Khamis, 31 Disember 2015

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA?



⏳ Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak
bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

⏳ Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

⏳ Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

⏳ Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

⏳ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

⏳ Mereka berkawan dengan orang yang betul.

⏳ Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

⏳ Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

⏳ Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.



⏳ Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya & berjaya dunia akhirat!!!!

Sumber: Whatsapp Sahabat

Jumaat, 18 Disember 2015

SYIAH BERBAJU SUNNI MEMFITNAH IBNU TAIMIYYAH

Dr Maza menulis dalam catatan Facebooknya,
Oleh kerana terdapat pihak yang cuba mengheret pihak keselamatan dengan memfitnah Ibn Taimiyyah dan terdapat rakyat yang diberikan gambaran salah tentang Ibn Taimiyyah, maka tulisan ini akan cuba menjawab sebahagian dari fitnah itu dalam beberapa siri.


SYIAH BERBAJU SUNNI VS IBN TAIMIYYAH (siri 1)

Tulisan ini merupakan penilaian ringkas berkaitan beberapa perkara yang disebut dalam sebuah buku bertajuk “Salafiyah Wahabiyah: Suatu Penilaian” karya Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang merupakan murid tokoh ‘Syiah berbaju Sunni’ iaitu Hasan Saqqaf. Buku setebal 155 muka surat itu diterbitkan oleh Pustaka Yamien Sdn Berhad. Antara fokus utama penulis buku ini ialah menyerang ketokohan seorang sarjana terkenal umat Islam iaitu Ibn Taimiyyah, atau Abu ‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin ‘Abd al-Salam bin Taimiyyah (661H-728H).
Pengaruh Syiah Berbaju Sunni
Penulis buku ini mengaku beliau adalah pengikut Hasan bin `Ali al-Saqqaf (السقاف) dari Jordan. Perkataan al-Saqqaf pada namanya bererti beliau berasal dari rumpun (clan) keluarga tersebut. Hasan al-Saqqaf yang menjadi guru penulis berkenan, beberapa aliran pemikirannya adalah pro-syiah. Tokoh-tokoh ulama Jordan menyenaraikannya dalam senarai Syiah.

Dia mengkafirkan para sahabah yang terlibat dalam peperangan dengan ‘Ali. Namun beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang Ahl al-Sunnat dan bermazhab al-Imam al-Syafi`i. Dalam bukunya, Sahih Sifat Salat al-Nabi beliau menyebut: “Maka jelas bahawa hadith (kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan) “kitab Allah dan kaum keluargaku (Nabi s.a.w.)” itulah yang sahih lagi thabit di dalam Sahih Muslim, adapun lafaz (berpegang) dengan Kitab Allah dan sunnahku” adalah batil dari segi sanad dan tidak sahih. Maka hendaklah para khatib, penceramah dan imam meninggalkan lafaz ini..” (rujukan: Hasan al-Saqqaf, Sahih Sifat Salat al-Nabi, m.s. 294, Jordan : Dar al-Imam al-Nawawi (1993).

Dalam buku Salafiyyah Wahabiyyah, penulisnya (Zamihan) mencatitkan nasihat gurunya itu, dengan katanya: “Aku berpesan kepada engkau agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan Ahli Bait (kaum keluarga)”(m.s. ijazah am). Hasan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan para ulama sepakat bahawa Saiyyidina Abu Bakar dan `Umar lebih afdal daripada Saiyyidina `Ali. Muridnya yang menulis buku ini turut membuat bantahan yang sama dalam buku tersebut (lihat m.s. 111).
Ibn Taimiyyah VS Syiah
Oleh kerana di dalam Ahl al-Sunnah, Ibn Taimiyyah adalah tokoh yang paling hebat mempertahankan aqidah aliran ini dan menyerang hujah-hujah Syi`ah, maka Ibn Taimiyyah sering diserang balas dalam penulisan-penulisan Syi`ah.

Tokoh pendakwah Islam yang terkenal di kurun ini, Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah sebagai tokoh pemikir dan dakwah yang terbilang, bertajuk “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah berkata: “Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syi`ah dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Dia telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan Sunnah, aqidah Ahl al-Sunnah, al-Khulafa al-Rasyidin dan para sahabah yang mulia r.a.

Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syi`ah dalam sebuah kitab khas, dinamakan “Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah (ertinya: Jalan Sunnah Nabi dalam menolak pendapat Syi`ah dan Qadariyyah). (rujukan: Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, m.s. 213 Kuwait: Dar al-Qalam (t.t)
Guru penulis Hasan al-Saqqaf begitu marah kepada buku “Minhaj al-Sunnat al-Nabawiyyat fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyat karya Ibn Taimiyyah tersebut. Murid yang setia selalu mengikuti jejak langkah gurunya.
Memburukkan Ibn Taimiyyah
Di sini dibawa beberap contoh yang dilakukan oleh pengarang buku Salafiyyah Wahhabiyyah (Zamihan) yang merupakan murid syiah berbaju sunni tersebut dalam percubaan menggambarkan permusuhan para ulama atau sarjana muslim dengan Ibn Taimiyyyah;
1. Pada muka surat 70-76, beliau menyenaraikan pertentangan pendapat para imam-imam Ahl al-Sunnah dengan Ibn Taimiyyah. Lalu beliau memetik nas-nas para imam berkenaan yang bukan ditujukan kepada Ibn Taimiyyah. Antaranya, al-Imam al-Nawawi yang meninggal pada tahun 676 hijrah, sedangkan Ibn Taimiyyah lahir pada tahun 661 hijrah. Beliau tidak mengenali Ibn Taimiyyah.
2. Begitu al-Imam Ibn al-Jauzi yang meninggal pada tahun 598 hijrah.
3. Beliau juga meletakkan tajuk (m.s. 75) “Percanggahan pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Hafiz al-Sayuti”. Sedangkan Ibn Taimiyyah telah meninggal 121 tahun sebelum kelahiran al-Sayuti pada tahun 849H dan meninggal pada 911H. Jika beliau sebut “percanggahan pendapat al-Sayuti dengan Ibn Taimiyyah”, maka itu lebih munasabah. Beliau juga memetik nas al-Sayuti yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah.

Dengan cara ini pembaca akan menyangka al-Imam al-Sayuti dalam hayatnya tidak sukakan Ibn Taimiyyah. Sedang al-Sayuti memasukkan Ibn Taimiyyah dalam senarai huffaz hadith (para hafiz hadith), dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz, al-Sayuti yang bermazhab Syafi’i itu memperkenalkan Ibn Taimiyyah seperti berikut: “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan..”( rujukan: Al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516, Kaherah: Maktabah Wahbah (1402H).
4. Demikian juga (m.s 76) Zamihan, meletakkan tajuk “Pencanggahan Pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Zarqani”. Beliau memetik ungkapan al-Zarqani yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah daripada kitab Manahil al-`Irfan. Beliau cuba menggambarkan pertentangan yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sebaliknya dalam buku itu sendiri penulisnya Muhammad `Abd a-`Azim al-Zarqani (meninggal 1367H), banyak memetik pendapat Ibn Taimiyyah dengan hormatnya. Pada semakan saya, sebanyak lima kali al-Zarqani memetik pendapat Ibn Taimiyyah dalam kitabnya tersebut. Dalam cetakan yang pada tangan saya pada jilid pertama muka surat 78 dan 90, pada jilid kedua pada muka surat 162, 192, 202 (rujukan: Al-Zarqani, Manahil al-`Irfan, 1/109, Beirut: Dar al-Fikr (1988). Bahkan muka surat 202 beliau menamakan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikh al-Islam, katanya: “Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Khilaf di dalam tafsir itu ada dua jenis….” .
......

Isnin, 14 Disember 2015

MELAYU YANG TELAH HILANG KEBERANIANNYA

Saya dapat mesej whatsapp daripada kawan, begini katanya

Semua suratkhabar hari ini memuji ucapan Najib, dengan istilah2 islamiaahnya, tabayyun, walaq dll. Tapi aku tertarik dg satu tulisan dlm Sinar "Kita berdiri dipihak yg mana?" tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

Katanya, "Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."

Katanya lagi,"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah."

Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?

Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."

