Jam 12.46 17 Ogos semalam, kami hadir ke jemputan hari terbuka sahabatku Hj Zakaria Marsam...wah grand betul jamuan Hari Terbuka di rumahnya....Terima kasih Hj Zakaria dan Cikgu Masriah...
Hebat dah kawan aku ni..... Alhamdulillah
Jam 1.40 kami bertolak ke Kota Tinggi. Tiba di tol Kulai Jaya jam 2.45.....
Setelah tersesat-sesat, Jam 4.21 petang tibalah kami di rumah sahabatku MJ di Kota Tinggi..MJ juga mengadakan rumah terbuka. Walaupun tetamu yang datang begitu ramai, MJ tetap menjemput aku sehingga ke kereta. Dia dah berpuluh-puluh kali datang ke rumahku. Inilah pertama kali aku datang ke rumahnya, sebab itulah dia sangat terharu-haru sangat dengan kedatangan kami yang tidak disangka-sangka.
Besar sungguh rumah sahabat sepermainanku semasa kecil ini....Rumahnya besar macam mesjid.... Rumah MJ ini ada enam buah bilik...
Ruang parking kereta yang luas....nampak kat tepi tu MJ menanam pokok-pokok cili
Dulu mula-mula aku menghantar MJ ke Kota Tinggi awal 90-an dulu, MJ cuma sehelai sepinggang datang ke sini, berkat usaha gigihnya kini telah memiliki beberapa buah rumah dan perniagaan hartanah...
Turut bersama dalam gambar isteri MJ, Cikgu J...MJ kena rahsiakan nama dan tempat tinggalnya.....nanti aku kena saman. Gambar boleh siar dalam entri ini.
Terima kasih MJ....Terima kasih Cikgu J......atas layanan kelas pertama kalian....
Ni gambar yang baru sempat diupload....