Memaparkan catatan dengan label TIP BAHAGIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP BAHAGIA. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2016

THE LAST LECTURE BY AUSBERG

Dikutip daripàda Buku Karya Ausberg 49 tahun buku yang berjudul*
"THE LAST LECTURE"*
*(Pengajaran Terakhir)* yang menjadi salah satu buku best-seller pada tahun 2007.""

KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,*

 terdiri atas
*Personality,*
*Community* and
*Life.

Berikut penjelasannya:

   *A.  PERSONALITY:*

1*. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.

2.* Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif

3.* Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.

4*. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.

5.* Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.

6*. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

7*. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.

8*. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.

9.* Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

10*. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

11*. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.

12*. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.

13*. Senyumlah dan tertawalah.

14*. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

      *B. COMMUNITY:*

1.* Hubungi keluarga Anda sesering mungkin

2. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

3*. Ampuni setiap orang untuk segala hal

4.* Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.

5*. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.

6.* Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.

7*. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

           *C. LIFE:*

1*. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.

2.* Allah menyembuhkan segala sesuatu.

3.* Lakukan hal yang benar.

4.* Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.

5*. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.

6.* Yang terbaik belumlah tiba.

7*. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.

8.* Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.

9.* Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. So, be happy.

Mati tak menunggu Tua....Mati tidak menunggu sakit...nikmati hidup....sebelum hidup tidak bisa dinikmati.

*Sahabatku !,*
*Saat membaca dan selesai menyemak semua hal di atas, saya mohon kepada sahabat2  untuk berkongsi tulisan ini dengan "orang" yang kita cintai, "teman" sepermainan kita, "teman" sepejabat, mahupun "orang" yang tinggal dengan kita.*

*Pengetahuan ini tidak hanya akan memperkaya kita, tetapi juga orang disekeliling kita*.

*KERANA BAIK HADIR UNTUK MEMBAHAGI HAL" YANG BAIK...!!

Kredit untuk orang yang menulis senarai catatan motivasi di atas, tetapi tidak tahu siapa orangnya..

TIP SUAMI ISTERI BAHAGIA

21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri 😊😊

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.

#copypaste
#semogabermanfaat

Kredit: Share drp whatsapp..entah siapa pengarang asalnya tak taulah