"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"

Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya

"Mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian.Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini? Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."

Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat

Selasa, 1 Disember 2015

AKU SEORANG DOKTOR MAYA


Cuti sekolah ini aku merasa lega sekali. Bertambah manis, apabila sesi pembelajaran tahun 2015 berakhir dengan kejayaan pelajar-pelajar sekolah kami yang mana 7 orang memperoleh 5A, 9 orang pelajar memperoleh 4A 1B, dan 5 orang memperoleh 3A, dan peratus juga meningkat.

Semua warga SK SERI PASIR, tersenyum puas. Dari cleaner sampailah pentadbir tertinggi. Orang-orang kampungnya jua yang turut bangga, kerana kami buat pertama kali telah mengungguli kejayaan di kawasan Seri Medan ini bagi tahun 2015.

Aku tentu sekali sangat gembira, dan amat bersyukur kepada Allah, sebagai salah seorang guru di barisan hadapan (guru tahun 6), sementelahan pula soalan KBAT telah bermula, akhirnya kami dapat mengatasi halangan dan ujian getir itu. Terima kasih kepada semua sahabat yang telah bertungkus-lumus bagi menggapai kejayaan ini. Tahniah untuk anda!  
Dan sepatutnya aku melancong. Ada yang bertanya "Tak pergi ke Seoul ke,jengok Ili?" Sabarlah,banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Irfan dah nak ambik lesen memandu. Itu pun dah perlukan lebih RM1000.00. Orang yang susah terpaksa menabung beberapa tahun untuk mendapatkan lesen. Geram betul kat kerajaan ni kerana tak boleh memantau harga yang menyembelih leher-leher kami.

Aku telah mengisi ruang waktu ini dengan mengedit blog, banyak harga produk telah berubah sejak GST diperkenalkan di samping disebabkan nilai ringgit yang tidak begitu baik. Selain tu menjengok kebun warisan ayahanda yang lama aku tak tengok.
Bondaku dan ibu mertuaku bersama anak saudara Midah...Awin.


Dan aku juga menjadi doktor maya, macam biasalah....Alhamdulillah aku dapat membantu beberapa orang untuk menikmati kehidupan dengan lebih sihat.....Walau ramai yang pesimis terhadap perubatan direct selling, pedulikan mereka nak melalak....yang penting bukti telah ditunjukkan dengan izin Allah seperti pernyataan di atas.

Akhir kata jumpa lagi. Assalamualaikum


Sabtu, 14 November 2015

YANG BIJAKSANA PUN BANYAK KENA TIPU!



Hirisan buah ciku

Dalam situasi ringgit yang menyusut, tentu sekali harga buah-buahan import akan naik harga. Apabila kita masuk ke kedai buah, harga-harga yang dipamerkan amatlah tidak logik. Kalau nak beli juga kena pergi ke pasar malam, pasar minggu atau pasar lambak yang menawarkan harga lebih mesra pelanggan.

Kita semua tahu, dengan makan buah-buahan akan mendatangkan banyak kebaikan, terutamanya dalam membekalkan vitamin C dan seterusnya dapat menjauhkan kita daripada penyakit. Usus kita perlukan buah-buahan dan sayur-sayuran, selainkan membekalkan vitamin yang diperlukan, ia juga membantu pencernaan. Usus kecil dan usus besar akan lebih sihat. Umpama longkang yang penuh keladak dengan longkang yang lancar perjalanan benda-benda yang melaluinya. Kerana buah-buahan itu melancarkan ruang-ruang usus...Susah pulak saya nak terangkan.

Jika golongan berpendapatan rendah kurang makan buah-buahan, makanya mereka tentu mudah untuk menjemput penyakit. 

Di sini saya cadangan, yang duduk di kampung tu, yang mana mereka ada tanah bukit dan jauh daripada banjir, eloklah menanam buah-buahan tempatan seperti durian belanda yang banyak khasiatnya, jambu batu, ciku, rambutan, limau dan sebagainya. Benih banyak dah dijual di tapak semaian, kat pasar minggu pun dah ramai orang jual benih.

