Sabtu, 24 September 2011

PINTU SENTIASA BERKUNCI?

Gambar Hiasan Sahaja-Tiada kaitan dengan entri


Di mana-mana pun kita tinggal......sama ada di kota-kota besar, di kampung, di pinggir hutan......sama ada kita tinggal di rumah banglo, rumah teres, rumah murah, rumah setinggndern, rumah panjang, rumah orang asli....kita MESTI SENTIASA KUNCI PINTU RUMAH kita.


Kenapa? Kerana....kerana.....aku nak cerita kisah... emak aku menyelamatkan MISS MIRROR dan seorang adikku (yang tiada blog lagi) semasa mereka belum bersekolah tahun 70-an dulu.


Zeng..zeng...Maka tersebutlah kisah pada suatu hari, ada seorang lelaki mengamuk di kampung kami. Pagi itu cuma emak aku dan dua orang adik perempuan aku tu yang ada di rumah. Sedang emak aku memasak, tiba-tiba pintu yang memang sentiasa berkunci diketuk orang. Emak mengintai dari celah dinding dan mendapati seorang lelaki yang dikenali sedang memegang sebilah PARANG PANJANG.


" Aku nak bunuh kau semua!!!! Aku nak bunuh kau semua!"


Emak aku mendokong adik-adik aku dan lari ikut pintu belakang.Emak lari lintang pukang jauh menuju ke belakang kebun yang semak. Emak aku tahu, pintu itu tidak kukuh. Sekali tendang je boleh tercabut. Jadi tindakannya adalah bijak.


Hey Sam, kalau tak,..... kau dah tak ada kat dunia ini lagi dan aku dah jadi anak yatim!


Sambung cerita....ayahku yang tak sedap hati di kebun lain, balik ke rumah, dan dia ternampak lelaki itu. Kebetulan dia ada membawa betik. Ayahku dapat idea baik. 


"Sini makan betik, aku pinjam parang ni nak potong betik ni, kau nak tak?"


"Sedap betik ni!!! " Lelaki itu menyerahkan parang panjang itu kepada ayahku.


Ayahku memotong betik itu banyak-banyak. Lelaki itu makan dengan lahapnya. Ketika dia leka melantak betik tu, ayah mencampakkan parang tu jauh-jauh ke dalam semak. Ketika itulah orang kampung menyerbu ke arah lelaki itu, dan membawanya pulang ke rumahnya. Dia dipasung dengan kayu pokok pulai.


KESIMPULANNYA- Kuncilah Pintu....! Kalau emak aku tak kunci, apa kesudahan cerita ini....? Syukur kepada Allah.


Cerita yang berkaitan peristiwa ini ialah....kisah seorang lelaki misteri menawan sebuah sekolah tadika di Muar dua bulan lepas.


Dan hari ini di sekeliling kita ramai orang sakit mental. Ada yang kemas, ada yang comot. Tekanan hidup sekarang melahirkan ribuan orang bermasalah...


Dengan mengunci pintu, kita juga selamat daripada para penjenayah dan lanun Gores dan Menang yang tamak haloba itu.


Sekian, coretan aku pagi ini. Jumpa lagi....Insya Allah....Ok Kunci Selalu Pintu Rumah, Pintu Pagar walaupun ada OPEN HOUSE........!. 

9 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Yes.. yes.. I still remember that story. Aduhaii.. ko bayangkan la time tu kan pelantar rumah kita yg tinggi tu mana ada tangga.. ko bayang mcm mana strugglenya kami ni nk turun lalu pintu belakang tu.

Thanks Mak... kau sungguh berjasa kpd kami semua. Bersyukur kpd Illahi sbb kami pjg umur dan IRP dpt mengkawini aku.. klu tak tentu smpi skrg IRP jd bujang terlajak sbb jodohnya dah mati. :D

Mat Som Sadona berkata...

Kalau ko tak ada mungkin IRP kahwin dengan..........LISA S......! Oh...

IMANSHAH berkata...

alhamdulillah, tak kan dilupakan sampai bila2

IMANSHAH berkata...

alhamdulillah, tak kan dilupakan sampai bila2

Mama Janet berkata...

pandai jugak orang tu MS mencari idea kan.

Mat Som Sadona berkata...

Idea spontan pada saat paling kritikal Mek

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mana boleh kawin dgn Lisa S... Lisa nk kawin Yusry KRU.

PCL berkata...

pesanan terbaik..Tq mengigatkan kami. salam kenal dari PCL dan salam ceria2 blogging.

Mat Som Sadona berkata...

tKASIH DAN SALAM PERSABAHATAN JUA DRP SAYA.