Memaparkan catatan dengan label PANORAMA BATU PAHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANORAMA BATU PAHAT. Papar semua catatan
Selasa, 3 April 2012
PASAR KARAT BATU PAHAT
Ahad minggu lepas, tiada apa nak buat, aku meronda-ronda pasar karat berdekatan Pasar Awam Batu Pahat. Kali ni aku tugaskan anak aku Ili untuk mengambil gambar-gambar di situ.
Hari minggu memang ramai orang ke sini. Ini membuktikan ramai juga orang yang ingin berjimat dengan membeli barangan terpakai, memandangkan pendapatan yang terhad dan kos hidup yang semakin tinggi.
Barang-barang yang dijual ialah pakaian bundle, barangan elektrik dan pelbagai barangan peribadi seperti dompet, beg tangan dan bermacam-macam lagi.
BATU PAHAT TENGGELAM 8 TAHUN LAGI
Antara kawasan terawal diramalkan tenggelam ditelan laut
Timbalan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad berkata, pada tahun 2020 tujuh bandar terbesar akan tenggelam.
Bandar berkenaan ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Kelang dan bandar Pekan Pahang.
Ini berdasarkan, data paras air yang dicatatkan dan dianalisis oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak tahun 2004 hingga awal tahun 2012 ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter setiap tahun.
Ok kita kira:
- 2012= 10 sm
- 2013= 20 sm
- 2014= 30 sm
- 2015= 40 sm
- 2016= 50 sm
- 2017= 60 sm
- 2018= 70 sm
- 2019= 80 sm
- 2020= 90 sm
90 SENTIMETER? UNTUK ORANG KECIK MACAM AKU DAH PARAS DADA....BANYAKNYERRR!!!
Nak pindah Banjaran Titiwangsa lah...jom
Isnin, 21 November 2011
BARANG TERPAKAI DI PASAR BATU PAHAT
Pasar lambak Jalan Ibrahim, dibuka setiap hari kecuali Khamis
Pasar ini ada bumbung...
Barang-barang antik pun ada dijual
Pasar Awam/Ikan Batu Pahat
Di Pasar Awam ni ada juga orang menjual Kopi kisar
Masih ada lagi servis beca di sini
Jalan Idrus penuh dengan kedai bundle dan barang terpakai...unik jugalah
Macam dalam cerita pulak...
Macam-macam orang cari makan untuk anak isteri
Eh!!! Besan orang tua aku meniaga Nasi Lemak...laris sungguh, sampai tak sempat nak berbual dengan beliau...Pak Karsin bapak Azli.
Ada beberapa orang hamba Allah nak mencuba produk kelapa dara...so....pagi ini ada temu janji dengan orang-orang yang berlainan itu. Sementara menunggu masa yang dijanjikan, aku meronda-ronda dulu beberapa kawasan di bandar Batu Pahat tu. Lama betul aku tak ke pasar ikan dan pasar lambak di Penggaram tu......Apabila dah penat, aku lepak semula di stesen bas. Apalah bau busuk, tengik ni? Rupa-rupanya beberapa orang Pakistan duduk di sebelah aku. Pelik sungguh, kenapa ketiak mereka ni berbau busuk? Semualah orang-orang Pakistan ke, Bangla ke...ketiak mereka sangat-sangat mengganggu suasana .....Jimat sangat duit sampai sayang nak beli deodorant yang cuma berharga RM 5.50 tu. Peliknya ada pulak anak dara dan mak dara yang tersangkut dengan mereka ni.
Selasa, 18 Mei 2010
STESEN BAS BATU PAHAT


Jika anda telah meninggalkan Batu Pahat sekian lamanya mungkin anda tidak percaya seandainya saya katakan bangunan di atas ialah bangunan Stesen Bas Batu Pahat. Di sinilah tapak asal stesen bas lama Batu Pahat. Seingat saya sejak saya kecil, ayah saya membawa saya menaiki bas nombor 20 dari Seri Medan untuk berhenti di tempat ini (bangunan lama), selepas itu saya dibawa berjalan-jalan dan makan di Cheng Kuan.
Itu duhulu, kini stesen bas ini semakin canggih. Mungkin anda ada banyak kenangan di sini. Mungkin ada orang membuat pertemuan pertama kali dengan pasangan (suami atau isteri anda sekarang) di sini. Mungkin juga anda pernah ditipu orang di sini. Lagi panorama terbaru Batu Pahat....klik....!
Ahad, 16 Mei 2010
PANORAMA BATU PAHAT 3
Jumaat, 23 April 2010
Selasa, 13 April 2010
PERKEMBANGAN BATU PAHAT 2010

Gambar-gambar ini kupaparkan di sini, bukan untuk anda yang sudah biasa berulang-alik
di Batu Pahat. Tetapi khas untuk orang Batu Pahat yang kini mungkin berada di New York, England, New Zealand, Alor Setar, Bintulu. Manalah tahu kalian dah membawa diri meninggalkan Batu Pahat 20 tahun dulu. Lihatlah perbezaannya Kawasan yang dahulunya semak dan banjir, kini sudah berdiri bangunan-bangunan tinggi (tetapi bukan milik aku!).

Ruang untuk berehat begitu banyak di Hospital Batu Pahat.
(Pemuda tampan ini tidak menyangka gambar dia masuk internet)

hospital daerah yang terbesar di negeri Johor.
Bakal menjadi balai polis terbesar di Johor.

Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan Pejabat Pendaftaran dan Pejabat
Tanah Batu Pahat.

Kedai Satriatex bersebelahan Bank Rakyat ini sekarang dikuasai oleh Sdra Dani Sulaiman. Masa dia kecik-kecik dulu, aku selalu sekeh kepala dia, tak sangka sekarang jadi ahli koperat. Dani anak kepada Puan Martini dan En Sulaiman (Martini kakak Masrom jiran aku di kampung) Adalah juga, wakil orangJawa memiliki kedai di Batu Pahat.
Langgan:
Catatan (Atom)