


Ayah Udin begitu pelik, kenapa Ustaz hantar Udin balik?


" Ayah, basikal Udin hilang...."


" Masya Allah, apa nak jadi ni Udin....? Kan pagi tadi ayah yang hantar kamu!"


Kesian....kesian...baru darjah empat dah nyanyuk.....! Dah hari-hari naik basikal. Sesekali ayah sempat hantar lain pulak jadinya. Buat kecoh satu sekolah saja budak Si Udin ni!!! 

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

hihihi..
mula2 simpati lepas tu kelakar plak..
hai la udin...

kalo cikgu mat som nak tau,
masa saya ke bandung hari tu..
ramai betul penjual budak2 muda guna nama "udin" ni ...di atas gunung tangkuban ada udin, di kebun strawberry ada udin, di pasar baru pun ada udin... :)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Hahahahaha....

Kesiannya Udin hai... byk sgt termakan semut ke Nak oii.

Mama Janet berkata...

kesian cikgu..dari nak balik cepat jd lambat.

Mat Som Sadona berkata...

Pn Suzianti

Mungkin nama mereka di Bandung tu Fakruddin, Sabaruddin, Baharuddin?

Mat Som Sadona berkata...

Udin tu banyak sgt berfikirnya, kerja rumah banyak tak buat agaknya?

MM-Mungkin pernah cari barang yang sebenarnya kita sedang pegang.?

Mat Som Sadona berkata...

Betul Mama Janet

Kami terlambat 20 minit fasal cari basikal tu, takut disembunyikan hantu raya kat belakang sekolah yang semak tu!

Nasib baik isteri ustaz sedang cuti bersalin, kalau tak isterinya yg mengajar di sekolah satu lagi tu tertunggu2222,, mana abang aku ni?