Amatlah malang sekali, kalau orang kampung, nak guna cili dan serai pun beli di pasar! Ayuh ...inilah masanya kita mengembalikan kehebatan orang-orang tua kita dahulu. Yang duduk di bandar, pekan tu apa nak buat? Harga tanah pun dah mahal macam berlian. Nampaknya kita tak dapat mewariskan tanah lagi kepada mereka. Kita sekarang kena memberi ilmu secukupnya kepada anak-anak kita agar dapat hidup pada era yang akan datang, yang pastinya lebih mencabar.

Kalau nak kata belajar tinggi-tinggi supaya mereka tak ditipu orang pun, sekarang ni banyak profesional yang tertipu cinta dengan negro. Banyak juga profesional yang masuk skimcepat kaya!             

Ahad, 8 November 2015

PAMERAN LANSKAP TAMAN BOTANI JOHOR

SERI MEDAN- 5-8 November Pesta Lanskap telah berlangsung selama empat hari disertai oleh semua majlis perbandaran dari seluruh negeri Johor Darul Takhzim. Pesta ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.  Jom tanpa membuang masa kita melihat apa yang ada di sana.....


























Jumaat, 6 November 2015

SITUA YANG BERTUAH


Petang itu kulihat orang tua itu duduk sorang-sorang di bus stop. Wajahnya tidak menunjukkan boleh aku menyapanya. Dia bukan menunggu teksi atau bas. Cuma saja-saja duduk di situ. Mungkin dia ingin mencari udara pekan. Setelah setengah jam di situ, aku lihat dia mula bangun dan menyeberang jalan.....

Pertama yang aku fikir, apabila terlihat lelaki tua seperti itu, automatik aku teringat arwah ayahku. Dulu ayahku pun begitu juga, petang-petang akan minum-minum di kedai mamak bersama kawan-kawannya. Aku yang waktu itu masih bersekolah menengah tidak mahu kacau daun kalau ternampak motosikal arwah ada di pekan.

Kedua, mungkin anak-anaknya sudah tidak bersama lagi di rumah. Sebenarnya orang-orang tua ini elok bersama-sama anak-anak, kerana keadaan jalan raya kita bukan macam sepuluh tahun lepas. Sibuk 24 jam. Ngeri melihat orang-orang tua bermotosikal dan menyeberang jalan yang sentiasa sibuk itu.

Tapi, abang ipar aku sorang tu, bukan saja jalan pekan ini hari-hari diredahnya,malah beberapa kali dah berkereta tanpa GPS atau Vaze,pusing-pusing KL. Umur dah dekat 70, tapi berjiwa kental. Dia kata pernah malam-malam, hujan lebat pulak tu, turun kereta,  cari nama jalan untuk ke rumah anaknya....Aku sendiri kalau ke KL tanpa GPS alamatlah sesat barat jadinya.

Satu hari yang lain aku terserempak dengan seorang rakan guru, dah 15 tahun bersara. Setelah berbual-bual, aku rasa dia dah agak nyanyuk. Dia kata sekarang kalau ke mana-mana, dia dah tak bawak kereta, jirannya yang baik hati tolong dia ke bank, pejabat pos dan ngeteh-ngeteh.

Akhir kata, kita juga akan tua, bagaimanalah keadaan kita nanti? Semoga Allah memelihara kita semua.    
 

Khamis, 5 November 2015

KAU SAYANGKAN PEMIMPIN ATAU NEGARA?





Hari ini kita melihat orang sayang akan pemimpin itu, walaupun terang-terang kebejatan telah dilakukannya. Kebobrokan yang bagaimana lagi yang perlu kita terima baru kita hendak sedar bahawa kita sekarang ini sedang dipimpin oleh satu sosok tubuh yang menjerumuskan kita semua ke jurang kehancuran?

Adakah kita semua ini sedang menuju kehinaan? Sehingga tidak nampak lagi mana yang benar dan mana yang batil? Terlalunya banyak kita memakan riba dan makanan subhat sehingga hati kita jadi gelap berkarat, sehingga pencuri dianggap negarawan yang disanjung?

Peliknya ada yang membela bermati-matian. Besar sangatkah gaji kamu sehingga kesusahan orang ramai kamu remehkan. Kalau sebulan kau boleh simpan separuh daripada gaji kamu bolehlah kau anggap ekonomi kita sekarang ni bagus.

Aku doakan pemimpin yang zalim ini diganti dengan pemimpin yang lebih berintegriti. Tunggu!

Syukur Alhamdulillah dan Tahniah Diucapkan kepada Puan Nureen & Suami, semoga kehadiran baby akan menyerikan lagi kehidupan Cikgu Nureen sekeluarga. Semoga menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan bapanya.
~Msom Sadono~

Sabtu, 17 Oktober 2015

GADIS INI HILANG TAK DAPAT DIKESAN



FATIN AUNI FARZAH BT AZMI hilang tak dapat dikesan keluarganya. Semoga Allah melindungi kelamatannya. Harap sama-sama sebarkan.

Rabu, 14 Oktober 2015

SATU CARA MENGESAN MADU ASLI YANG MENAKJUBKAN

Hari itu saya membeli madu (ada orang alergik sungguh dengan perkataan MADU ni)....lalu saya merasa sangsi dengan ketulenannya, almaklumlah madu yang saya beli tu murah dalam RM12.00 SEBOTOL.

Lalu saya teringat lima belas tahun dulu ada sahabat buat demo di depan saya ketika.....dan saya pun ingin mencubalah 

Jom kita sediakan:

1. Madu
2. Pinggan
3. Air 

Pertama sekali saya tuang madu ke dalam pinggan....   

Seterusnya tuang air sekira-kira menutup madu yang ada....

Dan kita goyang-goyang ikut arah jam atau lawan jam...dan Saksikan apa jadi pada corak yang terhasil!

Jalinan corak sarang lebah. Subhanallah.....Cubalah sendiri...terbukti madu murah yang saya beli adalah madu asli....

Rabu, 7 Oktober 2015

PERSETAN DENGAN JEREBU YANG MELEMAHKAN

Bekalan produk yang dipasarkan memerlukan tambahan stok, disebabkan suplier berdekatan tidak menyediakan stok yang mencukupi. Justeru seawal jam 6.00 pagi aku terpaksa bertolak ke utara Melaka. Persetan dengan suasana jerebu yang melemahkan seluruh semangatku. Walaupun badan kurang sihat, pedal minyak kereta yang kupijak membawa aku ke destinasi seawal jam 8.00 pagi, setelah meredah hujan di sana-sini selama dua jam lamanya. Dan Alhamdulillah suplier juga membuka kedainya seawal itu,berbanding kedai lain yang bermula pukul 10.00 pagi.

Lalu aku terfikir, tanpa semangat mungkin aku tidak melakukan semua ini. Lebih baik aku menyambung tidur dengan cuti yang diberi secara tiba-tiba oleh kementerian pelajaran ini. Namun setelah mengenangkan wajah-wajah isteri dan lima orang anakku, kekuatan itu datang. Bahawa aku mesti terus menambah pendapatan.

Aku juga teringat wajah anak-anak sahabat-sahabat yang menjadi dealer produk yang kujual ini. Sahabat-sahabatku itu jua ingin membantu suami, membantu isteri mereka mencari pendapatan sambilan melalui jualan barang kegunaan rumah ini. Jika aku tidak berusaha keras, bagaimana bekalan barang ini dapat kusediakan buat mereka?

Sahabat, teruskan usaha kalian. Aku akan berusaha keras dan memastikan stok sentiasa ada buat kalian menjalankan bisnes sampingan. Semoga Allah memberkati usaha kita.
  









Ahad, 27 September 2015

KAPAL LAUT TERSANGKUT DI JAMBATAN PESERAI BATU PAHAT

BATU PAHAT- 27 Sept. Suasana pagi tadi gempar apabila sebuah kapal tersangkut pada jambatan Peserai depan Hospital Putra (Hospital Shoutern) tu. Mari kita lihat kejadian yang menyebabkan jalan jem dan ramai yang lambat sampai di tempat kerja. Maaf gambar diambil daripada sumber whatsapp. Tkasih atas sumbangan ikhlas wartawan-wartawan era 2015